From: "Hashim Puteh" | [email protected] |
Rendang Negeri
1 kilo daging (daging kobau/lombu)
2 bijik kelapo (Porah santan buek duo bokeh)
1 liter yang pokat dan
1 � liter yang cair. Org Melaka - "kemancau santan"
Lada yang dah siap mesin 3 sondok(Sondok kuah)
6 ulas bawang puteh
7 ulas bawang merah
1 � inci halio
ketiga tiga bahan nie di hiris halus.
4 sudu bosa serbok kunyit
5 batang sorai (di titek)
Garam secukop raso
Caro caro eh
  • Daging dipotong ikut suka hati dan dibersihkan, siap tos sekali
  • Masokan kesemua bahan tadi iaitu daging, lado, sorai, kunyit, bahan yang di hiris sokali rap kedalam kuali dan terus tenggek atas dapor. Kacau dan biarkan sehingga air daging keluar dan daging kelihatan kecut
  • Masokan santan cair, kacau dan biarkan sehingga kelihatan pekat
  • Kemudian masokan santan pekat dan garam.
  • Kacau lah sampai kering. Pada tahap ini rendang akan kelihatan berminyak, dah masak le tu.
  • Kalau nak lagi umpph, masokan pucok daun lampin. (Jangan masokan lampin anak udah le)

    ***Rondang nie memang sodap dan tahan lamo. Nak makan dengan apa aje pun boleh. Dengan pizza pun boleh (ikut selera).

    Selamat mencuba

    OPTION :
    From: "Hashim Puteh" [[email protected]]

    Buat pengetahuan netters semua pucuk lampin tu ialah pucuk puding. Benda alah puding nie ada 2 jenis. Satu yang pokok nya biasa orang tanam di perkuburan yang mana daun nya berbentuk seakan2 batu nisan. Yang ini jangan pakai. Yang lagi satu nie Daun Pokok Puding yang mana warna nya merah hati. Pada ketika musim dia berbunga banyak burung kelicap akan singgah. Ini lah pucuk daun nya yang patut kita pakai

    Hosted by www.Geocities.ws

    1