From : | [email protected] |
KUPANG GORENG BERLADA
Disini saya ingin menyumbangkan resipi untuk memasak kupang.
Bahan-bahan :
200gm kupang
10 batang lada merah
1 labu bawang besar
garam
cuka
Cara-caranya:-
  • Kupang dibersihkan dan dibuangtahi hitamnya.
  • Lada merah dibelah dua dan dibuang bijinya.
  • Kemudian, kisar hingga lumat bersama bawang besar.
  • Tumis bahan yang telah dikisar hingga garing baru masukkan cuka (dalam 1 sudu teh).
  • Buat yang alah dengan cuka, boleh gantikan dengan limau kasturi.
  • Masukkan garam secukupnya.
  • Kacau hingga rata sebelum masukkan kupang.
  • Kacau hingga rata dan biarkan masak dahulu sebelum memadamkan api.
    Ikhlas dari Singapura


    OPTION 1 :
    From : [[email protected]]
    mak oiiiiiiiiii... bestnya kupang... my favourite tu... anyway,
  • kalau saya suka rebus dgn sedikit air jer... bubuh bawang merah dan serai yang diketuk.
  • Tanpa garam, sebab dia memang dari laut. masin2 manis gitu kalau fresh. di ratah begitu sahaja.
  • Ataupun, just masukkan dalam periuk (tanpa air), nyalakan api, biarkan sampai mendidih (dia akan mengeluarkan airnya sendiri).
  • Bila kulit dah terbukak tu, tanda dah masak.
  • Buangkan kulitnya boleh buat sambal tumis kupang.

    eeemmmmmmmmmmmmmmm sedapnya... nak sikit boleh??? :)


    OPTION 2 :
    From : [[email protected]]
    Hello semua...
    I setuju apa kata kata you tu. I pun nak cuba masak kupang lah pada hujung minggu nie. Tentu seronok kan rebus kupang apabila kita makan dengan kicap bersama limau sambal bersama cili padi....mmmm seronok youuuuuu.


    OPTION 3 :
    From : [[email protected]]
    Kupang tu species seafood macam lala, udang & lain-lain. Kalau nak masak yang simple & nice. Sweet & Sour pun best...but extra serai, halia & garlic. Your kids will love it too.


    OPTION 4 :
    From : [[email protected]]
    Assalamualaikum semua..
    Bagi saya orang pantai timur, kupang boleh dipelbagaikan masakannya..paling simple masak rebus iaitu dengan merebusnya dengan sedikit air, serai yang diketuk, bawang putih, bawang merah yang dimayang, halia dan kunyit yang dihiris, asam keping dan garam secukup rasa. Boleh dimakan begitu saja dengan sambal belacan atau sos kegemaran atau dihidang bersama nasi. Selain tu...campurkan ke dalam sayur-sayuran, samaada sayur goreng atau lain-lainnya. Kupang juga boleh dimasak lemak, masak sambal,rendang, pais.. tomyam campur...pendek kata, semua boleh ..asalkan kita pandai mengolahkan bahan-bahannya..

    ok sekian dari saya..jumpa lagi........

    Hosted by www.Geocities.ws

    1