From : [ [email protected] ]
Hati Goreng Bersama Daun Kunyit
Bahan-bahannya :
(A)- dihaluskan / ditumbuk halus
5 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
sedikit cili padi jika mahu
1 biji bawang besar (sederhana)
2 biji bawang putih
sedikit halia
sedikit belacan (jika mahu)
sedikit kunyit basah (pakai kunyit serbuk tak sedap sangat)
(B)
250gm hati (tak kira lah hati lembu or ayam) - dipotong kecil2
1 keping daun kunyit dihiris halus
air asam (atau 3/4 sudu makan cuka + sedikit air)
garam
gula
minyak untuk menumis
Caranya :
  • Panaskan minyak
  • Tumis bahan2 A sehingga wangi
  • Setelah wangi masukkan hati dan daun kunyit. Kacau sebentar
  • Masukkan air asam (or cuka+air), gula dan garam. Air asam tu tak perlu banyak sangat. Cukup setakat untuk rasa masam sikit
  • Masak sehingga kuahnya pekat sedikit. (actually hasil masakan ini seperti sambal gitu bukan berkuah sangat}
  • Jangan masak terlalu lama sebab nanti hatinya akan jadi keras

    selamat mencuba!

    Hosted by www.Geocities.ws

    1