From: [ [email protected] ]
GULAI LEMAK IKAN TERUBUK CARA PANTAI TIMUR
Assalamualaikum semua..
Selain masak asam pedas, goreng atau bakar...famili saya lebih suka ikan terubuk masin digulai lemak. Di sini saya turunkan resipi kegemaran famili saya..
Bahan-bahan :
Seekor ikan terubuk, bersihkan dan ditabur garam secukup rasa..
agak-agak jangan terlalu masin..diperap satu malam..
(sebelum dimasak, basuh lagi sekali untuk buang air garamnya..agar gulai enak rasanya)
1 biji kelapa, ambil santan jangan terlalu pekat, sebab ikan terubuk dah cukup lemak..(asingkan pekat dan cairnya)
Beberapa biji bendi
tomato
lada hidup atau cili padi - biarkan sebiji-sebiji
sedikit daun kesum
bunga kantan, dibelah dua
2-3 keping asam gelugur
Bahan-bahan perencahnya (ditumbuk lumat) :
10 biji cili kering, lebih jika suka lebih pedas
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu kelapa parut
1cm lengkuas, 1cm halia dan 2cm kunyit
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Cara-caranya:-
  • Didihkan santan cair dengan perencah dan asam keping, agak-agak perencah dah sebati dan masak, baru masukkan ikan.
  • Biar mendidih dan isi ikan masak, baru tuangkan santan pekat.
  • Masukkan juga daun kesum dan bunga kantan.
  • Akhir sekali bendi, tomato dan lada hidup dan cili padi.
  • Kacau selalu agar tidak pecah minyak.
  • Rasa dahulu asam garamnya sebelum diangkat atau ditambah garam kerana ikan tersebut telah pun diperap sebelumnya.

    Selamat mencuba..
    Selain dibuat gulai, ikan terubuk masin ini boleh juga digoreng... ketika masih panas, perahkan limau nipis ke atasnya..potong sedikit cili padi, halia dan bawang besar, dan goreng sekejap dengan sedikit minyak hingga layu dan tuangkan ke atas ikan goreng tadi.

    Hidangkan panas-panas bersama nasi..
    Selamat mencuba..semoga kalian gembira menikmati hidangan enak ini..

    Hosted by www.Geocities.ws

    1