1 biji terung ) dipotong-potong
1 biji carrot ) tapi jangan
2 biji kentang ) terlalu kecil
� biji kelapa - di ambil santan secukupnya
sedikit kacang panjang / kacang buncis - di potong
1 bungkus rempah kari daging/ayam
Sedikit daging atau ayam - di potong kecil
(ayam biasanya kita ambil bahagian tulang-tulang, e.g. tengkok, kepak etc.)
Bawang merah )
Bawang putih ) di mayang halus
Halia )
Daun kari
Kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
Sedikit asam jawa
Minyak masak dan garam secukupnya
Kacang dal (jika mahu)
Cara-Cara:-
Tumis bahan-bahan yang dimayang halus serta daun kari, kayu manis, cengkih dan lawang hingga naik baunya.
Masukkan rempah kari dan kacau hingga kering dan pecah minyak.
Masukkan daging atau ayam, biar hingga empuk. (Jika mahu, boleh gunakan daging tetel yang direbus terlebih dahulu).
Kemudian masukkan santan, apabila mendidih masukkan sayur-sayuran tadi, asam dan garam secukup rasa.
Masukkan kacang dal. (kacang dal hendaklah direbus dahulu hingga empuk).
Perlahankan api dan masaklah hingga kentang empuk dan naik minyaknya.
SELAMAT MENCUBA.
OPTION :
From : [ [email protected] ]
Saya ada satu tips untuk buat dalca yang sungguh enak. Tambahkan satu tin tomato soup, beberapa batang serai yang telah dititik dan daun pandan. Tak payah
santan, boleh mengurangkan kolesterol.
Dalam keadaan cuaca yang sangat tidak menentu sekarang dengan pemakanan yang tidak teratur especially yang pedas-pedas dan berempah, panas badan sering
berlaku. Kita digalakan selalu meminum air dengan banyak supaya dapat menstabilkan suhu badan kita.
Salah satu cara untuk menyejukan badan adalah dengan memakan makanan yang dipercayai 'sejuk'. Barli dan kundor adalah diantara makanan yang boleh
menyejukan badan kita. Dibawah ini, saya sajikan sebuah dessert yang boleh dinikmati sekeluarga selepas makan.