From : [ [email protected] ]
Ice-Cream Jagung
Bahan² :
4 oz gula
8 oz tepung susu (carnation coffee-mate creamer)
2 kotak susu putih
1/2 tin jagung hancur (boleh gunakan satu tin jika suka)
sedikit garam
sedikit warna kuning
sedikit vanilla
Peraturan :
  • Bubuh tepung susu (carnation creamer) dalam satu bekas.
  • Masukkan gula, kemudian masukkan susu kotak lalu dikacau hingga rata (jangan sampai bergentel).
  • Setelah rata, masukkan jagung, garam dan warna kuning. Kacau lagi hingga rata
  • Masukkan adunan dalam satu bekas lalu disejukkan dalam peti sejuk sehingga keras (satu hari atau satu malam)
  • Setelah cukup kerasnya, pukul adunan itu dengan mesin pemukul telur hingga kembang (kira-kira 5 minit). Setelah itu masukkan semula dalam peti sejuk hingga keras.
  • Selain jagung boleh ditukar dengan buah-buahan lain seperti durian mengikut kesukaan sendiri.


    OPTION :
    From :[ [email protected]]
    Susu putih tu adalah dairy milk original flavour; susu kotak berperisa asli kegemaran kanak², ada juga perisa lain seperti chocolate dan strawberry.

    Soalan
    From : [[email protected]]
    emmm.. kak… ice cream tuh kene tunggu cair ke kalau kita nak pukul balik ngan pemukul telur ????
    thanks..

    Jawapan
    From : [[email protected]]
    pukul semasa dia masih frozen lagi .. kena pakai mesin pemukul seperti jenama kenwood yang guna whisker yang besar tu kalau guna mesin pemukul kecil boleh kemek/senget-bengotlah pemukul tu.
  • Hosted by www.Geocities.ws

    1