INFO PENYAKIT JANTUNG

copyright © 2013 GIVEN HEART. All right reserved.
Tanda-tanda
dan cara
kawalan yang
berkesan
Jantung
merupakan organ yang istimewa. Jantung sangat penting untuk
kehidupan, jantung berfungsi untuk mengepam darah yang
mengandungi oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh badan. Jantung
yang sihat membolehkan kita hidup bergembira, aktif dan ceria.
Jika kita memiliki jantung yang tidak sihat maka kesemua nikmat
kehidupan ini akan hilang serta merta. Oleh itu janganlah
mengambil mudah tentang jantung kita.
Simptom
Penyakit jantung iskemia (Ischaemic Heart Disease) juga dikenali
sebagai penyakit jantung koronari. Penyakit ini adalah
disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung.
Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkan
kematian otot-otot jantung dan jika keadaan bertambah teruk
boleh menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi dan
seterusnya kematian mengejut. Antara sindrom penyakit jantung
iskemia adalah angina pektoris dan infarksi miokardia.
Kesan
Angina pektoris merupakan tanda awal seseorang itu mendapat
penyakit jantung iskemia. Tanda-tanda awal angina pektoris
adalah rasa sakit di dada sebelah kiri yang disebabkan oleh
kekurangan bekalan oksigen. Kadangkala pesakit mengadu sakit di
bahagian perut (epigastrik). Serangan angina pektoris boleh
berlaku semula apabila pesakit melakukan aktiviti berat atau
ketika pesakit mengalami tekanan (stres) kerana pada keadaan
tersebut jantung memerlukan oksigen yang tinggi. Bagaimanapun,
kesakitan ini akan hilang di dalam masa kurang dari setengah jam
apabila pesakit memberhentikan aktiviti berat dan berehat.
Infarksi miokardia adalah suatu keadaan di mana sebahagian otot
jantung menjadi rosak dan mati akibat dari kekurangan bekalan
darah yang teruk ke bahagian tersebut.
Tanda-tanda infarksi miokardia adalah :
• Sakit dada biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan
merebak ke bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Pesakit
biasanya merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan
sesuatu benda yang berat sedang menimpa dan menekan ke dada dan
kadangkala seolah dada berasa ketat.
• Sukar bernafas
• Pening kepala
• Muntah.
Pencegahan
Senaman merupakan cara paling mudah untuk kita memiliki jantung
yang sihat. Dengan hanya berjalan selama 30 minit sehari kita
boleh memiliki jantung yang sihat. Aktiviti-aktiviti lain yang
boleh juga di amalkan ialah berjoging, berenang, berbasikal dan
bersukan. Berkebun dan melakukan kerja-kerja rumah juga boleh
menyihatkan jantung anda.
Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung :
• Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung
serta mengurangkan bebanan pada jantung anda
• Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya
meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung
• Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung penyakit jantung
yang dikenali sebagai ‘kolesterol berketumpatan tinggi’ (HDL)
• Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang
berlebihan
• Ia mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai
tekanan darah tinggi
• Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan
perasaan
• Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.


