INFO PENYAKIT JANTUNG

copyright © 2013 GIVEN HEART. All right reserved.
Ciri Kesihatan Optimum
Pemakanan
Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Disebabkan
kegilaan rentak kehidupan moden, kita jarang dapat duduk bersama
keluarga dan makan tiga sajian yang dimasak di rumah dalam sehari. Diet
sihat menghasilkan tubuh sihat dan pemakanan yang teruk bukan sahaja
menyebabkan rasa letih dan tidak bermaya tetapi menjadikan anda berisiko
menghidap pelbagai penyakit.
Mengikut American Cancer Society antara 35 hingga 70 peratus barah boleh
dikesan mengikut diet. Diet yang sihat dan seimbang mengandungi vitamin,
mineral, protein, karbohidrat, lemak, serat dan fitofaktor, adalah
penting untuk kesihatan yang baik. Pertimbangkan mengambil suplemen
untuk memenuhi semua keperluan pemakanan anda.
Bersenam
Gaya hidup sekarang lebih banyak duduk, jadi kerap bersenam boleh
menawarkan faedah kesihatan dan kecergasan tambahan. Bagaimanapun, anda
seharusnya tidak memaksa diri mengikuti rutin senaman sukar yang memaksa
tubuh anda sehingga melebihi hadnya. Pepatah no pain, no gain sudah
tidak boleh digunakan lagi. Apa yang anda perlukan ialah senaman
sederhana yang kerap iaitu 3 hingga 5 kali seminggu, yang turut
menyenaraikan kegiatan kardiovaskular, latihan ketahanan atau berat
badan dan meregang untuk fleksibiliti, bagi mengekalkan jantung kuat,
membina otot dan mengurangkan kesan stres.
Rehat
Ramai tidak mengendahkan hal ini dengan kebanyakan orang mendapat
minimum antara 7 hingga 9 jam tidur yang diperlukan untuk orang dewasa.
Tanpa rehat yang mencukupi, keupayaan pembelajaran seseorang individu
dan daya ingatan boleh terjejas kerana faedah tidur utama ialah untuk
memulihkan otak serta menyegarkan tubuh. Ketika tidur, mekanisme
pembaikan tubuh anda kembali berfungsi, memperbaharui sel daripada
kerosakan dan serangan dipertahankan sepanjang hari supaya apabila anda
terjaga, anda bagaikan seorang yang baru.
Sikap Mental
Berapa kali anda ditanya dengan soalan ini, Adakah gelas separuh kosong
atau separuh penuh? Ini mungkin kelihatan seperti persoalan remeh tetapi
ia adalah gambaran seimbas lalu pemikiran anda dan pandangan anda
terhadap kehidupan. Kaitan antara fikiran dan tubuh memainkan peranan
penting tentang cara tubuh menangani stres. Sikap mental yang sihat
membolehkan anda menangani roda kehidupan yang sering berputar. Bersikap
mental yang positif boleh membantu melegakan stres dan menangani
kekecewaan dalam kehidupan.
Secara ringkasnya, walaupun mungkin tiada formula kukuh untuk mencapai
kesihatan optimum, anda boleh memilih tabiat gaya hidup yang memperbaiki
kesejahteraan anda dan membawa anda mencapai kesihatan optimum.


