|
|
|
| Terbitan 1 Nov 2001 |
Point of View |
Apabila aku merenung kembali ketidaktentuan hidup aku, aku dapati ianya adalah disebabkan oleh pemikiran yang datang daripada mana lagi kalau tidak daripada kepala otak aku nan satu ini sendiri. Aku mungkin boleh dimasukan dalam kategori orang yang banyak berangan dan juga berimiginasi tinggi jadi tidak mustahil perasaan tidak karuan ini adalah kesan daripada cara/kaedah aku berfikir. Jadi kesimpulannya aku banyak fikir negatif..sebab itulah semakin lama semakin aku merasa tertekan dan tak merasa bahagia dalam hidup. Tak pun semua yang aku rungutkan diatas disebabkan daripada perasaan rasa tak puas hati dan marah dekat diri aku sendiri sebab tak mampu untuk mengawal diri sendiri. Lebih malang lagi kalau keluarga kita jenis orang yang sempurna. Jadik tak ada peluanglah aku nak salahkan mak bapak aku kalau aku jadi macam ni. Yelah kalau dekat berita tu yang jadik bohsia ke hisap ganja ke semua tunjuk jari kat mak bapak yang bercerai lah, terlalu carik duit lah dan macam-macam lagi. Oleh kerana mak bapak aku jenis yang tak bercerai dan tak terlalu carik duit, aku nak tunding jari kat sapa kalau tak kat muka aku sendri yang hensem nih.. takkan aku nak salahkan bapak aku yang selalu pergi masjid tu, sebab bapak selalu pergi masjidlah anak kesayanganmu ni jadi macam nih.. huh hilang akal apa. Ok sekarang macamana aku nak control kepala hotak kesayangan aku ni agar pikir benda yang baik-baik. Katakanlah aku pergi ke pakar psikologi (sedap sikit bunyinya daripada pakar sakit mental/sakit jiwa) sapa yang nak kena cop gila kan..gila batang tu no commentlah� OK kembali ke topik perbincangan kita.. adakah satu tindakan yang bijak kalau aku jumpa pakar psikologi.. sekurang-kurang aku akan mengadu dengan doktor psikologi tu masalah aku (harap-harap dapat doktor lelaki) tak lah boring budak rumah aku asyik dengar problem aku jerk.. apa yang biasanya pakar psikologi buat untuk memberikan kita hidup yang lebih bermakna�. Kalau ada doktor ataupun yang ada bakat jadik kaunselor bolehlah bagi pendapat dekat tulisan aku yang pajang besar ni�err bukan panjang besar, yang panjang lebar ni..
|
Copyright © 2001 GayMalaysiaOnline.Com All Rights Reserved. |