Absolutely 100% PLU

 
 
Terbitan 1 Nov  2001

Point of View

Note: Pendapat yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pendapat GayMalaysiaOnline.Com

Maka diciptakanya seorang Gay....

Oleh : Leey,  celcom.

Di lahirkan dalam sebuah keluarga angkat. Kamal di besarkan dalam keadaan yang kucar kacir. Emak dan ayahnya hanya seorang peniaga kampung ( kecil-kecilan ) dia juga mempunyai seorang abang angkat yang di bela oleh keluaraganya. Kehidupan Kamal agak meyeronokkan. Setiap pagi dia akan ikut ayah dan ibunya kek kedai, tidur di bawah kaunter duit dan bangkit pada pukul 7.00 pagi untuk kesekolah Agama dan petang pula ke sekolah menegah. Sebagai seorang anak bungsu dia begitu manja,  malah rupa parasnya yang "cute" di senangi oleh keluarga serta rakan-rakannya. Namun dia tidak pernah mendapat kasih sayang daripada keluarganya. Abangnya selalu bersama kawan-kawannya yang lebih dewasa dan ibu bapanya sibuk bekerja , namun dia mencari jalan keluar dengan meluangkan masa bersama kawan-kawannya.


Dia merasakan bahwa teman - teman adalah penghibur dalam hidupanya , kebanyakkan teman-teman lelakinya suka kerana dia adalah seorang yang mengambil berat dan hasilnya , salah seorang teman lelakinya amat rapat sehingga menjadi teman tidurnya. Mulanya sekadar berpeluk-pelukan akhirnya menjadi kenyataan bila teman nya mengusap batangnya dan menjilat badannya. Kepuasan yang tak terhingga di usia muda itu menjadikannya lebih gemar menyayangi dan meyintai lelaki yang hakikatnya dia juga adalah lelaki.

Nasibnya menyebelahinya , hidupnya glamour kerjayanya OK , teman - temannya menghiburkan , namun kekasihnya tidak. Dia hidup bersama seorang lelaki selama 6 tahun, lelaki itu menjaga dan sanggup membelanjakan wang ringgit untuk melihat dia berjaya semasa pengajiannya di Universiti . Kaya tak lah jugak sekadar pekerja kilang sahaja. Namun persahabatan yang di laluinya amat indah. Pahit getir dalam perhubungan di redahinya bersama. Tinggal bersama kekasihnya serta adik dan adik iparnya bersama( seperti mustahil ) walaupun adik kekaksihnya tahu yang Kamal ada hubungan dengan abangnya ( memandangkan Kamal pernah juga terlanjur dengan adik kekasihnya itu ). Namun mereka selalu bersama di hujung minggu, seperti sebuah keluarga hakikatnya tiada sijil nikah dan anak sahaja.


Hakikat ini mejadi satu mimpi ngeri dalam percintaan sorang GAY. Ketiadaan anak akan menyebabkan pasangan akan mejadi bebas untuk melakukan kegiatan bersama insan lai.Kekasihnya pernah meniduri seorang pondan dan melanggan seorang pelacur. Namun Kasih sayangnya tetap pada Kamal. Cinta untuk Kamal tubuh boleh juga untuk orang lain.Kamal tidak dapat menerima ataupun mampu memahami ungkapan itu. Kerana padanya hidup sepatutnya seperti mimpi "all well ends well" namun hidup bukannya mimpi kerana mimpi hanya mimpi. Dia cuba mendesak hatinya minda untuk menerima kenyataan , bahawa mana2 pasangan sama ada dah berkahwin atau belum Gay atau Normal , pasti ada affair dengan pihak ketiga .Namun yang penting pasangan kita akan pulang kepada kita bila senja hari dan tidur sekatil dengan kita, masanya duitnya , perkongsian masalah serta penyelesaina masalah , airmata , pertengakaran , pendek kata semua yang berlaku akan di hadapi bersama itu yang penting padanya.Namun siapa tak hancur hatinya bila mengetahui insan yang di sayangi ada buat hubungan walaupun "one night stand" dengan orang lain. Dia seorang "problem Solver" dia cuba mendekati mengapa kekasihnya meniduri orang lain , adakah kerananya , jika ia dia perlu mempertingkatkan dirinya dari segi perhatian ,kasih sayang , tumpuan serta belaian yang mungkin semakin kurang di sebabkan kesibukkan kerjayanya. Atau jika perkara itu berlaku kerana memang sikap kekasihnya , dia cuba mendidiknya tentang erti sebenar kasih sayang dan perhubungan.Dia memaafkan atas segala keterlanjuran kekasihnya dan cuba membuatkan dia gembira , memandangkan dia hanya seorang pekerja kilang sahaja.malah dia menemai setiap aktiviti yang di gemari kekasihnya seperti Go-Kart,Snooker , Bowling dan bermacam-macam lagi semata-mata untuk menyelami dunia dan siapa sebenarnya kekasihnya. Dia membaca personaliti dan pemikiran dan berbincang secara terbuka tentang kematian , kasih sayang , anak , perkahwinan , agama , Kekeluargaan dan segalanya. Semata-mata untuk mendekati diri insan yang di kasihinya.


Dalam perhubungan seperti isi dan kuku , aur dan tebing ,lagu dan irama .Pasti ada penjalinnya atau pemgikatnya , kita kena memahami apakah elemen atau rahasia untuk menciptakannya.Sebagaimana tercipta Kamal hasil dari pembentukkan dunia semasa kecilnya , dia menggunakan segala yang di lihatnya untuk mencipta perhubungan bersama kekasihnya, walaupun hakikatnya mereka akan berkahwin namun , untuk menciptakan sebuah perhubungan gay yang kekal amat perit perjalananya . Tapi untuk menciptakan seorang gay amat senang caranya. Hanya Pasangan gay yang mulanya seorang lelaki dan bertukar menjadi gay kerana pembentukkan oleh seseorang ( biasanya pasangan kekasihnya ) akan menjanjikan hubungn yang lama berbanding insan yang sama - sama GAY ( sama-sama spesis )Yang tu payah sikit ibarat kiata berkawan dengan diri kita atau teman sendiri yang mencari jantan bersama-sama ( HIPOKRIT ) kerana terdesak untuk ada pasangan ataupun sekadar untuk seks sahaja.


Jadi jika ingin mencari pasangan perlukan masa yang lama untuk mengenali seseorang malah kita kadang kala tak mengenali siapa kekasih kita sebenarnya. Dan jika berkeluarga anak perlu di jaga jangan sehingga kita menciptanya menjadi seperti kita . Mencintai lelaki yang hakikatnya kita juga lelaki.

Lalui hidup ini dengan menganggap ujian adalah suatu cabaran untuk mematangkan diri, masalah yang di hadapi cari penyelesainnya bukan menangisi atau meratapinya. Fokus pada penyelesainnya bukan fokus pada masalahnya.Jangan menyalahkan Tuhan atau ibu bapa atau kawan - kawan kerana kita menjadi seorang GAY , dan bukan juga menyalahkan diri kita . Tiada sesiapa yang patut di persalahkan . Lihat diri sendiri dan bangga dengan apa yang ada.Kerana Malah ada Diciptakanya seorang GAY kerana kita seorang yang kreatif ,bijak , intelek namun jangan menyalah gunakan ap[a yang ada kerana kita tetap manusia yang matinya menghadap ke kiblat.Kita sama semuanya sama.

Aku sayang kamu semua. Terima Kasih..

.

Copyright © 2001 GayMalaysiaOnline.Com  All Rights Reserved.

Hosted by www.Geocities.ws

1