|
|
|
| POINT OF VIEW |
| Terbitan 15 Mar 2001 |
Point of View |
Tiada siapa yang benar-banar faham mengapa sebahagian kita menjadi gay. Ada yang mengatakan gay adalah kesan dari salah didikan semasa kanak-kanak. Sebahagian yang lain mengatakan menjadi gay adalah disebabkan oleh gene itu sendiri. Apa pula pendapat anda ? Banyak yang mempunyai pengalaman jatuh hati teman sesama jantina semasa zaman kanak-kanak mereka. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna anda adalah seorang gay. Bagitu juga pengalaman menjalinkan hubungan sex dengan teman sejenis sewaktu alam kanak-kanak tidak bermakna anda adalah seorang gay. Ada yang mengatakan menjadi gay merupakan suatu pilihan seseorang individu. Ini salah. Menjadi gay merupakan sifat semulajadi diri dan bukan kesan langsung dari persekitaran samada akibat pengaruh rakan atau pergaulan. Sifat gay bukan suatu pilihan. Ia tidak semudah memilih Double Cheese Burger di MCDonalds dan keesokannya pula memilih Whooper Jr di King Burger.Kajian menunjukkan satu dari sepuluh manusia di dunia ini merupakan gay atau lesbian. Ini bermakna jika kita berada dalam satu perhimpunan, maka akan terdapat beberapa orang gay didalamnya. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk kita mengatakan seseorang itu gay atau tidak melainkan dia sengaja mahu kita mengenalinya (misalnya melalui cara dia berpakaian atau assesories yang digunakan). Lelaki gay mampu bergaul dengan orang lain seperti biasa. Ini menyukarkan lagi kita mengenal pasti mereka dengan tepat. Gay remaja (anak ikan) mungkin sukar memahami mengapa mereka mempunyai naluri yang berbeza. Rakan lelaki lain yang mereka kenali menunjukkan minat terhadap perempuan, lalu menyebabkan remaja gay ini tidak pasti samada diri mereka sesuai bercampur dengan kelumpuk lelaki lurus bendul ini apa tah lagi untuk berbincang atau mendedahkan perasaan sebenar mereka. Bagaimana aku tahu yang aku adalah gay ?"Tak ingat pulak bila pertama
kali aku sedar yang aku ni gay... , yang pasti sejak kecil aku selalu berangan
nak buat sex dengan lelaki dan perasaan itu cukup menyeronokkan aku "
-- Azri, 19 tahun (Model sambilan disebuah agensi di
Pandan Indah ) Diperingkat awal anda mungkin tidak pasti naluri sexual anda yang sebenarnya. Tidak perlu tergesa-gesa melebelkan diri dengan sexual preference yang tertentu. Sexual identities kita terbentuk perlahan-lahan. Remaja lelaki kebanyakkanya mengalami naluri sexual mendalam semasa berada dalam alam baligh iaitu dalam lingkungan usia antara 11 ke 15 tahun bilamana tubuh badan mulai membentuk dan hormon mula aktif. Naluri sexual mungkin agak tinggi diwaktu ini. Ia boleh muncul secara mendadak, tanpa rangsangan samada dari individu atau faktor persekitaran. Ramaja lelaki yang mempunyai naluri gay mendalam akan mendapati, dari masa ke semasa minatnya terhadap lelaki lain semakin menebal dan tidak berbelah bagi. Anda mungkin rasa jatuh cinta dengan rakan sedarjah atau juga lelaki lain yang lebih dewasa. Anda akan merasakan pengalaman ini ada waktunya agak menyeronokkan, menyusahkan atau campuran keduanya. Menjelang usia antara 16 ke 17 tahun, remaja gay akan mula melabel identiti sex mereka dan mengesahkanya sementara yang kurang keyakinan diri atau yang masih keliru akan tetap menunggu... Tanyalah diri anda persoalan ini :
Jika anda sukar menjawabnya dengan jelas sekarang, jangan bimbang. Anda akan lebih pasti bila masanya sudah tiba nanti. Hanya anda seorang yang tahu melebalkan diri anda dengan tepat.
Making contact"Pertama kali membuat contact dengan gay lain terasa cukup melegakan. Tak sangka langsung ada connection. Rasa cukup happy. Rasa takut pun ada jugak."-- Izham Azhar, student MC GAY GAY.
Belajarlah menyukai diri sendiri"Aku menerima hakikat yang aku ni gay. Tak perlu aku berlakun .."-- Ahmad Wardi, UIA.
Menyorokan perasaan dan naluri sexual sebegini
dianggap "closet" bagi kebanyakkan orang. Kadang kala ia memang
meyakitkan dan terasa cukup lonely sekali. Kita terpaksa membataskan pergaulan
kita dan cuba mengelak dari berkawan dengan gay lain yang sudah 'exposed'
bagi mengelakkan orang mengenal identiti kita. Kita seakan hipokrit kerana
memendam perasaan dan gagal menunjukkan hakikat diri yang sebenarnya. Walau
bagaimanapun bukanlah salah untuk kita terus berkeadaan "closet"
sekiranya itu adalah yang terbaik buat kita . Patutkah aku berterus terang ?"Aku hanya bagitahu seseorang yang
aku ni gay jika aku memang dah kenal betul dengan dia. Rasanya mereka patut tahu
sesuatu yang special tentang aku.. "--
Ijat, ITM Shah Alam.
|
Copyright © 2001 GayMalaysia.Com All Rights Reserved. |