Absolutely 100% PLU

POINT OF VIEW
Terbitan 15 Jun 2001

Point of View

 -

Tahap Straightacting seseorang lelaki gay  by Ikmal Hisham

 

Masyarakat sering beranggapan lelaki homosexual adalah agak feminine. Ada yang begitu. Ada yang tidak. Jadi apa makna semua ini ? Straightacting ? Masculine ? Feminine ?.  Sukar mentakrifkanya kerana ia mempunyai makna yang berbeza bagi berbeza orang.  Oleh itu sukar untuk menentukan sejauh mana seseorang itu straightacting atau jantan tulen. Adakah bermakna seseorang yang straightacting itu lebih baik dari yang feminine ?  Adakah menunjukkan ke'gay'aan anda bermakna anda feminine ?

Setiap orang mempunyi kecenderungan mereka  sendiri terhadap lelaki yang mereka suka. Sebagai contoh  "Sukakan anak ikan (macam aku...)" atau juga mahu yang "Top". Atau juga anda mungkin suka pada lelaki yang 'straightacting' atau mungkin juga seorang yang berstatus 'Queen'.

Apapun, tentukan di tahap manakan anda berada ...

Tahap 1 -- Tingkat teratas  dalam kategori straightacting

Tiada lagi tahap yang paling tinggi daripada ini. Jika anda dalam kategori ini, anda sebenarnya berada dalam suatu tahap kejantanan mutlak  sehingga tidak akan ada siapapun  dalam dunia ini  yang menyangka anda tidur dengan lelaki.  Gaya serta tingkah laku yang straight bagi lelaki gay dalam Tahap 1 ini sangat mantap sehingga seorang lelaki heterosexual pun belum tentu mampu melakukanya. Tiada siapa yang menyangka anda seorang gay kerana tiada sebarang hint atau petunjuk yang anda adalah lelaki lembut. Anda membawa image macho serta jantan sepanjang masa. Anda berkecimpung dalam dunia lelaki sejati. Keseronokkan bagi anda mungkin dengan menyaksikan WWW wrestling atau sanggup menyengkang mata menyaksikan siaran tertunda perlawanan bolasepak. Jika anda menari di club, kaki dan tangan anda kurang bergerak.


LEVEL 2 -- Sangat straightacting

Sukar bagi seseorang mengenalpasti anda sebagai Homo boy. Semua tindakan anda dirancang dengan cermat secara yang tidak mempaparkan ciri yang dianggap lelaki lembut. 


LEVEL 3 -- Selalunya straightacting

Anda melalui hidup yang normal tanpa 'banyak persoalan'  kerana ramai yang menganggap anda adalah straight. Kadang kala ada segelintir yang perasan beberapa ciri 'kelembutan' anda tetapi ia tersanggah dengan mudah bila mana anda tiba-tiba mempaparkan ciri-ciri kejantanan anda pula sehingga menyebabkan mereka tidak sempat memikir dan menganalisa ciri yang satu lagi itu. 


LEVEL 4 -- Agak straightacting

Beberapa orang mungkin mengsyaki yang anda bukan lelaki heterosex. Tiada siapa yang pasti, tetapi ada khabar angin mengenai apa aktiviti anda dihujung minggu. Kebanyakkan ciri-ciri anda adalah straight tetapi terdapat beberapa ciri lain yang menyebabkan orang tertanya-tanya, tetapi tidaklah begitu nyata sehingga seseorang itu boleh menengahkanya.


LEVEL 5 -- Agak lembut

Bukan setakat emak anda, tetapi makcik Janitor di office anda pun tahu yang anda suka tidur dengan lelaki. Ciri straight acting anda agak sedikit serta ciri feminine yang mula menyerlah. Anda cenderung menjadi lelaki yang sensitive dan rapat dengan rakan-rakan wanita di  office. Lengan anda pun jelas nampak tidak bertenaga.


LEVEL 6 -- Selalunya lembut

Orang mula bertaruh yang anda adalah gay. Anda banyak membuat sesuatu dan pelakuan yang agak stereotypical dengan pelakuan feminine gay. Anda enjoy meneroka alam feminine dalam diri anda. Kebanyakkan orang menganggap anda gay dan melantakkanya dan anda pun menerima keadaan itu.


LEVEL 7 -- Agak lembut

Sudah sampai tahap orang menganggap 'emmm, sah gay...'. Pelakuan anda yang konsistent membolehkan seseorang yang berurusan dengan anda merasakan anda sebagai 'fun loving homo boy'. Anda nyawa sesuatu party. Bila bercakap, tangan anda bergerak sama banyak dengan mulut anda. Pakaian anda nampak begitu perfect sehingga kadang kala nampak macam palsu.


LEVEL 8 -- Sangat lembut

Hendak sangat dan mula menunjuk-nunjuk. Tidak mahu berselindung lagi. Anda mahu dunia tahu yang anda bangga dengan diri anda. Peduli apa orang nak kata. Hidup terlalu singkat untuk menjadi seseorang yang bukan anda. 


LEVEL 9 -- Amat lembut

Jika anda belum lagi cuba untuk drag, pada tahap ini anda mula memikirkanya. Dalam samar-samar lampu pentas, hiruk pikul lelaki dan muzik, ia bagai mimpi jadi nyata untuk anda dengan dunia yang semakin kecil, pentas hiburan merupakan gelangangnya. Ia suatu dunia yang baru dan anda ingin orang tahu dunia pentas adalah dunia anda.


LEVEL 10 -- QUEEN STATUS

Tiada yang lebih feminine dari anda. Perempuan tulenpun mungkin tidak selembut anda. Anda sebenarnya perempuan yang terperangkap dalam tubuh lelaki. Anda berusaha melakukan 'operation' dan setiap malam memikirkan alangkah baiknya menjadi perempuan. 50% pakaian anda sebenarnya direka untuk perempuan dan kehidupan anda rasakan semakin meriah bila lebih banyak lelaki Level 10 yang anda kenali.

 

Jadi, ditahap manakah ke'straightacting'aan anda ?

 

.

Copyright © 2001 GayMalaysia.Com  All Rights Reserved.

Hosted by www.Geocities.ws

1