|
Note: Pendapat yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pendapat GayMalaysia.Com |
|
|
Gementar menghukum kalbu
|
Oleh : Hairuddean Sejak terciptanya dunia sehingga sekarang,manusia di kurinakan rasa yang terlalu unik dan perlu di halusi bagi menghuraikan istilah kasih sayang.
Kasih sayang satu rasa yang di perlukan dan ianya adalah normal untuk semua lapisan manusia. bahkan haiwan juga memiliki rasa sayang terhadap anaknya dan kawan-kawannya.
Di sini saya tak mahu bangkitkan isu yang menyamakan manusia dengan haiwan.kali ini saya mahu mengupas mengenai kekeliruan identiti yang masih ada dalam jiwa
remaja khususnya bagi yang terlalu kemaruk ketagihan kasih sayang yang tidak di perolehi dari ibu bapa atau mungkin dari saudara terdekat.
Saya pernah di datangi oleh pelajar saya yang menghadapi krisis di mana tidak dapat menmbezakan yang mana kasih sayang tulus dan yang mana kasih sayang sementara.mereka berpendapat bahawa sesebuah ikatan kasih sayang yang diperolehi dari 'abang angkat' atau 'kakak angkat' itu adalah yang kekal.sebenarnya mereka masih samar-samar dalam menentukan hala tuju mereka.
Sebagai seorang guru dan kaunselor, saya tidak boleh mencampur adukkan kisah kehidupan saya dengan masa depan murid-murid kerana murid-murid masih terlalu jauh jalan kehidupannya. saya pernah juga di tanya oleh rakan-rakan lain. Mengapa saya tidak mengambil peluang yang ada sedangkan terdapat ramai pelajar yang seakan meruntun nafsu. Namun saya katakan 'tidak' kerana saya tidak mahu masa depan pelajar saya kelam akibat tersalah didikan.
Saudara sekalian, remaja khususnya terlalu terdedah pada kehidupan yang agak simbolik ini tanpa memikirkan apa kesan jangka panjang yang bakal mereka hadapi.Mereka hanya inginkan keseronokan tanpa memikirkan apa yang akan mereka hadapi setelah segalanya berlaku.apabila sesuatu telah berlaku barulah nak menyesali dan ini adalah sesuatu yang tak sepatutnya berlaku. Mereka patut memikirkan apa yang baik untuk masa depan mereka.
Minggu lalu saya dikejutkan oleh berita tewasnya seorang bekas pelajar tempat saya akibat terlalu ikutkan nafsu. Tetapi hal ini tidak digembar gemburkan kerana mahu menutup aib keluarganya.dan saya paparkan di sini bukan untuk mengutuknya tetapi untuk di jadikan iktibar buat kita semua.
Izam (bukan nama sebenar),memang bekas penuntut yang aktif dan di sukai oleh ramai pelajar baik lelaki mahupun perempuan. Dia memang kacak dan mempunyai personaliti yang menarik. Pendek kata sapa melihat pasti akan jatuh hati. Malangnya beliau lebih tertarik pada kaum sejenisnya. Satu hari dia di datangi oleh Akmal(bukan nama sebenar) iaitu ketua pengawas di sekolahnya yang mengajaknya pergi ke disko di Johor Bahru. Di ringkaskan cerita pada malam itu Izam benar-benar hanyut dalam alunan muzik dan dia tidak sedar bahawa Akmal telah mengumpannya.dan malam itu Izam kecundang di tangan Akmal.segala intipati dari tubuhnya telah di sedut oleh Akmal dengan rakusnya.Akmal mengulanginya dan
Izam merelakannya dan kadang-kala Izam yang memintanya dari Akmal.
Masa terus berlalu dan tiada siapa sangka bahawa hubungan mereka telah sampai ke tahap yang kritikal kerana tanpa pengetahuan Izam, Akmal selalu meniduri ramai pelajar lembut di asrama sekolahnya. Hasil dari kemesraan di atas ranjang itu telah menyebabkan Izam rasa tertekan.namun apa boleh di lakukan lagi. Akmal pembawa HIV dan Izam di jangkiti HIV dengan mudah. Tambahan pula Izam mengalami masalah kesihatan yang meruncing.tamat persekolahan Izam membawa haluan keluar dan pergi jauh dari keluarga kerana hendak menutup malu.tapi saudara, walau jauh mana sekalipun kita pergi, keluarga memang tak pernah melupakan kita.begitulah yang berlaku pada keluarga Izam. Mereka tetap menerima Izam walaupun Izam
menjauhkan diri darinya.ibu bapa mana yang tak sayangkan anak ?.
Masanya telah tiba, pagi rabu lalu Izam di masukkan ke ICU kerana tidak sedarkan diri setelah jatuh di bilik mandi. Dan pada petangnya Izam selamat menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah hospital daerah di sini. Dan kami yang menziarahinya seakan terkejut dengan perubahan fizikalnya.alfatihah buat arwah Izam.
Saudara pembaca, saya paparkan kisah ini kerana saya tak mahu jejak songsang Izam di ikuti oleh kita semua. Izam memang bekas pelajar sayang yang baik. Banyak kisahnya yang saya tahu tapi biarlah ianya menjadi sejarah buat saya dan beliau. Dan kepada Akmal,beliau benar-benar menyesal kerana menjadi penyalur racun pembunuh kepada Izam. Dan sebagai mana Izam dulu, Akmal kini menanti saat-saat kematiannya dan saya berharap Akmal telah bertaubat sebelum datang ajal menjemputnya.
Saudara pembaca, sekarang ini kita renungilah dalam diri kita.adakah kita akan tetap begini atau kita harus berubah demi kehidupan yang lebih bermakna. Segalanya saya serahkan pada saudara semua kerana hanya kita sahaja yang dapat menentukan jauh manakah kita akan pergi. Tapi ingatlah, sejauh mana pun kita pergi, kita akan kembali. Kembali pada yang menciptakan kita. Untuk saat itu, bersediakah kita ?
|