Absolutely 100% PLU

 
 
Terbitan 15 Aug  2001

Point of View

Note: Pendapat yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pendapat GayMalaysiaOnline.Com

Cinta Metafizik

Oleh : Hairuddean

Saya kemas bilik saya pagi tadi dan saya terjumpa novel lama berjudul  " Musim dingin terakhir " karya saudara Aidi Aidil.saya bukan nak mengulas  novel ini tetapi apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah kisah  kehidupan yang terkandung dalam novel ini.

Percintaan sesama lelaki sebenarnya sesuatu yang terlarang tetapi  dapatkah kita menolak sesuatu yang bersarang dalah hidup kita ? berdasarkan  kalimah cinta itu sendiri.. Ianya sukar ditafsirkan jadi, tak  menghairankan jika dua orang lelaki mahupun perempuan saling cinta mencintai. 

Sejarah memang mengutuk golongan gay malah semua agama saya rasa  mengatakan perbuatan liwat itu satu dosa malah Allah s.w.t  telah  menterbalikkan dunia di zaman kepimpinan Nabi Luth a.s. namun bagi  kita.... terpulang pada kekuatan mental dalam menolak atau menerima semua itu.

Baru-baru ini saya terbaca satu majalah pendapat yang mengetengahkan  Dato Sri Zaharah Sulaiman yang beranggapan bahawa golongan gay adalah  golongan underground yang paling serius. Tapi bagi saya sendiri.. masalah  keruntuhan akhlak muda-mudi bukan di sebabkan  leh gayness mereka tetapi  hati mereka sendiri. Saya merujuk kata-kata beliau yang mana beliau  menyalahkan golongan gay yang menyebabkan berlakunya pembunuhan dan gejala  lain. Adakah boleh disamakan gayness seseorang itu dengan black metal?  Bolehkah? Sebenarnya isu black metal ini dah lama tetapi tiada siapa  yang nak ambil tahu sehinggalah kejadian yang berlaku di kedan yang 
membuka mata para menteri yang asyik sibuk menuding jari menyalahkan golongan  gay yang mereka anggap pihak ketiga. Hairannya..  tak siapa pun di  kalangan menteri sibuk memikirkan jalan yang terbaik untuk mengatasinya tetapi bercakaran sesama sendiri. Itulah tugas menteri jika kalian mahu  tahu. Saya bercakap bukan atas dasar politik atau bencikan kepada kedamaian tetapi saya tak suka berada dalam kemelut menteri yang hanya 
merugikan rakyat.

Berbalik pada kisah kehidupan gay di malaysia.sejak tersiarnya berita  kematian beberapa rakan gay di setara malaysia akibat rasa cemburu  sesama pasangan, perlukan kita yang tinggal ini terus bertelagah mencari  kawasan masing-masing? Sebenarnya kerana kelainan dan kerana perbezaan  naluri menyebabkan kita buta hati.. Demi nafsu kita sanggup membunuh.

Sebagai gay,kita adalah lelaki.tidak ada keraguan sama sekali. Yang  membezakan kita adalah kegelisahan dan kehalusan yang tak ada pada lelaki  lain. Salahkah? Dan dengan kepayahan ini kita terpaksa bergelut  menghadapi hidup yang sungguh sukar dan asing. Kita kena belajar mengenali siapa  kita kerana kelainan kita tidak dapat di terima oleh orang  lain. Pelajarilah mengenali diri kita kerana hanya kita yang memahami siapa diri kita.

.

Copyright © 2001 GayMalaysiaOnline.Com  All Rights Reserved.

Hosted by www.Geocities.ws

1