|
Note: Pendapat yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pendapat GayMalaysiaOnline.Com |
|
|
Beberapa Perkara Berkaitan Dengan Gay
|
Oleh : Abang HaimiGay, berbeza dulu dan sekarang. Kalau dulu bersembunyi, kini lebih terbuka. Ahlinya pula bukan calang-calang, purata mereka lepasan universiti. Mungkin pemgalaman di asrama banyak mewarnai kita. Bukan salah asrama. Bukan salah kawan se asrama. Kelemahan kita jua.
Sebenarnya kita ada kekuatan. Kalangan kita sebenarnya amat bernafsu. Kira power laa . Setengah pendamkan sahaja. Suka melayan sendiri dengan melancap. Setengah suka berangkan seseorang. Yang berani dan berpeluang akan dapat. Melakukan sex bersama teman atau bersama orang tersayang.
Walau bagaimanapun, kepuasan dan kesihatan kita yang penting. Semangat kesetiaan sukar di cari. Rata-rata perlukan sex sahaja. Terpulang pada kita untuk menilainya.
Satu lagi kekuatan kita ialah kegagahan diri. Semakin ramai gay yang kacak, bertenaga, mancho, berbadan sasa dan bergaya. Kerap kita berjumpa yang lebih bersih dari wanita sendiri. Yang lebih menarik dan menggoda. Itu lah cabarannya.
Kekadang ada rasa nak buang perasaan gay, namun masalahnya tak dapat menerima wanita dalam hati. Tak bernafsu walaupun ada keinginan. Nafsu hanya melonjak bila melihat lelaki idaman hati. Itu lah lumrahnya. Keinginan dan perasaan sesama lelaki bagi kita - gay.
Walaupun apa yang kita lakukan, utamakan keselamatan dan fikirkan orang yang kita sayangi. Semuanya pada hati. Semoga kita semua akan berjaya mengatasinya.
Akhirnya, kita patut menghargai diri kita. Jangan hipokrit. Tak patut menipu wanita yang ada hati terhadap kita. Biar mereka tahu. Jika masih ingin mengubahnya, mintalah bantuan dari mereka. Wanita juga ada peranan dalam hidup kita.
Sekian
|