Absolutely 100% PLU

 
 
Terbitan 15 Aug 2001

Point of View

Note: Pendapat yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pendapat GayMalaysiaOnline.Com

Lelaki... apa beza dengan perempuan ?

Oleh : Herman, Selayang

Berbeza dengan wanita, lelaki biasanya tidak mempunyai banyak teman lelaki yang cukup akrab denganya. Dengan mudah, seorang wanita boleh mengenali teman-teman baru, melakukan banyak hal bersama, window shopping dan sebagainya. Tetapi seseorang lelaki, akrab dengan lelaki lain secara emotional terasa aneh, karena mereka menganggap hubungan seperti itu terlalu menjurus ke arah homoseksualiti. Agak kolot kan ?

Sebenarnya, seseorang lelaki yang memandang remeh hubungan social-emotional dengan sesama lelaki mungkin telah kehilangan beberapa faedah berikut dalam hidupnya: 

1. Persahabatan yang sihat dengan sesama lelaki boleh membuat seorang lelaki berfikir lebih positif dan sportif sehingga kehidupan socialnya juga menjadi lebih seimbang.

2. Hadirnya lelaki lain dalam kehidupannya yang mengenalinya secara lengkap boleh membuat seorang lelaki merasa dilindung dan menambah kepercayaan terhadap dirinya.

3. Jadi gay? Siapa kata ?  Persahabatan dengan sesama lelaki boleh membuat kehidupan cinta anda lebih baik.

"Seperti saya dan Frank. Kami teman di fitness club. Gara-gara dia sering nebeng saya pulang, kami jadi lengket. Kami sama-sama masih lajang waktu itu karena, biasalah, masih kepingin menikmati hidup. Pertama-tama kami cuma teman fitness, lalu beranjak jadi teman jalan-jalan di akhir minggu. Akhirnya jadi teman ngobrol serius. Dari hasil ngobrol-ngobrol itu, kami justru sadar bahwa rasanya kok hidup ini tawar amat! Lantas kami sama-sama mulai berpikir soal pasangan hidup. Saling kasih nasehat soal cewek, sampai akhirnya saya bertemu dengan Gwen. Waktu kami menikah, ya siapa lagi yang jadi best man kalau bukan Frank!" cerita Julian, seorang account executive dari Bates Advertising.

Biasanya, seorang lelaki berhati-hati dalam aspek perhubungan dengan lelaki lain kerana aspek berikut : 

1. Ego yang besar dan bimbangkan persaingan. 

2. Homofobia atau  ketakutan yang berlebihan terhadap hidup homoseksualiti. 

Kalau masalah kedua yang menghantui anda, ubahlah pandangan anda ! Setiap bulan anda ke salon dan bertemu dengan segudang lelaki yang pada umumnya adalah gay. Apakah itu membuat anda menjadi gay juga? Homoseksualiti tidak akan menjangkiti anda selama anda sendiri tidak membenarkan hal itu terjadi terhadap diri anda.

Sementara itu, lelaki memang dianugerahkan ego yang besar. Ego ini sendiri sebenarnya bukan pembunuh rasa persahabatan antar sesama lelaki. Namun, ego ini memperlambatkan proses keakraban dalam perhubungan antara dua orang lelaki. Berlainan dengan aspek emosional yang kuat pada seseorang wanita, ciri ini mempercepatkan perhubungan secara emosional pula dengan wanita lain.

Untuk mengendalikan ego lelaki supaya tidak menjadi penghalang, cuba terapkan tips-tips berikut ini:

1. Buka mata anda ! Ada banyak lelaki dalam kehidupan sosial anda yang boleh dijadikan teman baik. Teman sekolah anda dulu, misalnya atau jiran rumah anda,  teman sepejabat.

2. Say a simple " hi " to him ! Greetings yang akrab dan hangat adalah permulaan yang baik.

3. Jangan mulakan dengan perbincangan yang complicated seperti pekerjaan, business atau politik.  Cubalah kalimat seperti, "Biasa hang out dimana kalau weekend ? " atau " Suka main bowling? "

4. Jangan cepat-cepat membincangkan masalah pribadi.

5. Kalau dia berceritakan masalahnya, jangan terus memberi nasihat ! Biarkan dia terus cerita dan anda sekadar menjadi pendengar yang baik. 

Sekian.

.

Copyright © 2001 GayMalaysiaOnline.Com  All Rights Reserved.

Hosted by www.Geocities.ws

1