Absolutely 100% PLU

 
 
Terbitan 1 Sept  2001

Point of View

Note: Pendapat yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pendapat GayMalaysiaOnline.Com

Hubungan Jangka Panjang

Oleh : Farhad, Taman Melawati KL

Menjaga perhubungan agar tetap hangat untuk suatu jangka yang lama sering menjadi hal yang sangat sukar dilakukan.  Menjaga agar tiada pertelingkahan dalam perhubungan ini sama sukarnya dengan menjaga hubungan agar tetap perpanjangan.

Jangan terlalu pesimis tentang apa yang Anda hadapi. Meskipun menjaga hubungan bukan hal yang mudah, ada kalanya Anda harus mencermin diri. Tidak semua pasangan melanggar janji mereka. Masih banyak dari mereka yang makin menikmati hubungan seks seiring dengan panjangnya perhubungan itu sendiri.

Mereka ini seakan mengalami jatuh cinta setiap hari, bagai kehangatan waktu pertama setiap kali berhubungan seks dilakukan. Mereka ini tentunya pasangan yang bernasib baik. Tetapi nasib baik ini sahaja tentunya tidak mencukupi. Mereka tentunya telah berusaha melakukan sesuatu bagi menjamin perhubungan itu sendiri. 

Mereka, pasangan yang berjaya  tentunya telah menyedari tidak ada ramuan khusus yang menjamin hangatnya hubungan seks selain komunikasi batin yang kuat antara pasangan mereka, mudah beradaptasi terhadap perubahan untuk dirinya sendiri dan  pasangan, saling menghormati dan memahami kesukaan dan apa yang dibenci oleh pasanganya itu.

Hasilnya, mereka akan berjaya  menjalani hidup yang membahagiakan . Pada saat mereka menemui masalah, ianya akan dihadapi secara bersama. 

Beberapa perkara yang peru diberi perhatian bagi pasangan yang ingin perhubungan yang berpanjangan:


Beradaptasi Terhadap Perubahan
Setiap manusia mengalami perubahan seiring dengan bertambahnya umur serta kematanganya. Setiap pasangan harus mapu segera mengubah diri, tanggapan serta beradaptasi dengan perubahan-perubahan baru.

Idealnya, perubahan-perubahan ini harus dihadapi bersama. Pasangan yang tidak berkesanggupan menangani perubahan secara bersama pastinya menghadapi risiko putus hubungan yang berkekalan. 


Waktu untuk Berdua
Seberapa banyak waktu yang diperlukan berdua? Jawapannya agak relatif. Tetapi bila Anda menjawab "tidak banyak", jelas ada yang tidak dalam perhubungan Anda.

Bahagikan sedikit masa bagi kegiatan bersama seperrti makan malam berdua atau mungkin juga travel bersama. Aktiviti sebegini akan membuka ruang kepada perbincangan peribadi yang mengeratkan lagi perhubungan anda. 

Tunjukkan Perhatian
Memanggil nama pasangan dengan nama yang disukai bukan hal yang bodoh. Ini dapat membuat pasangan merasa dicintai dan special, sekaligus merapatkan ikatan.

Pekara lain yang juga penting adalah ketrampilan diri. 

Body language seperti sentuhan, ciuman serta  belaian  akan membantu meningkatkan kemesraan bagi menjamin perhubungan yang berjangka panjang.  Perkara kecil sebegini mampu menambah kuku lagi perhubungan anda berdua.

Selamat mencuba.  

.

Copyright © 2001 GayMalaysiaOnline.Com  All Rights Reserved.

Hosted by www.Geocities.ws

1