Absolutely 100% PLU

 
 
Terbitan 1 May  2001

Point of View

.

Lelaki yang aku minati

Oleh : Zarul Izham Azhar, AU3 Hulu Klang

Aku tidak berminat dengan lelaki yang berkemeja atau TShirt ketat, berkilat-kilat a-la M Daud Kilau gitu...... dengan turtle neck menutup leher. Berpakaian gay sebegini hanya menyebabkan aku jadi loya......"

Hmmm ... Apa yang aku suka pada seorang lelaki ? Aku sukakan yang intelligent dan yang ada sense of humor. Seseorang yang masculine dan tak semestinya macho. Lelaki yang confident tetapi tidak arrogant; bijak tetapi tidak condescending. Dia mestilah romantic dan thoughtful. Dia mungkin agak religious dan mestilah mempunyai nilai spiritual atau kepercayaan yang positif terhadap sesuatu. Dia mesti bermotivasi serta bercita-cita tinggi, bukan yang mencari sugar daddy.... Dia mestilah conversationalist, seperti aku yang talkative. Dia mesti, aku ulang, mesti affectionate.


Satu lagi pekara yang penting bagi ku ialah lelaki itu mestilah sekurang-kurangnya agak terpelajar sedikit. Aku mahukan lelaki yang inteligent dan boleh berbincang aspek yang agak serious. Dia mestilah mempunyai ciri peribadinya sendiri, gaya serta independence. Bukan setakat mempunyai rupa paras yang cantik dipandang, lelaki dengan tarikan tersendiri, gaya serta keyakinan diri akan menambah minatku. 

Gambar Hiasan GayMalaysia.Com

 

Aku menyukai lelaki yang tahu apa yang dimahukan dalam hidup serta berusaha mendapatkanya; seseorang yang akan menjadikan aku lebih matang. Aku sukan lelaki yang tak begitu berpengalaman....... Sesorang yang tidak begitu terbuka mendedahkan pilihan sexnya.  Aku tidak berminat dengan lelaki yang berkemeja atau TShirt ketat, berkilat-kilat a-la M Daud Kilau gitu...... dengan turtle neck menutup leher. Berpakaian gay sebegini hanya menyebabkan aku jadi loya......

Appearance-wise, aku agak ethnocentric. Aku sukakan yang berambut hitam, bermata gelap serta tidak terlalu cerah kulitnya. Untuk merjumpa dan membentuk relationship, bangsa tidak menjadi pilihan. Apa yang ingin aku katakan, aku lebih berminat dengan mereka yang sebangsa denganku. Dari segi ciri fizikal pula, yang selalu membuat aku tergoda biasanya adalah pada mata serta senyuman seseorang lelaki itu. Aku suka melihat matanya. Tak ada salahnya memerhatikan mata seseorang , terutama brown puppy-dog eye. Senyuman seseorang itu juga mampu mencairkan hatiku. Jika ada lelaki cute yang melemparkan senyuman, aku tak mampu berselindung lagi; aku akan membalasnya.

 

Aku suka mereka yang berbibir tebal - emmm kissable lips, "husky" atau menurut istilah rakanku "meat heads". Aku lebih gemarkan lelaki yang tinggi atau sekurang-kurangya sama ketinggian denganku. Aku mengemari lelaki berambut pendek; clean-cut rather then rugged. Secara umumnya aku tidak memilih sangat dari sudut apperance, cukuplah sekadar mempunyai kualiti physical. 

 

Dan sudah tentu, lebih banyak yang istimewa tentang dirinya, lebih baik.

 

.

Copyright © 2001 GayMalaysia.Com  All Rights Reserved.

Hosted by www.Geocities.ws

1