|
|
|
| Terbitan 1 May 2001 |
Point of View |
Menjadi gay secara terbuka adalah aspek yang penting bagiku. Ada baiknya aku berkongsi pengalaman dengan orang lain bagi menunjukkan bahawa menjadi gay bukanlah suatu pilihan (is not a choice). Mereka yang masih closet atau yang masih confused sekurang-kurangnya belajar sesuatu dari pengalamanku ini.
Hidup dalam ClosetSebahagian besar hidupku adalah dalam closet. Sebagai seorang yang cukup tertekan. Bertahun lamanya aku merasa cukup tersiksa menjadi seorang homosex . Bila menoleh kehidupanku yang lalu, aku sememangnya menyedari minatku terhadap lelaki tetapi aku tidak berupaya menjelaskanya perasaanku sebenar sehingga aku berusia antara 12 atau 13 tahun. Sabagai anak yang baru membesar, aku selalu ingin tahu kehidupan seorang lelaki dewasa serta juga lelaki lain yg sebaya dengan ku dan tidak lebih dari itu. Jadi aku tidak terfikir langsung yang aku adalah seorang gay. Aku sememangnya anak yang berbeza. Jadi aku cuma merasa keunikkan aku sahaja dan tidak semestinya aku adalah seorang gay.
Tahun yang paling sukar adalah sewaktu awal remaja. Zaman dimana aku mula masuk
ke alam baligh dan diwaktu yang sama juga aku sedar yang aku ini seorang gay.
Pada peringkat ini rakanku yang lain mula sibuk berkata tentang perempuan sedang
aku sibuk memerhati tingkah laku lelaki, biarpun tidak secara seksualnya. Aku
rasa perasaan dalamanku pada waktu ini tidak berkembang lagi tapi aku pasti ia
hanya menunggu waktunya sahaja.
Pada saat inilah aku seolah-olah membenci diriku sendiri dan berusaha untuk menekan keinginan seksualku. Aku berjaya. Aku selalu berkata pada diriku sendiri " ye memang aku meminati lelaki, tapi aku bukannya pondan..." . Aku sedar menjadi gay sememangnya keji dan menjijikkan. Dalam fikiranku, aku bukanya gay selagi aku tidak melakukan pekara yang tidak sepatutnya. Aku selalu berdoa semoga tuhan "menjadikan aku straight".
Beransur-ansur aku berhenti dari befikiran sebegitu kerana aku tak pernah behenti dari memikirkan tentang lelaki. Aku benarkan diriku memerhati lelaki tanpa rasa malu. Tapi, aku tetap merasa aku tak
sepatutnya menjadi seorang gay. Aku mesti mengahwini seorang wanita dan hidup sebagai seorang lelaki straight, fikirku. Sesekali aku keluar dengan teman
wanita, tapi tiada siapa yang pernah ku anggap special. Aku tak pernah minat pada mereka. Berselindung disebalik akademik dan memberitahu keluarga yang aku begitu sibuk. Sebagai seorang Melayu, mereka mengharapkan aku memiliki teman wanita dan seterusnya mengahwininya. Sepanjang hidup aku tidak punya niat langsung untuk memberitahu sesiapa tentang apa yang aku rasa, apatah lagi tentang perasaan seksualku...
Aku percaya setiap gay akan melalui keadaan dimana dirinya terpaksa menerima hakikat sebenar pilihan sexnya dan seterusnya bersedia untuk jadi lebih terbuka terhadapnya. Pada usia 20 tahun aku mula terdedah dengan bahan bacaan, magazine, vcd atau melihat detik-detik bahagia pasangan gay. Aku cukup tertekan kerana merasa betapa tidak bahagianya diriku. Dan aku tahu ini adalah kerana aku menyorok hakikat diriku sendiri. Pergaulan dengan rakan sebaya yang kemudianya juga turut mengakui kecenderungan mereka terhadap lelaki menambah kayakinan dan keberanian. Aku mulai menemui lebih banyak rakan gay serta sudah mula terlibat secara fizikal dengan mereka. Aku kira inilah detik pertama dimana aku mengesahkan pilihan sex ku terhadap diri sendiri. Pun begitu aku kira aku akan tetap begini. Tiada sebab untuk aku mendedahkan siapa diriku yang sebenar kerana menjadi gay seperti lain-lain characteristic seseorang individu merupakan maklumat yang tidak semestinya perlu dikongsi atau dihebohkan kepada orang lain.
. |
Copyright © 2001 GayMalaysia.Com All Rights Reserved. |