Absolutely 100% PLU

 
 
Terbitan 1 Jul 2001

Point of View

 -  Home -

GAY...KELIRU ?

Oleh : Dean

Gay.....satu istilah yang sering kali mengelirukan semua pihak.mengapa dikatakan keliru? sebab identitinya yang tak nyata. Lainlah kalau status mak nyah. Apa  bezanya gay dengan lelaki normal? Pastinya ramai yang berpendapat  naluri, keinginan dan citarasa seks yang berbeza. Tetapi hakikatnya begitulah  ciri-ciri seorang gay. Gay sama lelaki lain. Ada harapan, ada impian, ada perasaan. Ingin di sayangi dan  menyayangi, ingin di belai dan membelai. Perasaan yang seakan sama dengan yang  dimiliki oleh perempuan cuma bezanya jantina. Kenapa keliru dengan gay? Adakah kerana kelainan selera seksualnya atau kerana  tingkah lakunya? Sebenarnya gay yang sejati adalah gay yang berperwatakan  lelaki. Sama sebagaimana lelaki normal lain. Beza antara gay asli dengan gay tiruan adalah perwatakan. Di sini ada dua ciri-ciri yang membezakan antara gay  asli dengan tiruan. Gay asli berperwatakan lasak dan tak menampakkan ciri-ciri  perempuan. 

Sementara yang berjiwa perempuan akan berperwatakan lembut, lemah  gemalai dan bukan saya nak mengata atau menyindir mana-mana pihak tetapi dari  perwatakan inilah orang akan dapat menilai kita. Memang , kita selalu dengar orang berkata 'jadilah diri sendiri' tetapi jujurkah  kita pada diri kita sendiri? Dapatkah kita bohong naluri dan perasaan kita  sendiri? Semua persoalan inilah yang mengelirukan golongan gay.jadi, jujurlah  pada diri sendiri dan akui akan diri sendiri sama ada anda gay, biseks, normal  atau masih dalam pencarian identiti diri. Masih keliru?  

Jika masih keliru tentang identiti diri, anda masih belum lagi  jauh. Anda boleh kembali menjadi lelaki bormal atau mungkin anda akan menjadi  lelaki biseks. Tetapi...jika anda telah kenali dan pasti diri anda gay, maka...akuilah dan terimalah kenyataan. Kenyataan hidup sebagai gay memang tidak mudah. Kehidupan ini lebih perit jika  berperwatakan lembut kerana masyarakat Malaysia khasnya Melayu masih sukar dan  terlalu fanatik akan ke'antian'nya terhadap golongan ini. Jadi, walau di mana anda  berada, jagalah peradaban anda kerana semua mata memandang kita. Sekali kita tersilap seluruh alam akan mengutuk.

Gay....usah keliru dengan nama ini. Sebenarnya menjadi seorang gay adalah satu  kelebihan. Anugerah tuhan yang salah diperlakukan. Tapi siapa yang akan mampu dan  akan mengangkat tangan mengaku dirinya gay? Ada? saya yakin kalau ada mungkin 1/1000. Mengapa saya kata saya yakin? Kerana selagi negara ini bernama Malaysia dan bukannya Amerika atau Holland, usah nak angkat tangan...nak bisik "
aku gay" pun akan dikutuk seisi keluarga. Bayangkanlah keluarga yang tak tahu menahu, tiba-tiba dikejutkan dengan berita  tentang ke'gay'an anaknya. 

Malah lebih malang kalau anaknya itu lebih cenderung ke arah keperempuanan. Siapa yang mahu menerima takdir anaknya begitu? Dari kecil  dididik dan diasuh sebagai lelaki tetapi bila dah besar mejurus ke arah  perempuan? Bolehkah ibu bapa anda menerima anda dalam keadaan begitu? Saya yakin kalau ada pasti jawapannya 1/1,000,000. Sebabnya ini Malaysia.saya ulangi, ini Malaysia! yakinlah kata-kata saya, hanya gay sesama gay sahaja yang faham perasaan dan kelainan mereka.Satu perasaan unik dan halus yang tak dimiliki oleh insan lain. Jadi, gay usah keliru dengan identiti diri anda .Jadi, tanya diri anda sendiri. Usah ragu untuk mengaku.

"Gaykah aku?"

.

Copyright © 2001 GayMalaysia.Com  All Rights Reserved.

Hosted by www.Geocities.ws

1