Absolutely 100% PLU

 
 
Terbitan 1 Jul 2001

Point of View

 -  Home -

Homoseksualiti: Orientasi sexual yang tidak dapat diubah ?

Oleh : Meor Hashim Manaf, AU3 Hulu Klang


�Orientasi seksual tidak mungkin dapat diubah,� kata seorang psikiatarik gay dengan yakin. Ia memberikan peringatan bahawa �akan ada akibat-akibat emosi dan sosial yang sangat mendalam dalam usaha merubah seseorang dari homoseksual menjadi heteroseksual.� Argumentasi ini berasaskan kajian sosial. 

Walaupun demikian, Argumentasi �aku sudah berusaha namun aku tidak mampu� adalah sesuatu yang sangat popular di kalangan gay yang telah menerima orientasi diri mereka dan mengharuskan orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Tanggapan 1 :

Pada tahun 1970, Kinsey Institute melaporkan bahwa 84% dari orang homoseksual yang mereka kaji telah merubah orientasi seksual mereka setidak-tidaknya sekali sepanjang hidup mereka; 32% dari mereka telah merubahnya 2 kali, and 13% telah merubahnya 5 kali, sepanjang hidup mereka!

Menurut kajian New York Center for Psychoanalystic Training, perubahan-perubahan itu bersifat berterusan, memberikan tanggapan mengenai informasi yang salah yang disebarkan oleh kalangan tertentu bahawa homoseksualiti tidak dapat dirubah. �Informasi yang salah ini menyebabkan kesan negatif ketara kepada masyarakat" .

Dr. Irvine Bieber dari Pusat berkenaan seterusnya  menyimpulkan (setelah merawat lebih dari 100 orang gay) bahawa perubahan ke arah heteroseksual dimungkinkan  bagi semua homoseksual yang mempunyai motivasi yang cukup kuat untuk berubah.

Pakar kajian seks, Masters dan Johnson (dikenali kerana mempunyai pandangan sangat bertentangan dengan tradisi) mengatakan bahwa konsep �homoseksualiti  tidak dapat dirubah� boleh dipersoalkan. Dr. Wood dan Dietrich, menulis mengenai kegunaan treatment untuk homoseksual, menjelaskan
�semua kajian yang cuba menjelaskan asas perubahan  homoseksualiti menjadi heteroseksualiti telah mencapai tahap  yang significant� Dan laporan baru dari Kinsey Institue menjelaskan bahawa seseorang itu  tidaklah pasti mempertahankan orientasi seksual mereka sepanjang hayat (iaitu ianya bersifat berubah-ubah). Laporan tersebut kemudian menjelaskan bahwa program-program yang menolong gulungan homoseksual berubah telah melaporkan keputusan dalam tahap yang berbeza-beza. 


Stanton Jones, Ketua unit Psychology di Wheaton College menjelaskan :
"
Semua kajian ilmiah mengenai perubahan orientasi seksual telah memperlihatkan keputusan yang memberangsangkan walau ia dalam tahap yang berbeza. Kita telah melihat sejumlah besar gulungan gay pulih dan menjalani kehidupan heteroseksual yang normal..... "


Tanggapan 2 :

Argumentasi 2 : 10% dari jumlah penduduk adalah gay. Banyaknya ....

Argumentasi ini sebenarnya tidak tepat. Ia sebenarnya merupakan suatu mitos. Pada tahun 1948, ahli kajian seks Alfred Kinsey telah menerbitkan buku Sexual Behavior in the Human Male, yang antara lain menjelaskan penemuan-penemuan dari kajian terhadap 5,300 lelaki Amerika. Hasilnya, terutama mengenai homoseksualiti, megejutkan masyarakat Amerika :
bahawa 37% dari responden mengaku telah melakukan setidaknya sekali hubungan homoseksual setelah masa akil balig mereka, dan 10% mengaku sebagai homoseksual setidaknya dalam tiga tahun terakhir.

Kesilapan umum memahami data inilah yang kemudianya menimbulkan anggapan bahawa 10% dari penduduk lelaki dunia adalah homoseksual !!! . Mitos ini disengaja diperbesarkan bagi menimbulkan kesan kekuatan dengan mengatakan  bahwa 1 dari 10 adalah gay; sehingga, homoseksualiti menjadi issue yang hangat untuk perkatakan.
Ini sebenarnya tidak lebih dari rethorik aktivis gay untuk menyokong 'perjuangan' mereka mendapat kebebasan serta hak yang lebih luas dalam kehidupan.

Tanggapan 1 : Kinsey tidak pernah mendakwa bahawa 10% dari penduduk adalah homoseksual dalam laporan mereka.

Laporan Kinsey hanya menjelaskan  � 10% dari lelaki yang diselidik mendakwa bahawa mereka adalah homoseksual dalam tiga tahun terakhir. Ini tidak berarti bahawa mereka adalah homoseksual seumur hidup mereka atau pun mereka akan terus menjadi homoseksual. Kajian-kajian selanjutnya oleh Kinsey Institute mengesahkan terdapat beberapa kes dimana 
orientasi seksual seseorang tidak statik dan mungkin berubah sepanjang hidupnya. Pada tahun 1990 Kinsey Institute New Report menjelaskan : Seseorang yang  memiliki orientasi homoseksual secara konsisten dalam jangka waktu yang panjang, kemudian jatuh cinta dengan seseorang dari jantina yang berbeza;  sama seperti, orang-orang yang hanya mempunyai pasangan seksual dari jantina yang berbeza  kemudian jatuh cinta dengan pasangan seksual yang sama jantina denganya....

Tanggapan 2 : Angka 10% mengelirukan  berdasarkan dua alasan :

Pertama, Data Kinsey tidak mewakili statistik penduduk umum Amerika.Dr Judith Reisman, dalam bukunya Kinsey, Sex and Fraud : the Indoctrination of a People menolak sama sekali pandangan serta kaedah yang digunakan oleh  Kinsey. Salah satu dari penemuannya adalah 25% dari lelaki yang diselidik oleh Kinskey adalah banduan dalam penjara yang mana kemungkinan berlakunya kejadian serta tindhkah laku homoseksual adalah tinggi ditempat sebegini apatah lagi kebanyakkan banduan yang dikaji merupakan mereka yang dihukum atas kesalahan seksual.  
Kedua, Kajian seterusnya menolak dakwaan bahawa 10% penduduk lelaki dunia adalah gay. USA Today melaporkan bahwa pada 15 April 1993, sebuah survey baru dilakukan terhadap 3,321 lelaki Amerika dan hasilnya adalah 2.3% dari mereka pernah berhubungan secara homoseksual dalam 10 tahun terakhir; hanya 1.1% dilaporkan sebagai homoseksual.


.

Copyright © 2001 GayMalaysia.Com  All Rights Reserved.

Hosted by www.Geocities.ws

1