|
Note: Pendapat yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pendapat GayMalaysiaOnline.Com |
|
|
Realiti dalam fantasi
|
Oleh : Hairuddean Jika kita melihat dari mata kasar kita sukar untuk menyatakan tahap seksualiti seseorang.namun hakikatnya kita tidak dapat mengecam atau memastikan ketelusan seksualiti seseorang sehinggalah kita kenali mereka dengan lebih mendalam. Melihat perwatakan kadang kala akan menimbulkan rasa yang kurang selesa terutama pada orang yang diperhatikan.lebih malang pemerhatian itu tidak menepati atau
jauh tersasar dari kenyataan.kadang kala kesilapan memerhati itu boleh merosakkan sesebuah ikatan.sebagai contoh seseorang perempuan gemar atau senang berkawan dengan lelaki gay tetapi dalam masa yang sama dia ada teman lelaki.dan dari sini teman lelakinya beranggapan teman wanitanya ada hubungan sulit dengan lelaki gay tersebut.walhal secara realitinya tiada apa apa hubungan yang terjalin antara lelaki gay itu dengan teman wanitanya.dari situ perhubungan antara teman wanita itu dengan teman lelakinya akan menjadi renggang.
Satu sudut lain,saya dapati lebih ramai perempuan yang suka berkawan dengan lelaki gay kerana lelaki gay mudah dan senang di ajak berunding jika di bandingkan dengan teman lelaki atau teman wanita mereka.hal ini menyebabkan wujudnya senerio di mana kita selalu lihat yang akan menyesakkan mata.hakikat ini tidak di sedari oleh umum walaupun ianya nyata.
Menjadi seorang lelaki gay bukanlah satu yang menguntungkan jika mereka tidak pandai menjaga kelakuan mereka.hal ini selalu di sebut sebut oleh semua kaum kerana gay bukanlah sesuatu yang biasa di malaysia.ianya bertentangan dengan hukum agama dan sering di pandang serong oleh semua masyarakat.jika tersilap langkah dalam mengatur perjalanan, pastinya kita sendiri yang seakan menempah lubang kubur sendiri.orang akan terus bersorak melihat kita kecundang dalam mengatur langkah.
Gay haruslah sedar akan kenyatan dan bukan hanya hidup atas dasar fantasi.kenyataan hidup gay tetap lelaki dan menukar alat kelamin bukanlah satu cara yang terbaik kerana tak semua proses pembedahan itu menemui jalan kebahagiaan sebaliknya mendatangkan banyak kesan sampingan.jadilah gay yang bertanggungjawab pada diri sendiri dan bukan hanya mengejar keseronokan sehingga lupa nilai nilai murni yang sepatutnya di tonjolkan agar mata yang melihat tidak mempertikaikan kewujudan kita.hanya kita yang mampu menerajui singgahsana kehidupan kita dan bukan orang lain.
|