Pengalaman pertama........
 
Terbitan 15 Jul 2001

Penulis : Tengku

Hantarkan Pengalaman Pertama Anda di sini:

Usia sewaktu Pengalaman Pertama tidak dinyatakan

Mas, kau yang pertama

Aku sungguh tidak faham mengapa aku mesti jatuh cinta dengan kau. Kita saling tidak memahami antara satu sama lain. Tapi yang pasti kau suka mendengar bila  aku bercakap.  Biarpun aku dianggap jalang, tapi percayalah aku tetap sama  seperti yang pernah kau kenali dulu.

Biar ramai mengatakan aku mata duitan dan memilih dalam soal hidup, tapi kau  tetap yang pertama bertakhta di hati ini. Terima kasih kerana pernah memahami  aku suatu ketika dulu.

Kini kau tetap milik orang. Aku tetap sendirian akhirnya. Biarlah aku melihat  sahaja kebahagiaan kau bersama Awang. Seandainya masih ada ruang untuk aku  bersuara ingin aku nyatakan lagi bahawa kau tetap yang pertama bagiku. Sayang  aku tidak pernah menghargainya dan memahami dirimu sepenuhnya.


ke muka asal

.

Copyright © 2001 GayMalaysia.Com  All Rights Reserved.

Hosted by www.Geocities.ws

1