| Pengalaman pertama........ |
| Terbitan 1 Jul 2001 |
Penulis : Kelana |
Pengalaman pertama ku sebagai seorang gay berlaku sewaktu aku berusia 18 tahun. Masih aku ingat betapa manisnya saat itu dan aku kira pengalaman pertama itu merupakan kenangan paling manis yang banyak mengubah laluan hidupku. Sebagai seorang anak pegawai tentera, berpindah dari satu lokasi ke suatu lokasi sudah perkara biasa. Berkawan dan menjadi akrab lalu berpisah merupakan detik yang sukar untuk aku lalui. 1995, aku sekeluarga mengikuti ayah yang ditugaskan di bandar M di Sarawak. Bandar yang cukup damai serta menghijau ini terasa begitu menyegarkan. Hari pertama di bandar ini, jiran-jiran datang mengunjung serta memberi bantuan terutama Uncle Johan, jiran terdekat kami. Uncle Johan punya seorang anak lelaki, Andi yang seusia denganku. Andi anak tunggal Uncle Johan. Berkulit cerah dengan ketinggian yang sama denganku dan susuk tubuh seorang athelik dengan wajah tampan hasil kacukan Melanau disebelah bapanya dan Australian disebelah ibunya. Aku mendaftar disekolah yang sama dengan Andi dan kami berbasikal setiap hari bersama. Perhubungan kami semakin akrab . Sebagai seorang anak tunggal, Andi tidak punya teman dirumah. Uncle Johan dan Auntie Marriam, tidak banyak kerenah. Aku tidak rasa kekok bila kerap bertandang kerumah mereka. Aku sememangnya menyukai Andi. Satu perasaan yang aku sendiri tidak pasti mengapa. Saat itu aku tidak langsung mencurigai orientasi seksualku jauh sekali memahami makna gay, namun yang pasti ada saatnya aku mengharapkan Andi menerima aku lebih dari sekadar seorang sahabat. Rasa sayangku pada Andi tidak pernah aku luahkan melalui tutur kata..... Hari berganti hari. Aku kira Andi semakin menyedari betapa aku begitu penghargai persahabatanya. Hubungan kami mula memasuki suatu fasa yang sukar dimengerti. Kami semakin sensetif. Perselisihan kecil mula berlaku. Ada waktunya merajuk kerana hal-hal kecil lalu tidak bertegur sapa berhari-hari. Aku sememangnya ego dan dalam masa yang sama selalu mengharap Andi yang akan datang dan menyambung semula persahabatan. Andi sememangnya berjiwa besar. Masih aku ingat bagaimana Andi datang kebiliku disuatu hujung minggu setelah beberapa hari kami tidak bertegur sapa kerana kegagalan Andi menungguku di Bandar M. "Wan, aku minta maaf" kata Andi. "No hal...." balasku. Dan saat yang paling menderaukan darah bila Andi berkata "Wan, aku sukakan kau......". Aku tak dapat membayangkan betapa gembiranya aku saat ini. Kami bagai magnet yang saling berlawanan kutub. Tubuh Andi ku rangkul rapat. Kami berdakap dan berkucup bibir bagai pro...dengan klimaks ledak nikmat. Aku tak pasti ilham dari mana semua itu. Dan petang hujung minggu itu mencatat sejarah pertama yang kemudianya berulang berkali-kali dalam seminggu. Ayah ditukarkan lagi dan Andi kutinggalkan di Bandar M dengan tangisan.Sesekali Andi mengunjungiku di Kinrara sehinggalah dia kemudianya ke UK sementara aku ke Australia. Andi kini telah bergelar ayah. Cincin suasa yang aku hadiahkan masih terlekat dijari manisnya. Andi kini di Sarawak. Kami tetap bersahabat. Walau Andi bukan lagi milikku, kasih dan sayangku tetap padanya dan aku kira Andi tahu. Pengalaman dengan Andi sesungguhnya merintis jalan kehidupanku sebagai seorang gay
| ||||
Copyright © 2001 GayMalaysia.Com All Rights Reserved. |