Absolutely 100% PLU

 
 
Terbitan 15 Aug 2001

Penulis : Hidup baru

 -  Home  -

Air mataku untuk mu....

 

 

Matahari petang hampir melabuhkan sauhnya. Jantungku berlari kencang. Tidak sabar lagi rasanya untukku menunggu matahari terbit esok hari memancar fitrah pagi. Jam ditanganku menunjukkan sudah hampir enam petang.  Aku terus ke meja telepon. Senyuman Abangku Sayang bermain main  diotak lembap aku ini . Sudah hampir lima bulan aku tidak menatap senyumannya. Rinduku hanya padanya... Cintaku hanya padanya.. Aku boleh mereng  jika tidak berjumpa dengannya..

" Akum..Abang. Abang dah sampai kat mana tu? " Serak - serak basah  suaraku. Suara aku bukan sedap sangat. Aku ni bukan penyanyi bilik air.  He.. he.. he..  Mungkin kerana tidak dapat menahan rindu yang teramat sangat  padanya. Air mata lelaki ini selalu menitis bila teringatkan Abangku  Sayang itu. Air mataku itu hanya untuknya. Belum pernah lelaki ini  mengalirkan air mata. Aku menangis kerana aku cinta. Semenjak berkenalan  dengan Abangku Sayang. Mutiara jernih ini selalu menitis. Salah satu  perubahan yang besar dalam diriku. " Abang dah ada kat Kuantan sekarang."  Aduh!!.. alangkah gembiranya hati lelaki ini bila mendengar suara Abangku  Sayang. Itu baru jer dengar suaranya...belum lagi melihat senyumannya.  Suaranya membuatkan segala gelisah..segala masalah aku hilang. Bila aku  ada masalah, aku selalu menghubungi Abangku Sayang. Dialah tempat aku  mengadu. Masalah kecil pun aku tak dapat atasi. Agaknya, inilah hikmah aku gagal meneruskan pelajaran. Aku tidak layak untuk jadi exec. Betul kata Abangku Sayang itu. Aku tidak layak untuk mentadbir, tiada  kepimpinan.

Kebetulan aku baru sahaja lulus ujian memandu. Itu pun dorongan dari  Abangku Sayang. Jika tidak, sampai sekarang la aku pakai driver  he..he..he....Aku terus meluncur ke Kuantan bersama 'kerbau hijau' pemberian  Abangku Sayang sebagai tanda ingatan. Banyak memori aku bersama mobil  tu. Dengan mobil tu, Abangku Sayang membawa aku menjelajah selatan tanah  air. Hingga ke KL lagi he..he.. Aku sayangkan mobil tu seperti aku  sayangkan Abangku Sayang. Aku berjanji , aku akan menjaga kerbau hijau tu  sebaik mungkin. Lebih kurang jam tujuh setengah petang, aku tiba kat  Kuantan. Pemandu baru dapat lesen, pemandu berhemah katakan . Pasal tu  sampai lambat. Aku terus ke HUGO dan mencari public phone. 

 Suaranya membuatkan segala gelisah.. segala masalah aku hilang. Bila aku ada masalah,  aku selalu menghubungi Abangku Sayang. Dialah tempat aku  mengadu 

"Abang kat mana sekarang?" tanpa memberi salam he..he.. aku memang tak  sabar lagi nak jumpa insan yang paling aku sayangi dalam dunia ni.  Kasihku padanya melebihi segalanya. Melebihi kasih pada keluargaku. " Abang  kat HUGO,kat tingkat atas,dekat cermin." aduh.. makin tak sabar aku bila  mendengar suaranya lagi. Aku mendongak. Kebetulan public phone yang aku  guna tu setentang dengan cermin HUGO tu. Aku dah nampak. Gembiranya  hati lelaki ini. Aku melambaikan tanganku pada insan yang paling aku  sayangi itu. Aku rindu padamu...Abang..

Dan terus keatas berjumpa dengannya. Aku tidak ingin melukakan  perasaannya lagi. Setiap butir - butir kata yang keluar dari mulutku, akanku  tapis. Ermm...sikapku yang dia tidak suka. Aku bercakap tanpa pedulikan  perasaan orang lain. Cakap lepas jer..Aku ingin membuang terus sikap  itu. Selepas berbual seketika. Kami meluncur ke daerah kelahiranku.  Mencari - cari seorang chatter yang pernah kukenali. Tapi tidak dapat  dikesan. Chatter yang gilakan aku. Tapi dia tidak dapat menandingi cintaku  pada Abangku Sayang. Aku rasa, cinta aku pada Abangku Sayanglah yang  paling hebat dalam abad ini. Aku memang gilakan Abangku Sayang. Kami melepaskan penat di Taman Bandar. Aku tidak mahu pulang lagi. Aku mahu  bersama Abangku Sayang. Puas dia mengarahkan aku pulang kerumah aje. Tapi aku  tetap mengikut dia kemana dia pergi ha..ha..ha.. tak malu betul aku ni.  Kalau ada orang yang memerhatikan tingkahlaku aku ketika itu. Aku  mungkin dianggap gila. Apa nak jadi ketika itu jadi la. Aku tak kisah!. Aku mahu bersama Abangku Sayang setiap detik. Ha..ha..ha..aku gilakan  Abangku Sayang ni sorang jer. Aku pernah berjumpa dengan 3,4 orang lagi PLU didaerah kelahiranku ini. Sampai adegan laki bini kat ranjang pun  ada. he..he..tak boleh cerita la part tu. Aku berjumpa dan projek ngan  PLU lain. Aku pun mahu jadi lelaki jalang. Jika Abangku Sayang menganggap dirinya jalang. Aku cuba untuk melupakan Abangku Sayang tapi hatiku  tetap padanya. Abang , ayat apa yang abang pakai ni..?

Kesian jugak bila aku lihat. Dah la keletihan kat dalam bas dari KL ke  Kuantan, then aku pulak ikut kemana saja dia pergi. Hampir dua jam  jugak rasanya. Abangku Sayang terus ke River Garden Hotel, checkin. Muka  tidak tahu malu ni ikut jugak. Ha..ha.. Kami berebut - rebut nak masuk  lif. Nak masuk bilik pun berebut - rebut lagi. Gembiranya aku tidak  terkata. Dapat bergurau senda dengan Abangku Sayang. Katil berasingan jadi  satu akhirnya...

 Masih merinduinya... entah  bila aku akan dapat berjumpa dengannya lagi.. aku rindukan  senyumannya.. gelak tawanya.. Abangku Sayang, bila kau senyum, aku gembira. Bila kau  sedih, aku menangis.....  Aku doakan Abangku sayang gembira bersama keluarga dan anak - anaknya... membina hidup baru

Esok paginya, kami pergi cybercafe. Jumpa seorang chatter. Fresh grad.  Abangku Sayang berbual - bual dengan chatter tu. Aku tengok dari jauh  jer. Petangnya, aku membawa Abangku Sayang kerumahku. Ini adalah kali  kedua Abangku Sayang kerumahku.Aku kenalkan pada keluargaku. Gembira aku,  bila melihat Abangku Sayang berbual mesra dengan Big bossku dan seorang  rakanku,kebetulan dia datang rumah aku. Bangga betul aku...kawan aku  pun respek sama Abangku Sayang. Sebelum menghantar Abangku Sayang ke  Kuantan. Aku kenalkan dia pada seorang bekas model. Bekas model ini ikhlas  nak berkawan. Tidak seperti chatter sedaerahku yang lain. Setiba di Kuantan, aku meninggalkan Abangku Sayang dihadapan Grand  Continentel..he..he..hotel tempat aku pernah projek ngan sorang chatter. Aku tidak  sanggup untuk meninggalkan Abangku Sayang sendirian. Aku tidak sanggup untuk  memandangnya. Aku terus memandu pulang. Dia cakap,dia dah call sorang  chatter dan akan berjumpa dengannya. Walaupun berat hati ini untuk meninggalkannya tapi.. aku tidak mahu melukakan hati Abangku Sayang  lagi.. Dengan sayu..diiringi.. titisan mutiara jernih yang hangat  mengalir..aku meluncur perlahan - lahan..merangkak - rangkak di jalanraya.  Jadi pemandu terlalu berhemah dah he..he.. terus pulang kerumah...dan  rebah di katil...

Aku tidak dapat melelapkan mata. Aku masih belum puas menatap senyuman  Abangku Sayang. Esok pagi pagi lagi, aku terus call Abangku Sayang. Aku  nak hantar dia ke terminal bas..sehingga dia selamat bertolak  pulang..Aku ke Kuantan lagi. Terus ke hotel tu...Masih ada 3 jam sebelum  checkout. Aku ingin menatap wajah Abangku Sayang sepuas - puasnya. Kenapa masa  cemburukan aku? Then ke KFC, aku kenalkan pada Abangku Sayang pada seorang lagi adikku. Tiket dibeli.." abang...kenapa cepat sangat nak  balik..balik la lewat sedikit" aku merayu ..belum puas aku menatap  senyumannya... aku ingin berada disisinya setiap detik..

Bas ke Selatan semenanjung dah nak bertolak, aku menunggu ..malambai -  lambai pada Abangku Sayang. Abangku Sayang menjelirkan lidahnya..  aduss... sungguh menikam sukma.. aku tak dapat lupakan .. bila aku  kerinduan..aku bayangkan saat itu..hilang segala resah dihati.. Aku beredar  setelah bas hilang dari pandangan mataku.. Dadaku sebak.. aku menangis  lagi... kenapa aku terlalu mudah menitiskan air mata.. Dulu, zaman  persekolahan aku. Aku pernah bergaduh , hingga berdarah, cedera lagi.. tapi aku  tidak menangis..


Dua hari bersama Abangku Sayang, mengembirakan aku. Kami tidak  bertengkar lagi dalam dua hari tu. Masing - masing telah mendapat pengajaran.  Aku disini...masih CINTAkan Abangku Sayang. Masih merinduinya... entah  bila aku akan dapat berjumpa dengannya lagi.. aku rindukan  senyumannya..gelak tawanya.. Abangku Sayang, bila kau senyum,aku gembira. Bila kau  sedih, aku menangis..... Aku doakan Abangku sayang gembira bersama keluarga dan anak - anaknya...membina hidup baru. ..jadi ketua keluarga yang  penyanyang dan bertanggung jawab... Abangku SAYANG...AKU CINTA KAMU...  AKU RINDU PADAMU.... Aku setia menunggu... tika dan waktu.. kita bersua  lagi..

.

Copyright © 2001 GayMalaysiaOnline.Com  All Rights Reserved.

Hosted by www.Geocities.ws

1