PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH

 


KEMANUSIAAN

Pergerakan Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan pertempuran dan berusaha untukmencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untukmelindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia. Ia memupuk  kesefahaman, persahabatan , kerjasama dan kedamaian yang berkekalan dikalangan manusia.

KESAKSAMAAN

Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya.Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.

KEBERKECUALIAN

Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik , perkauman, agama atau ideologi.

KEBEBASAN

Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara, Persatuian tetap menjaga otonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.

KHIDMAT SUKARELA

Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.

KETUNGGALAN

Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.

KESEJAGATAN

Gerakan Palan Merah adan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, di mana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu membantu diantara satu sama lain.

Hosted by www.Geocities.ws


(LIHAT AKTIVITI) 1