TUGASAN
BERNAS MATEMATIK
oleh : SHAKIR BIN MOHAMED JOHAR
[Hit Counter]
TAJUK:
Tinggi-Tinggi Si Matahari
TOPIK
BERKAITAN :
Nisbah dan Kadar
- Kadaran sebagai
kesamaan nisbah antara dua pasangan kuantiti
ARAS
BERKAITAN:
Tingkatan Dua
JENIS
TUGASAN:
1. Pembinaan konsep
2. Pengembangan kemahiran oleh pelajar
PENDEKATAN:
1. Pembelajaran koperatif
2. Pembelajaran matematik di luar bilik darjah
PENGETAHUAN
SEDIA ADA:
1.
Pelajar tahu merekod data dan
membuat ramalan
2.
Pelajar tahu operasi bahagi dan
darab
3.
Pelajar dapat mengira salah satu
daripada dua kuantiti itu dan nilai kuantiti yang lain diberikan dengan
menggunakan kaedah kadaran.
OBJEKTIF
KANDUNGAN:
1.
Pelajar dapat meramalkan ketinggian
bangunan sekolah.
2.
Pelajar dapat mengukur jarak dua
titik.
3.
Pelajar dapat menggunakan operasi
nisbah untuk menentukan ketinggian bangunan.
4.
Pelajar dapat menggunakan perisian
Geometer’s Sketchpad (GSP) untuk membuat anggaran ketinggian banggunan.
OBJEKTIF
PROSES:
1.
Membolehkan pelajar menggunakan
kaedah nisbah untuk meramalkan ketinggian sesuatu objek yang sukar diukur secara
biasa.
ARAS
KEMAHIRAN:
1.
Kalkulatur grafik atau kalkulatur
biasa aras pertengahan
PERALATAN
YANG DIPERLUKAN:
1.
Pita pengukur
2.
Clipboard
3.
Kalkulator grafik atau kalkulatur
biasa
4.
Alat tulis
5.
Kertas atau buku catatan
6. Lampiran A
CIRI-CIRI
AKTIVITI:
1. Penerapan konsep nisbah yang ada hubung kait dengan konsep
darab, bahagi dan persamaan.
2. Mengukuhkan pelajar pengalaman pelajar dalam membuat ramalan
tentang sesuatu ketinggian objek yang sukar diukur dengan menggunakan pita
pengukur.
3. Membiasakan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan.
4. Pembelajaran berkumpulan yang lebih menyeronokkan berbanding
belajar secara individu.
5. Meningkatkan kemahiran komunikasi antara pelajar.
6. Melibatkan setiap individu dari segi mental dan fizikal secara
menyeluruh.
PENGENALAN:
Tinggi-tinggi
si matahari,
Anak
kerbau mati tertambat,
Sudah
lama hamba mencari,
Baru
sekarang hamba mendapat.
Tajuk
“Tinggi-tinggi Si Matahari” dipilih kerana matahari selain daripada
merupakan sumber tenaga kepada manusia dan alam sekitarnya
malah ianya juga memberikan sumber cahaya. Dalam aktiviti ini, cahaya
matahari akan digunakan untuk mendapatkan anggaran yang hampir tepat sesuatu
bangunan. Aktiviti kerja luar matematik ini membolehkan pembelajaran matematik
menjadi suatu perkara yang menyeronokkan dan bukan seperti yang dinyatakan oleh
sebahagian pelajar bahawa matematik itu membosankan. Adalah diharapkan para guru
dapat memanfaatkan aktiviti ini malah boleh memurnikannya lagi. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran ini tidak mengehadkan pembelajan berlaku di dalam
bilik darjah sahaja tetapi memberi peluang kepada pelajar untuk belajar
matematik di luar bilik darjah agar dapat menambahkan minat pelajar dan
seterusnya mengukuhkan penguasaan matematik pelajar.
PANDUAN
PERSEDIAAN AWAL OLEH GURU
1.
Sebelum membuat aktiviti luar, perbincangan di dalam kelas perlu
dijalankan. Guru boleh membuat ulangkaji pelajaran lepas berkenaan latihan
kadaran sebagai kesamaan nisbah antara dua pasangan kuantiti.
![]() |
![]() |
Contoh : Katakan
x adalah ketinggian bangunan
(Buat beberapa contoh lain).
|
|
2.
Guru membahagikan pelajar kepada empat orang setiap kumpulan.Komposisi
pelajar dalam kumpulan seharusnya heterogenus.
3.
Setiap kumpulkan dibekalkan Papan berklip, Kertas Lampiran Aktiviti, Pita
pengukur meter.
4.
Pelajar diminta mengukur dua bangunan sekolah yang mempunyai ketinggian
yang berbeza (Sekiranya tiada, guru boleh menyuruh pelajar mengukur ketinggian
pokok yang tinggi.).
5.
Untuk mendapatkan ukuran yang hampir tepat, pelajar-pelajar perlu
mengambil tiga ukuran serentak iaitu :
a.
Ukuran (dalam meter) bayang-bayang bangunan.
b.
Ukuran (dalam meter) bayang-bayang seorang pelajar.
c.
Ukuran (dalam meter) pelajar yang sama.
6.
Aktiviti ini sesuai dijalankan ketika matahari antara pukul 9.30 –
10.30 pagi (waktu Malaysia). Guru boleh ubah masa ini mengikut kesesuaian tempat
dan masa.
7.
Perbincangan guru dengan pelajar tentang isi kandungan Lembaran Aktiviti
supaya pelajar lebih faham tentang apa yang harus dilakukan nanti.
8.
Jalankan aktiviti luar dalam jangka masa 30 minit.
9.
Setelah data dikumpulkan, balik semula ke kelas dan pelajar membuat
perkiraan tentang anggaran nilai ketinggian bangunan A dan bangunan B.
Bandingkan dengan ramalan yang dibuat oleh pelajar sebelum aktiviti ini
dijalankan.
10.
Lengkapkan jadual ini.
|
Kumpulan |
Bangunan
A |
Bangunan
B |
||
|
Anggaran |
Ketinggian |
Anggaran |
Ketinggian |
|
|
1 |
|
|
|
|
|
2 |
|
|
|
|
|
3 |
|
|
|
|
|
4 |
|
|
|
|
|
5 |
|
|
|
|
|
6 |
|
|
|
|
|
7 |
|
|
|
|
|
8 |
|
|
|
|
|
9 |
|
|
|
|
|
10 |
|
|
|
|
11.
Buat perbincangan dengan pelajar di dalam kelas berdasarkan dapatan
ukuran yang pelajar perolehi. Buat perbandingan antara ukuran anggaran dengan
ukuran melalui pengiraan.
LAMPIRAN
PELAJAR
Aktiviti
1: Buat anggaran (dalam meter) bangunan yang diukur
a. Bangunan A :
b.
Bangunan B :
Aktiviti
2:
Aktiviti ini dilakukan serentak.
a.
Ukur (dalam meter) ketinggian seorang pelajar
b.
Ukur (dalam meter) panjang bayang-bayangnya
b.
Ukur panjang (dalam meter) bayang-bayang bangunan.
JADUAL
1
|
|
Pelajar |
Bangunan
A |
|
Ukuran anggaran |
|
|
|
Ukuran (dalam meter) |
Ketinggian : Bayang-bayang : |
Bayang-bayang : |
JADUAL
2
|
|
Pelajar |
Bangunan
B |
|
Ukuran anggaran |
|
|
|
Ukuran (dalam meter) |
Ketinggian : Bayang-bayang : |
Bayang-bayang : |
Lengkapkan
persamaan ini :
Ketinggian Bangunan Ketinggian Pelajar
=
Panjang Bayang-Bayang Bangunan Panjang Bayang-Bayang Pelajar
![]() |
![]() |
|
DAPATAN DATA |
||
|
|
ANGGARAN |
KETINGGIAN |
|
BANGUNAN A |
|
|
|
BANGUNAN B |
|
|