TUGASAN BERNAS MATEMATIK
Tajuk Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit
Topik berkaitan Rumus Algebra
Aras berkaitan Tingkatan 3
Pengetahuan sedia ada Pola nombor, nombor kuasa
Aras kemahiran kalkulator Pertengahan
Masa 80 minit
Jenis tugasan Penyelesaian masalah, penerokaan
Pendekatan pembelajaran Pembelajaran koperatif
Bahan bantu Beras, lembaran aktiviti pelajar, kalkulator
grafik
Objektif Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat membuat generalisasi
dan membentuk rumus untuk menyelesaikan masalah.
Panduan Guru
Tugasan ini melibatkan tiga aktiviti utama dan satu kerja projek. Pelajar memulakan Aktiviti 1 dengan menganalisis masalah yang diberi secara konkrit, iaitu dengan mengira beras dan mengenal pasti pola. Aktiviti 2 menggalakkan pelajar menganalisis masalah melalui pemerhatian di mana pelajar mula membuat perkaitan, mengenal pasti dan membuat generalisasi. Dalam Aktiviti 3, pelajar menganalisis masalah secara abstrak dengan menggunakan teknologi. Kalkulator grafik digunakan untuk membantu pelajar meneroka masalah dan idea-idea matematik. Tugasan ini diakhiri dengan satu kerja projek yang menggalakkan pelajar menerokai dan mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah.
Langkah-langkah tugasan:
Aktiviti 1
1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 4
orang. Setiap kumpulan diberi segengam beras dan sekeping Lembaran
Aktiviti Pelajar I. Guru memulakan aktiviti dengan bercerita. Guru akan
menceritakan satu situasi bagi memerlukan pelajar berfikir dan memahaminya
sebelum aktiviti mengira beras dilakukan.
"Pada zaman dahulu, di sebuah negara bernama Poligon, seorang pemuda bernama Tetrahedron telah berjaya menyembuhkan satu penyakit misteri yang telah melanda rakyat negara itu. Oleh kerana terlalu gembira, raja telah menjemput Tetrahedron ke istananya untuk dihadiahkan sekarung emas. Tetrahedron enggan menerima hadiah tersebut. Sebaliknya dia telah meminta raja mengabulkan satu permintaannya. Tetrahedron meminta raja memberinya sebutir beras pada hari tersebut dan hendaklah digandakan bilangannya pada keesokan hari dan untuk hari-hari seterusnya selama tiga puluh hari. Raja dengan sukacitanya telah bersetuju kerana baginda fikir itu adalah permintaan yang kecil dan mudah ditunaikan."
2. Selepas guru menamatkan ceritanya, pelajar diminta memulakan Aktiviti 1 dengan meletakkan butir
beras pada Lembaran Aktiviti Pelajar I yang telah diberi. Pelajar diminta mengira dan menentukan
bilangan beras yang diterima oleh Tetrahedron pada setiap hari selama 7 hari.
3. Guru meminta pelajar meneliti bilangan beras yang diterima pada setiap hari dan seterusnya
melengkapkan jadual dalam Lembaran Aktiviti Pelajar I.
4. Guru memantau pelajar menjalankan aktiviti dan mengemukakan soalan untuk membimbing pelajar
melengkapkan jadual.
Aktiviti 2
1. Dalam kumpulan yang sama, guru mengedarkan Lembaran Aktiviti Pelajar II kepada setiap
kumpulan. Pelajar diminta melengkapkan jadual. Guru membimbing pelajar untuk menulis bilangan beras
yang diterima setiap hari dalam bentuk hasil darab 2 dengan membawa perhatian pelajar kepada soalan
3 dan 4 dalam Lembaran Aktiviti Pelajar I.
Jika pelajar tidak dapat menjawab soalan 3 dalam Lembaran Aktiviti Pelajar II, guru boleh membimbing pelajar dengan mengemukakan soalan seperti:
i) Cuba anda perhatikan nombor kuasa bagi Hari 1 dan 2, Hari 2 dan 3, Hari 3 dan
4. Apakah yang anda perhatikan?
ii) Bolehkah anda lihat sebarang pola?
Soalan-soalan 3, 4 dan 5 dalam Lembaran Aktiviti Pelajar II boleh membantu pelajar membina rumus 2^Hari - 1
Aktiviti 3
1. Setiap pelajar dalam kumpulan diberi kalkulator grafik untuk menerokai aktiviti ini. Pelajar diminta
memasukkan rumus yang dibina daripada Aktiviti 2 ke dalam kalkulator grafik dalam mode 'STAT'.
Guru memantau pelajar dan memberi bimbingan. Pelajar diminta menukar tajuk kepada 'HARI' dan
'BIL. BERAS' seperti dalam jadual di Lembaran Aktiviti Pelajar III.
2. Guru memantau pelajar menjalankan aktiviti dan memberi bimbingan.
3. Pelajar diminta menerokai cara lain untuk mendapat jawapan dari kalkulator. Guru boleh membimbing
pelajar dengan mengemukakan soalan-soalan seperti:
a) Cuba perhatikan kekunci-kekunci pada kalkulator anda. Adakah terdapat cara lain untuk memperolehi
jawapan di atas selain daripada dari jadual?
4. Pelajar diminta menggunakan kaedah memplotkan graf dengan kalkulator.
Aktiviti Lanjutan
1. Guru memberi kerja projek sebagai kerja rumah untuk diselesaikan oleh setiap kumpulan. Dengan
menggunakan kalkulator grafik, pelajar dikehendaki meneroka dan menyelesaikan masalah yang diberi.
Guru mengemukakan beberapa soalan untuk membimbing pelajar membina rumus yang baru bagi mencari
jumlah beras yang diterima dalam satu tempoh masa tertentu. Pelajar diminta melengkapkan jadual dalam
Lembaran Aktiviti Pelajar IV dengan menggunakan maklumat yang diperolehi dari Aktiviti 3.
2. Guru mengemukakan beberapa soalan dalam Lembaran Aktiviti Pelajar IV untuk membimbing
pelajar memperolehi rumus 2^(HARI) - 1 yang boleh membantu pelajar menyelesaikan masalah.
3. Pelajar diminta menyiapkan kerja projek dan membentangkan dapatan mereka dalam kelas pada minggu
berikutnya. Hasil pembentangan boleh dipamerkan di papan kenyataan kelas.
NAMA: ___________________________
LEMBARAN AKTIVITI PELAJAR I
"Pada zaman dahulu, di sebuah negara bernama Poligon, seorang pemuda bernama Tetrahedron telah berjaya menyembuhkan satu penyakit misteri yang telah melanda rakyat negara itu. Oleh kerana terlalu gembira, raja telah menjemput Tetrahedron ke istananya untuk dihadiahkan sekarung emas. Tetrahedron enggan menerima hadiah tersebut. Sebaliknya dia telah meminta raja mengabulkan satu permintaannya. Tetrahedron meminta raja memberinya sebutir beras pada hari tersebut dan hendaklah digandakan bilangannya pada keesokan hari dan untuk hari-hari seterusnya selama tiga puluh hari. Raja dengan sukacitanya telah bersetuju kerana baginda fikir itu adalah permintaan yang kecil dan mudah ditunaikan."
1. Berdasarkan cerita di atas, letakkan beras pada grid dalam jadual di bawah untuk mewakilkan bilangan
beras yang diterima oleh Tetrahedron dalam seminggu. Nyatakan bilangan beras yang diterima pada
setiap hari dengan melengkapkan jadual di bawah.
|
Bilangan Beras |
| Hari
1
________________
Hari 2 ________________ Hari 3 ________________ Hari 4 ________________ Hari 5 ________________ Hari 6 ________________ Hari 7 ________________
|
___________
___________ ___________ ___________ ___________ ___________ ___________
|
2. Dapatkah anda mengira bilangan beras yang diterimanya pada hari ke 8? Hari ke
9?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
3. Terangkan bagaimana anda dapat jawapannya?
__________________________________________________________
__________________________________________________________
4. Adakah anda nampak sesuatu pola nombor?
_________________________________________________________
_________________________________________________________
NAMA: _______________________________
LEMBARAN AKTIVITI PELAJAR II
1. Lengkapkan lajur pertama dalam jadual di bawah dengan menulis bilangan beras
yang diterima pada setiap hari dalam bentuk lain.
|
Bilangan Beras |
| Hari 1 __________________________________
Hari 3 __________________________________ Hari 4 ___________________________________ Hari 5 __________________________________ Hari 6 __________________________________ Hari 7 __________________________________ ... Hari 30__________________________________ ... Hari 365 ________________________________ ... Hari N _________________________________ |
________
________ ________ ________ ________ ________
________
________
________ |
2. Bolehkah anda nyatakan jawapan anda dalam bentuk yang lebih ringkas?
Lengkapkan jadual di atas.
_______________________________________________________
3. Bolehkah anda ramalkan bilangan beras yang diterima pada hari ke 30?
Berapakah bilangannya pada hari yang sebelumnya?
_______________________________________________________
_______________________________________________________
4. Bolehkah anda terangkan bagaimana anda dapat jawapan?
_______________________________________________________
_______________________________________________________
5. Bagaimana dengan hari ke 365?
_______________________________________________________
_______________________________________________________
6. Bagaimana dengan hari ke N? Bolehkah anda bina satu rumus untuk
menunjukkannya?
_______________________________________________________
_______________________________________________________
NAMA: ___________________________________
LEMBARAN AKTIVITI PELAJAR III
Arahan: Gunakan kalkulator grafik untuk menjawab soalan-soalan di bawah. Gunakan mode 'STAT' untuk
aktiviti ini. Tukarkan tajuk kepada 'HARI' dan 'BIL. BERAS' seperti dalam jadual di bawah.
Masukkan data dan rumus yang dibina dari Aktiviti 2 ke dalam kalkulator grafik anda.
| HARI | BIL. BERAS | L3 |
|
1 2 3 4 5 6 7 . . . 25 26 27 28 29 30
|
_________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ . .
_________ _________ _________ _________ _________ _________ |
|
BIL. BERAS(30) = _____________________ |
1. Lengkapkan jadual di atas.
2. Bolehkah anda tentukan bilangan beras yang diterima oleh Tetrahedron pada hari ke 15? Hari ke 20?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
3. Bolehkah anda gunakan kalkulator grafik untuk mendapat cara lain untuk memperolehi jawapan di atas?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
4. Dengan menggunakan kaedah dalam soalan 3 di atas, nyatakan bilangan beras yang diterima oleh
Tetrahedron pada hari ke 13.
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
5. Pamerkan apa yang anda lihat dalam skrin kalkulator grafik anda di bawah.
NAMA: ___________________________
LEMBARAN AKTIVITI PELAJAR IV
Arahan: Anda dikehendaki menyiapkan kerja projek secara berkumpulan. Dengan
menggunakan kalkulator grafik, cuba terokai dan selesaikan masalah ini.
Hasil dapatan perlu dibentangkan dalam kelas pada minggu berikutnya dan
akan dipaparkan di papan kenyataan kelas.
1. Lengkapkan lajur 'BIL. BERAS' dalam jadual di bawah dengan menggunakan maklumat yang diperolehi
dari Aktiviti 3.
| HARI | BIL.BERAS | JUMLAH BERAS |
| 1
2 3 4 5 6 7 |
2. Cuba cari jumlah beras yang diterima dalam tempoh satu minggu. Lengkapkan lajur 'JUMLAH BERAS'
3. Perhatikan nilai pada lajur 'BIL. BERAS' dan lajur 'JUMLAH BERAS'. Apakah rumusan yang boleh
anda buat?
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
4. Bolehkah anda ramalkan jumlah beras yang diterima selepas 8 hari? Selepas N hari?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
5. Bolehkah anda bina satu rumus untuk menunjukkannya?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
6. Dengan menggunakan kalkulator grafik, cuba terokai jumlah sebenar yang akan diterima oleh
Tetrahedron selepas 30 hari.
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
7. Apakah pendapat anda tentang permintaan Tetrahedron ini?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
8. Selepas berapa harikah Tetrahedron akan menerima sekurang-kurangnya 1 juta beras?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
9. Berapakah jumlah beras yang akan diterima oleh Tetrahedron sehingga hari ke 45?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________