[Hit Counter]
Oleh : Shakir Bin
Mohamed Johar
Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam
pendidikan. Pentaksiran dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal
pasti ststus semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program pembaikan
pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, pentaksiran
dilakukan bagi memastikan sama ada guru `mengajar` dan pelajar `belajar`.
Melalui pentaksiran pengajaran
dan pembelajaran, para guru, murid dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan
pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran
guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah , aktiviti pentaksiran menjadi
sebati dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tanpa
pentaksiran, kita tidak dapat menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran
berkesan. Tanpa pentaksiran, bidang pendidikan tidak mungkin berkembang
sebagaimana perkembangannya pada hari ini.
Justeru itu, pentaksiran perlu
dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti emperik, iaitu bukti-bukti
sahih tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh mengunakan
pengukuran, perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering
menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang
teknologi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Pengertian Pentaksiran.
Menurut Stufflebeam (1971)
pentaksiran adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat
berguna abagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
Pentaksiran menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan
“apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Pentaksiran
merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang
membuat keputusan. Beberapa pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan
Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996) menyatakan pada asasnya pentaksiran
merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan
pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi
pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif
pendidikan.
Dari segi pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah, petaksiran boleh didefinisikan secara ringkas
sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah tercapai.
Di dalam kursuspendidikan
matematik berasaskan konsep sekolah bestari, kami telah didedahkan tentang
pentaksiran prestasi. Pentaksiran prestasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu
pelaksanaan tugasan dan yang satu lagi ialah set pemarkahan kriteria atau
‘Rubric’.
Penilaian prestasi dalam
matematik memerlukan pelajar mempersembahkan pengetahuan dan kemahiran, termasuk
proses dalam tugasan penyelesaian masalah, penyiasatan ataupun penyelidikan.
Penilaian prestasi mengukur kemahiran dari segi keupayaan untuk mengintegrasi
pengetahuan merentas pelbagai disiplin, sumbangan kepada kerja kumpulan dan
membina pelan tindakan bila berhadapan dengan situasi baru.
Pentaksiran
prestasi merupakan kayu pengukur yang lebih sahih terhadap pengatahuan dan
keupayaan pelajar kerana pelajar melakukan apa yang mereka ketahui
Pentaksiran
prestasi boleh mencetus dan menambah kefahaman pelajar tantang apa yang perlu
mereka ketahui dan boleh dilakukan.
Pelajar
menilai kerja mereka sendiri semasa menjalankan tugasan kerana
semasa menjalankan tugasan prestasi pelajar telah dimaklumkan tentang
cara penilaian kerja tugasan akan ditaksirkan
Pentaksiran
prestasi berkait rapat dengan satu cara baru dalam pengajaran guru. Ia memberi
lebih informasi tentang keperluan pembelajaran pelajar dan membolehkan guru
membaiki kaedah pengajaran sejajar dengan keperluan.
Pentaksiran
prestasi juga menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
kerana mereka boleh metaksir kemajuan sendiri.
Pentaksiran
prestasi juga memberi pendidik maklumat tentang apa yang pelajar telah belajar
bukan sahaja sebaik mana mereka belajar.
Contoh pentaksiran matematik dalam satu penyelesaian masalah
(problem solving)
Soalan :
Mariam suka mengumpul duit syiling satu sen. Dia tidak pasti bilangan syiling satu sen dalam simpanannya cuma ianya kurang daripada seratus. Suatu hari dia telah menyusun koleksi syiling satu sennya. Dia dapati yang apabila dia letakkan mereka dalam longgokan dua-dua, dia ada baki satu. Perkara yang sama juga berlaku jika dia longgokkan silingnya secara tiga-tiga dan secara empat-empat. Apabila dia susun syilingnya dalam longgokan lima-lima, dia dapati tiada syiling yang tertinggal. Berapa banyak syiling satu sen yang mariam ada ?
Jawapan :
Latar masalah
1. Bilangan syiling yang diperolehi kurang daripada seratus. Bererti nombor itu adalah dua digit.
2. Bila dibahagikan kepada 2 berbaki 1
3. Bila dibahagikan kepada 3 berbaki 1
4. Bila dibahagikan kepada 4 berbaki 1
5. Bila dibahagikan kepada 5 tiada berbaki 0
6. Jawapan yang terendah ialah 25 kerana
25 bahagi 2 = 24 berbaki 1
25 bahagi 3 = 8 berbaki 1
25 bahagi 4 = 6 berbaki 1
25 bahagi 5 = 5 tiada baki
7. Jawapan sebenar tidak terhenti setakat ini. Sekiranya pelajar mencari Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK) bagi nombor 2, 3, 4 dan 5 jawapannya adalah 60.
8. Jadi dengan tambahan gandaan 60. Jawapan lain boleh diperolehi iaitu
25 + 60 = 85
9. Cara pentaksiran dibuat bagi latihan ini :
0 markah untuk tiada jawapan atau jawapan tiada kaitan langsung.
1 markah untuk jawapan 25 sahaja.
2 markah untuk jawapan mungkin bilangannya ialah 25 atau 85 (25 +60)
3 markah untuk jawapan yang memberi sebab mengapa jawapan yang mungkin ialah 25 atau 85
mengapa tambah 25 dengan 60 sebagai jawapan kemungkinan kedua.
TAMAT