![]() |
![]() |
![]() |
| Your Home for FREE MLM Training |
| Your Home for FREE MLM Training |
![]() |
![]() |
![]() |
TEKNIK
BERKESAN UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG (MULTI-LEVEL MARKETING) Disusun oleh MASLAN OMAR Universiti Sains 1. Sekapur
Sirih Seulas 2. Pendahuluan 3. Bab
1 : 2 Pilihan 4. Bab
2 : Cipta Semula Diri
Anda - Ramai
Pengedar Dalam Syarikat MLM Ini - Mampukah
Saya Memimpin Downline Saya? - Maintain
Bulanan Sangat Tinggi - Benarkah
Masuk Jualan Langsung Hanya Memperkaya Upline? 5. Bab
3 : Mustahilkah
Menjadi Jutawan Dalam MLM? 6. Bab
4 : Kualiti Yang
Perlu 7. Bab
5 : Mulakan Langkah
MeN.... - Menetapkan
matlamat diri dalam perniagaan MLM - Memperkenalkan
dan Menjual Tiada perniagaan tanpa jualan. - Menaja 8. Bab
6 : Tips Untuk
Berjaya - Teknik Menjual - Teknik
Mengurus dan Memimpin 9. Bab
7 : Rahsia Kejayaan
Usahawan MLM 10. Bab
8 : Penutup - Cerita
1 - Cerita
2 - Cerita
3 - Cerita
4 - Cerita
5 - Cerita
6 Saudara/Saudari
Namun
demikian, terdapat banyak pula yang menyertai perniagaan jualan langsung ini
yang GAGAL biarpun telah mencubanya sedaya upaya. Mengapa ada yang gagal dalam
perniagaan ini sedangkan ada yang berjaya pula? Sebenarnya,
punca kegagalan dalam perniagaan Jualan Langsung BUKANLAH berpunca daripada
nasib atau tidak ada pengalaman berniaga, tetapi disebabkan oleh KETIADAAN
TEKNIK, iaitu teknik menaja, teknik menjual, teknik memberikan khidmat kepada
downline, teknik membuat home party, dan beberapa teknik lain. Rata-rata mereka
yang berjaya dalam perniagaan ini bukanlah mereka yang memiliki pengalaman
berniaga yang menakjubkan. Mereka yang berjaya memiliki teknik yang tidak
diketahui oleh orang lain. Tanyalah
kepada Puan Saadah Badrus dan suaminya, Encik Anis Kassan (JUTAWAN REVELL),
Mejar Mohan dan isterinya, Elizabeth (COSWAY), Encik Zulkiflie Md Sohor (HAI-O
MARKETING), Tuan Haji Mohd Roslan Ghazali (SHAKLEE), Encik Rahim Mat Hassan (SMC
INTERNATIONAL (SUNSKY)), Tuan Shikh Ibrahim Shikh A. Hanam (ZHULIAN), Encik
Hamid Darus (ELKEN), Encik Ismail Montak (M-PLAN), Encik Safingi Sarikin (LION
BEST),( INTAN JUTAWAN CNI) Roslan Basir, ( INTAN JUTAWAN CNI) Wak Ramlan, (
INTAN JUTAWAN CNI)Murad Basir dan Tuan Haji Mohd Ridzwan Ahmad (CONY BIO). Itu
adalah senarai pendek usahawan MLM yang telah berjaya. Mereka seperti anda juga.
Tiada pengalaman berniaga, tetapi mereka memiliki teknik untuk berjaya. Bukan
sedikit halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka. Halangan dan
cabaran itu sentiasa berlegar di sekeliling mereka. Tetapi mereka berjaya juga. Tanpa
teknik, tiada sesiapa pun yang akan berjaya dalam Industri Jualan Langsung.
Teknik boleh dicipta tetapi sama ada berjaya atau tidak, belum tentu lagi.
Jangan gadaikan perniagaan anda dengan teknik yang anda cipta sendiri selagi
belum teruji berjaya. Bacalah Panduan Lengkap Bagaimana Menjadi Usahawan MLM
Yang Berjaya. Rencana panduan ini merupakan hasil kajian menyeluruh penulis
tentang kegagalan dan kejayaan usahawan jualan langsung dalam MLM ini. Teknik
dan kaedah yang dicatat di dalam rencana ini telah terbukti berjaya dan menjadi
amalan Juara-Juara Jualan Langsung. Bacalah dengan tenang dan setelah anda
menghayati kandungan rencana ini jangan lupa mengunjungi laman penaja kami
yang terpapar pada banner atau link-link tertentu.Rencana panduan ini ditulis
dalam Bahasa
Buku
panduan ini amat bernilai kepada mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan
jualan langsung berbanding dengan harganya yang agak murah. Rencana ini
saya tulis khusus untuk sesiapa yang ingin menjadikan MLM sebagai perniagaan
yang menjanjikan masa hadapan yang lebih baik. Bacalah buku ini berkali-kali dan
jadikan panduan di dalamnya sebagai amalan anda setiap masa. MULTI-LEVEL
MARKETING, JUALAN LANGSUNG, DIRECT SELLING, atau apa-apa sahaja nama yang
diberikan kepadanya merupakan suatu perniagaan yang paling mudah dilakukan
tetapi telah disukarkan oleh mereka yang sengaja mencipta teknik dan kaedah
untuk berjaya dalam sekelip mata. Ramai orang yang menjadikan perniagaan ini
sebagai mata pencarian sepenuh masa atau sambilan kerana beberapa sebab:
Jika
anda ingin serius dalam perniagaan ini, anda jangan sekali-kali menoleh ke
belakang lagi. Anda mesti meneruskannya. Jangan dengar komen-komen negatif yang
sentiasa mahu melihat anda tidak melakukan perniagaan ini dan seterusnya menjadi
gagal. Kata-kata
nakal seperti "Mana boleh kaya jual sabun", "Masuk jualan
langsung, kasi kaya upline saja", "Jualan Langsung di Barat boleh
kayalah, di Malaysia pirah", dan bermacam-macam lagi sering kita dengar.
Kata-kata ini bukan sahaja daripada orang lain, bahkan daripada ahli keluarga
sendiri termasuk isteri. Terdapat kes yang isteri menyediakan tikar, bantal, dan
selimut di luar pintu kerana suaminya balik lewat daripada membuat tajaan. Anda
juga mesti sedar bahawa perniagaan jualan langsung ini bukannya magic - hari ini
menjadi pengedar, esok anda boleh kaya. Perniagaan ini memerlukan masa, tenaga,
komitmen, dan wawasan. Mereka yang menjadi JUARA MLM telah pun terlibat dalam
perniagaan ini bertahun-tahun lamanya. Setelah mereka menemukan "resipi
kejayaan", barulah mereka berjaya. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya.
Anda tidak boleh "dam" atau membeli barangan edaran anda dalam
kuantiti yang banyak semata-mata untuk meraih bonus bulanan yang tinggi. Ini
membunuh diri namanya. Anda
juga tidak sepatutnya menaja prospek sebarangan kerana menaja prospek tanpa
mengetahui kesungguhan mereka sama seperti anda memiliki anak yang ramai tetapi
semuanya tidak mahu bekerja. Anda sendiri yang akan rugi - membuang masa untuk
memujuk dan menunjuk ajar mereka tetapi mereka enggan melakukannya - hanya
mengumpul starter kit dan menyimpannya di dalam stor. Fahamilah kandungan
rencana ini, praktikkan, dan sentiasa konsisten dalam kerja anda. Anda akan
berjaya, Insya Allah. Setiap Kejayaan Bermula Dengan Satu Kegagalan ! Gagal
atau Berjaya Dalam MLM ialah dua ayat pendek yang anda sendiri perlu memilihnya,
iaitu adakah saya akan gagal atau adakah saya akan berjaya? Jika anda meyakini
bahawa anda akan gagal sebelum berusaha bermakna anda memang telah pun gagal
sebelum mencuba. Kepercayaan awal ini akan kemudiannya mempengaruhi tindakan
anda seterusnya. Jika anda percaya bahawa anda akan berjaya, anda sudah pun
membina asas untuk kejayaan dalam perniagaan ini. Jika pun anda gagal setelah
mempercayai bahawa anda akan berjaya, anda akan berjaya juga akhirnya. Kegagalan
merupakan batu loncatan untuk berjaya. Mengapa dikatakan begitu? Setelah anda
gagal, anda akan lebih berhati-hati, menukar strategi,dan menjadikan punca
kegagalan itu sebagai pengajaran yang perlu dielakkan. Setelah anda bangkit
semula daripada kegagalan itu, anda akan lebih bersedia untuk tidak gagal lagi.
Nampaknya, berjaya atau gagal, anda sendirilah yang menentukannya, bukan orang
lain, meskipun orang lain adalah antara punca kegagalan anda. Semuanya bermula
daripada kepercayaan anda. Janganlah anda membina tembok batu yang akhirnya
menjadikan anda terpenjara di dalamnya. Janganlah perasaan negatif seperti
"tidak boleh" menjadi penyebab anda gagal. Mengapa
tidak anda sepatutnya lebih mempercayai bahawa anda boleh berjaya daripada akan
gagal dalam perniagaan ini? Kepercayaan bahawa hanya orang Barat sahaja yang
boleh berjaya dalam perniagaan ini adalah sudah lapuk. Sama dengan kepercayaan
tradisi, apabila malam ada hantu. Orang
Hari
ini, syarikat MLM yang bertapak di Amerika yang telah bertahun-tahun berada di 9
bahagian daripada 10 bahagian rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Jenis
perniagaan yang paling mudah dilakukan ialah perniagaan jualan langsung. Kaum
Cina di Malaysia menjadi senang kerana mereka percaya bahawa mereka boleh
berjaya dalam perniagaan. Anggapan "Lihat dulu baru percaya"
sepatutnya dihapuskan dan digantikan oleh "Percaya dan buat dulu, akan ada
hasilnya". Jangan bazirkan masa, wang, dan tenaga anda hanya semata-mata
anda percaya bahawa anda tidak akan ke mana dalam perniagaan ini. Sepatutnya
anda tidak menurunkan tandatangan dalam borang keahlian syarikat MLM jika anda
sudah pun menyimpan kepercayaan "Tidak Boleh Berjaya". Mulakan langkah
pertama ini dengan "Saya Akan Berjaya!" Bertindaklah Sekarang Sebelum
Hayat Melayang! Bab
2 : Cipta Semula Diri Anda Ramai
orang yang menyertai jualan langsung tidak "mencipta semula diri
mereka". Apakah maksudnya? Manusia
mempunyai pelbagai ragam dan salah satu ragam itu ialah ego di dalam diri.
Mereka percaya bahawa hanya mereka sahaja yang baik atau betul. Mereka tidak
mahu menerima teguran atau tunjuk ajar. Dalam MLM, anda mesti membuang ego anda.
Anda mesti bersedia menerimateguran dan tunjuk ajar biar pun yang memberikan
teguran atau tunjuk ajar itu adalah orang yang lebih muda daripada anda.
Inilah yang dikatakan "cipta semula (recreate)". Jangan
tutup hati dan telinga anda daripada menerima sesuatu yang baik demi memajukan
perniagaan anda. Anggapan bahawa anda lebih pandai atau sudah pandai perlu anda
kikis. Anda mesti bersedia diberi tunjuk ajar dan bersedia untuk belajar. Ilmu
perniagaan ini tidak terbatas. Anda mungkin tidak mengetahui semua perkara
mengenai MLM tetapi orang yang memberi anda tunjuk ajar itu mempunyai
pengetahuan tentang perkara yang tidak anda ketahui. Anda mesti bersedia untuk
terus belajar. Ilmu perniagaan jualan langsung yang anda pelajari hari ini tidak
akan relevan lagi pada 4-5 tahun akan datang. Jadi, anda mesti memperuntukkan
masa pada setiap hari untuk belajar ilmu perniagaan MLM yang baru sama ada
melalui pergaulan dengan orang lain, seminar, rally, konvensyen, atau membacanya
daripada buku-buku dan majalah yang berkaitan. Anda
juga jangan kedekut mengajar orang lain, khususnya pengedar baru yang menjadi
downline anda. Anda mesti mencurahkan segala pengetahuan yang ada pada anda
untuk mereka. Jika mereka berjaya menyerap segala pengetahuan anda dan
mempraktikkannya, anda akan lebih segera berjaya. Downline anda bukan ditaja
untuk ditinggalkan tetapi sangat dahaga akan tunjuk ajar anda. Ajarlah mereka
agar mereka berjaya juga. Mereka berjaya, anda berjaya juga. Anda
jangan sekali-kali percaya bahawa hanya syarikat MLM tertentu sahaja yang akan
menjanjikan kejayaan mutlak. Semua syarikat MLM adalah sama. Walaupun pelan
pemasarannya berbeza tetapi matlamatnya adalah sama. Kejayaan bukan terletak
pada apa nama syarikat MLM itu tetapi kejayaan terletak pada apa yang anda
lakukan. Satu perkara yang mesti anda ingat sentiasa dan mesti anda hebahkan
kepada downline anda ialah Perniagaan MLM menjanjikan kekayaan tetapi bukan
menjadi asas untuk cepat kaya. Menjadi
kaya dan menjadi cepat kaya adalah berbeza. Menjadi kaya adalah benar tetapi
menjadi cepat kaya adalah hampir mustahil. Tidak ada sesiapa pun yang telah
menjadi cepat kaya dalam industri ini. Yang ada hanyalah yang menjadi kaya
setelah bertahun-tahun menjadi pengedar. Sebagai
perbandingan dan contoh, Puan Saadah Badrus yang menjadi pengedar REVELL dan
kini dianggap sebagai salah seorang jutawan dalam industri ini di Malaysia hanya
menjadi kaya setelah 4 tahun bersama syarikat ini setelah gagal mencapai impian
beliau bersama 13 buah syarikat MLM lain sebelumnya. Jangan
percaya juga jika ada orang yang berkata: Jika ingin berjaya, tajalah prospek
sebanyak mungkin. Anggapan ini adalah songsang. Tidak ada gunanya, anda menaja
sehingga beratus-ratus orang ahli baru, tetapi mereka tidak aktif atau anda
sendiri tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunjuk ajar mereka. Yang
penting dan yang menjanjikan kejayaan dalam perniagaan ini ialah organisasi yang
kuat dan aktif biar pun dianggotai hanya oleh puluhan orang sahaja. Mungkin anda
masih ingat akan kata-kata hikmat Soekarno : Berikan aku tujuh orang pemuda,
nescaya gunung akan aku ratakan. Ini bererti kuantiti ahli bukan prasyarat untuk
berjaya. Kejayaan dalam perniagaan ini bergantung sepenuhnya pada kualiti yang
ada pada ahli. Seperti Soekarno, beliau meminta 7 orang pemuda, bukannya 700
orang tua! Jika
selama ini anda tergolong di kalangan orang yang tidak suka bergaul dengan orang
lain, maka anda haruslah mengubah sikap ini. Dalam MLM,anda mesti bergaul dengan
orang lain. Dengan bergaul, anda boleh membuat jualan, membuat penajaan, dan
yang terpenting, anda akan memperoleh pengetahuan baru untuk memajukan
perniagaan anda. Masalah
adalah asam garam dalam MLM. Semua pengedar MLM ada masalah. Tetapi, anda MESTI
menganggap masalah itu sebagai cabaran. Seperti masalah yang mesti diatasi,
cabaran juga mesti anda harungi. Setelah cabaran itu dapat anda atasi, maka di
hadapan akan terbentang jalan lurus menuju kejayaan. Orang yang takut menghadapi
cabaran tidak akan berjaya. Jangan berumah di tepi pantai jika anda takut akan
ombak yang melanda. Jangan berniaga, jika anda takut rugi atau gagal. Sebenarnya,
perniagaan MLM ini perniagaan tanpa risiko. Jika anda rugi pun, anda hanya rugi
sedikit. Jadi, apa yang mesti anda takutkan? Anda bukan berniaga bermodalkan
ribuan ringgit. Anda hanya bermodalkan tidak pun sampai RM100 semasa anda
menerima starter kit anda. Ramai pengedar yang saya temui sering berkata bahawa
mereka takut menjual dan menaja. Saya sendiri tidak faham akan apa yang ditakuti
oleh mereka.Mereka takut kalau-kalau bakal pelanggan mereka enggan membeli
barangan mereka sedangkan mereka belum pun memperkenalkan barangan itu. Jika
sudah pasti, bakal pelanggan menolak barangan itu, itu hanyalah dia seorang
sedangkan di negara ini, terdapat jutaan penduduk. Seperti kata basahan, belum Jika
anda takut, anda mesti menghapuskan perasaan takut itu dengan menemui paling
kurang 10 orang pelanggan setiap hari. Saya jamin bahawasetelah anda menemui
seorang pelanggan yang mahu membeli barangan anda, perasaan takut itu akan
bertukar menjadi seronok. Kadang-kadang,ada orang yang takut menghampiri rumah
kosong kerana sudah ada perasaan takut sebelum memasuki rumah itu. Orang begini
perlu masuk sekali saja ke dalam rumah kosong itu, nescaya akan hilanglah
perasaan takutnya terhadap rumah itu. Anda hanya perlu menemui seorang pelanggan
atau seorang prospek baru sahaja untuk menghapuskan perasaan takut yang tidak
berasas itu.Terdapat beberapa andaian awal yang negatif yang sentiasa
bermain-main dalam fikiran pengedar baru, iaitu:
Adalah
silap jika anda beranggapan bahawa menjual barangan edaran anda, anda mesti
pergi dari sebuah rumah ke sebuah rumah sambil mengetuk pintu rumah pelanggan.
Anda tidak perlu berbuat demikian. Anda perlu membuat jualan kepada diri anda
dahulu. Anda mesti mencuba barangan itu untuk menikmati keberkesanannya. Jika
anda tidak menggunakannya (menjual kepada diri anda), bagaimana anda hendak
menerangkan kebaikan produk anda kepada pelanggan anda? Setelah anda telah
mengetahui kebaikan produk itu sendiri, perkenalkanlah (to intoduce) (BUKAN
MENJUAL!) atau berkongsilah (to sharing) kepada orang yang paling rapat dengan
anda seperti adik-beradik anda dan kawan rapat anda. Percayalah,
jika bilangan mereka 10 orang, anda akan secara automatik akan mendapat 10 orang
pelanggan baru kelak kerana sudah menjadi resam manusia, seorang manusia akan
mempunyai kenalan yang lain. Dengan ini, pelanggan anda akan bercambah tanpa
anda sedari sedangkan anda hanya memperkenalkan barangan anda hanya kepada orang
yang paling rapat dengan anda. Anda
janganlah Jangan
memulakan penajaan terhadap orang yang belum anda kenali melainkan prospek itu
ialah orang yang dikenali betul oleh downline anda. Anda harus meneliti
kesungguhan prospek itu sebelum anda menawarkan starter kit kepada mereka.
Prospek yang berbakat dan berkualiti dapat anda kenali melalui masa anda membuat
pembentangan tentang peluang perniagaan ini. Lazimnya, mereka yang berbakat dan
berkualiti ialah yang sentiasa menumpukan perhatian pada
pembentangan/demonstrasi yang anda lakukan dan sentiasa pula mengemukakan
soalan-soalan yang baik. Satu
jalan mudah untuk membuat penajaan adalah kepada orang yang rapat dengan anda
yang telah pun merasai kebaikan produk yang anda perkenalkan itu. Katakan secara
lembut (slow-talk) kepada mereka bahawa jika mereka menjadi pengedar produk itu,
mereka akan mendapat sekurang-kurangnya 2 faedah, iaitu mereka dapat membeli
produk itu mengikut harga pengedar (biasanya terdapat diskaun 25% bagi setiap
produk) yang lebih menjimatkan dan mereka akan mendapat perniagaan sendiri untuk
meraih pendapatan sampingan setiap bulan. Jika
syarikat MLM memperuntukkan pengumpulan kopun, mereka akan mendapat peluang
untuk memiliki barangan lain yang tidak terdapat dalam senarai produk syarikat
secara percuma apabila jumlah kopun yang dikumpul oleh mereka mencukupi untuk
melayakkan mereka menerima hadiah. Seperti
menjual (memperkenalkan) di atas tadi, mereka juga akan membuat penajaan kepada
orang yang dikenali oleh mereka setelah mereka menjadi pengedar. Saya percaya,
daripada 10 orang yang menjadi pelanggan anda akan ada 4-5 orang yang
benar-benar berminat untuk menjadi pengedar. Ramai
pengedar beranggapan bahawa servis tidak perlu bahkan suatu perbuatan leceh.
Pada anggapan mereka, pelanggan tidak memerlukan servis. Servis amat perlu dalam
MLM kerana servis umpama iklan produk biasa yang biasa ke udara di televisyen
atau disiarkan di akhbar. Anda tidak boleh membuat iklan produk dalam televisyen
atau akhbar kerana salah dari segi Akta Jualan Langsung.Jadi, servislah
pengganti iklan. Dengan servis, anda telah menunjukkan kesungguhan anda terhadap
perniagaan ini dan komitmen anda untuk membantu pelanggan anda. Jika anda tidak
membuat servis, anda tidak akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelanggan
anda setelah menggunakan produk itu. Jika produk itu mendatangkan masalah kepada
pelanggan anda dan anda tidak membuat servis, anda akan dituduh tidak
bertanggungjawab menjual/memperkenalkan produk yang tidak berkualiti. Jika pula
produk itu memberikan kebaikan kepada pelanggan anda dan anda tidak membuat
servis, anda telah kehilangan peluang keemasan untuk memperkenalkan barangan
lain dalam senarai produk syarikat MLM anda. Jika
anda memberikan servis (susulan selepas membuat jualan), pelanggan anda akan
berasa dihargai dan akan mencari anda untuk membeli produk yang sama pada masa
hadapan setelah produk itu habis digunakan. Jadi, servis bukan perbuatan yang
leceh tetapi suatu kaedah untuk menyemai perasaan saling mempercayai antara anda
dengan pelanggan anda. Gunakan
servis untuk menjual lebih banyak barangan baru dalam senarai barangan yang ada
dalam syarikat MLM anda. Semua
orang mempunyai masa yang sama - 24 jam, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun,
atau 365 hari setahun. Pengedar yang telah berjaya juga mempunyai masa yang
sama. Pengedar yang mengatakan bahawa mereka tidak ada masa lapang sebenarnya
membuat andaian salah. Jika anda bekerja dengan kerajaan, anda ada masa lapang
pada hujung minggu. Jika anda bekerja mengikut shif, akan ada masa lapang
sebelum tiba masa bekerja. Peliknya,
pengedar yang berkata bahawa mereka tidak ada masa lapang, masih ada masa
menonton televisyen atau berjalan-jalan di bandar pada hujung minggu.
Sebenarnya, mereka hanya memberikan alasan tidak logik. Anda mesti keluar
daripada zon keselesaan sekarang ini agar anda dapat masuk ke dalam zon
keselesaan itu sampai bila-bila. Sebagai
pengedar sambilan, anda hanya perlu memperuntukkan lebih kurang 1-2 jam yang
berkualiti untuk perniagaan ini, bukannya 12 jam! Yang paling baik mencipta masa
lapang adalah dengan membuat jadual khusus perniagaan MLM ini. Binalah jadual
secara sistematik. Jika anda memperuntukkan masa antara 1 hingga 2 jam sehari
untuk perniagaan ini, maka jangan bazirkan masa itu dengan aktiviti yang tidak
berfaedah.Bekerjalah dengan bijak, bukan bekerja dengan kuat. Ramai Pengedar Dalam Syarikat MLM Ini Ramai
pengedar merungut. Macam mana hendak menjual dan menaja kerana sudah ramai
pengedar dalam syarikat MLM ini? Memang benar terlalu banyak pengedar dalam
sesebuah syarikat MLM tetapi bukan semua pengedar berdaftar yang benar-benar
serius melakukan perniagaan ini. Hanya
5% sahaja yang bergiat aktif sementara selebihnya telah "tidur". Jika
anda pengedar yang masih aktif, ini peluang anda untuk mendapatkan jualan dan
tajaan yang sepatutnya menjadi jualan dan tajaan pengedar yang "tidur"
itu. Penduduk
negara ini bertambah setiap hari dengan kelahiran bayi. Ini bermakna pada setiap
hari, anda mempunyai pelanggan yang belum anda dekati. Ini bermakna pada setiap
hari, beribu-ribu orang penduduk Pelanggan
pengedar yang "tidur" kini menanti kedatangan anda. Jadi, anda tidak
harus melepaskan peluang itu. Adalah
amat mustahil tidak ada seorang pun yang mahu membeli produk anda setelah anda
berusaha memperkenalkannya. Jangan jadikan suatu alasan "Sudah banyak orang
buat" sehingga anda tidak mahu menjalankan perniagaan ini. Mampukah Saya Memimpin Downline Saya? Perkataan
"memimpin" perlu anda tukar kepada "membantu". Dalam
MLM ini, tiru-meniru kaedah adalah tidak salah. Dengan pengetahuan yang anda
pelajari daripada upline anda, anda gunakanlah untuk membantu downline anda.
Seringlah menghubungi mereka dengan bertanyakan soalan : "Apa yang boleh
saya bantu?", "Di mana kita hendak pergi hari ini/esok?", " Maintain Bulanan Sangat Tinggi Terdapat
syarikat MLM yang menetapkan jualan minimum bulanan yang agak tinggi untuk
melayakkan pengedar menerima bonus. Seperti yang dinyatakan di atas, maintain
bulanan itu bukanlah suatu masalah jika anda berusaha untuk menjual produk anda
kepada pelanggan anda. 250 Point Value untuk anda layak menerima bonus bukanlah
besar jika anda membuat jualan. Jika anda malas atau enggan membuat jualan,
dengan syarikat MLM yang menawarkan maintain bulanan terendah pun, anda masih
tidak akan layak untuk menerima bonus. Saya
sendiri telah menyaksikan beberapa orang pengedar dalam sebuah syarikat MLM
tempatan yang maintainnya hanya RM30 (sekarang RM50) bukan berasaskan point
value (PV), masih gagal memperoleh bonus kerana mereka tidak melakukan jualan
hatta untuk membeli barangan bagi kegunaan peribadi mereka. Jadi,
sama ada maintain bulanan syarikat itu tinggi atau rendah, ini bukanlah
penghalang kepada anda untuk terus menjalankan perniagaan ini. Mengapa pengedar
dalam sebuah syarikat MLM beribu pejabat di Amerika yang maintainnya sekitar
250PV (bersamaan lebih kurang RM400-500)masih dapat memperoleh bonus mereka pada
setiap bulan? Jawapannya ialah mereka tetap melakukan jualan biar pun terdapat
saingan. Benarkah Masuk Jualan Langsung Hanya Memperkaya Upline? Perniagaan
MLM adalah perniagaan peribadi. Anda berniaga bukan untuk upline anda. Jika anda
bekerja dengan bersungguh-sungguh, anda yang akan merasai hasilnya, bukannya
upline anda. Mana-mana upline yang menganggap bahawa setelah mereka menaja ramai
pengedar baru lalu mereka duduk goyang kaki, maka mereka akan tersingkir.
Terdapat syarikat jualan langsung di Jika
upline anda menerima bonus yang lumayan dan mereka masih berusaha
sungguh-sungguh, maka itu adalah adil kerana mereka mendapat hasil daripada
kesungguhan mereka. Saya telah menyaksikan beberapa orang usahawan MLM yang
menerima bonus dalam lingkungan RM3,000 hingga RM5,000 sebulan telah kehilangan
nikmat itu setelah mereka sambil lewa melakukan perniagaan ini. Sebaliknya,
downline mereka pula yang menerima bonus dalam jumlah sebegitu. Inilah
keistimewaan MLM. Anda
bukan bekerja untuk memperkaya upline anda. MLM yang asli bukan Skim Cepat Kaya
atau Skim Piramid/Binary Scheme yang bertopengkan MLM. Dalam MLM Skim Binari
atau Piramid, upline boleh duduk goyang kaki sedangkan downlinenya
bertungkus-lumus bekerja. Hanya Piramid Di Mesir Kukuh Berdiri
Piramid Di Bab
3 : Mustahilkah Menjadi Jutawan Dalam MLM? Dalam
sesi seminar, konvensyen, rally, dan mesyuarat mingguan atau bulanan, penceramah
syarikat sering berkata bahawa usahawan boleh menjadi kaya dalam perniagaan ini
- menjadi jutawan! Ramai pengedar yang sanggsi dengan kata-kata penceramah ini.
Benarkah boleh menjadi jutawan dalam perniagaan ini? Kedengarannya agak
mustahil. Ya, kata-kata ini memang agak mustahil tetapi ini tidak bererti ia
tidak boleh menjadi kenyataan. Dalam agama pun, dikatakan bahawa 9 bahagian
daripada 10 bahagian rezeki terdapat dalam bidang perniagaan. Ini bermakna
bahawa 90% kekayaan dapat digali dalam perniagaan. Jika anda pengedar yang mahu
bergelar usahawan jutawan, anda perlu percaya bahawa anda boleh menjadi
jutawan dalam perniagaan ini tetapi bukanlah dalam sekelip mata. Menjadi
jutawan dalam jualan langsung samalah dengan membina bangunan. Asas/tapak perlu
dibina sebelum anda membangunkan dinding konkrit.Setelah tingkat demi tingkat
dapat dibina, barulah anda boleh memasang/membina mercunya. Membina sebuah
bangunan tidak dapat dilakukan dalam sehari dua, tetapi berbulan-bulan. Jika
bangunan itu bangunan mercu tanda, masa yang lama amat diperlukan. Boleh
atau tidak menjadi jutawan MLM adalah soal kedua. Persoalan asasnya ialah mahu
buat atau tidak mahu buat. Anda sabar atau tidak dalam perniagaan ini. Bukanlah
menjadi rahsia bahawa: Jika mahu menjadi kaya, berniagalah!"
Peniaga-peniaga yang menjadi kaya-raya seperti Pengerusi Microsoft, Bill Gates
"mencipta keperluan orang ramai", bukannya "memenuhi keperluan
orang ramai". Orang ramai/pelanggan tidak menyangka produk keluarannya akan
dikeluarkan tetapi beliau mengeluarkannya kerana sedar bahawa produk itu kelak
akan menjadi keperluan orang ramai pada masa akan datang. Dalam
MLM, senarai produk telah tersedia. Kegunaannya juga telah diketahui. Misalnya,
sabun cuci digunakan untuk mencuci. Anda menjual sabun cuci. Ini bererti anda
hanya memenuhi keperluan pelanggan yang mahu menggunakan sabun cuci untuk
membasuh pakaian. Untuk lebihberjaya dan berlainan daripada pengedar yang lain,
anda perlu "mencipta keperluan pelanggan" melalui sabun cuci. Misalnya,
terdapat sabun cuci yang dirumus sedemikian rupa sehingga menjadi serba guna
(multi-purpose). Selain dapat dijadikan sabun cuci, dapat pula dijadikan baja
tanaman atau membersihkan barangan kemas daripada kekotoran daki. Pendek kata,
anda mesti kreatif. Anda mesti menjadikan sesuatu produk yang anda edarkan bukan
sahaja dapat digunakan untuk kegunaan biasa tetapi juga dapat digunakan untuk
kegunaan yang lain. Jika
anda berjaya, anda akan mendapati bahawa produk tersebut menjadi best-sellers.
TETAPI, jangan mereka-reka faedah/kegunaan lain yang belum anda uji sepenuhnya
kerana jika tidak benar, anda sendiri yang akan rugi. Anda
boleh menjadi jutawan dengan memastikan produk syarikat anda dapat dijual secara
banyak. Katakan, sekotak sabun cuci dijual pada harga pengedar RM13.00. Jika
anda dapat menjual sebanyak 100,000 kotak sebulan, maka jualan anda berjumlah
RM1,300,000. Untung runcit yang bakal anda terima ialah RM325,000 bagi setiap
jualan. Jumlah isi rumah di negara ini bukan setakat 100,000 buah tetapi
berjuta-juta. Jika hanya 10% daripada 22,000,000 orang di Dengan
bantuan downline anda, barulah anda akan dapat melakukan jualan berjuta-juta
kotak sabun sebulan ke seluruh negara agar anda memperoleh bonus bulanan ratusan
ribu ringgit sebulan. Anda perlu juga membuat jualan ulangan bagi produk yang
sama dan membuat jualan susulan bagi produk yang lain. Inilah rahsia jutawan
MLM. Untuk
mendapatkan belian ulangan daripada pelanggan anda, anda wajib membuat servis
dan harus bijak menghidu peluang untuk memperkenalkan produk lain/baru kepada
pelanggan anda itu. Jika sebelum ini, pelanggan A hanya membeli sabun cuci anda,
kini anda berpeluang menambah senarai produk dalam menu belian pelanggan anda
itu. Perkara yang sama perlu anda hebahkan dan ajarkan kepada downline anda
supaya mereka juga mencontoh cara anda berniaga. Jika semua downline anda
mempraktikkan khidmat servis anda itu, anda akan mendapati jualan bulanan
kumpulan anda akan "boom" pada bulan itu dan bulan-bulan berikutnya.
Ringkasnya, untuk menjadi usahawan berjaya dalam MLM sehingga mencapai taraf
jutawan, anda perlu menjadi seperti ayah yang mempunyai sikap dan sifat yang
baik dan mengajarkan serta menyerapkan sikap dan sifat itu kepada anak-anak
anda. Jangan menjadi seperti ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus
sedangkan ia sendiri masih berjalan bengkang-bengkok. Jika anda mahu downline
anda melakukan 3 perkara tersebut, anda mesti melakukannya juga. Jangan
cakap tidak serupa bikin kerana kelak tembelang anda akan pecah juga. Jika ini
terjadi, anda akan kehilangan kredibiliti. Downline tidak akan mempercayai anda
dan tindakan anda sendiri. Selain
itu, anda mesti telah benar-benar memahami semua produk dalam senarai produk
syarikat MLM anda - harganya, faedahnya, masalah-masalah yang pernah dihadapi
oleh pelanggan anda dan cara mengatasinya, cara menggunakan produk supaya lebih
berkesan. Tujuannya adalah supaya anda tidak tergagap-gagap semasa Anda
perlu arif tentang pelan pemasaran syarikat. Dengan kefahaman yang menyeluruh,
anda akan dapat membina wawasan untuk diri anda -berapa lama jangka masa yang
anda perlukan untuk mencapai sesuatu hirarki, berapa banyak bonus bulanan yang
ingin anda hajati, berapa banyak prospek yang perlu anda taja. Ramai yang
berkecimpung dalam jualan langsung tidak memahami pelan pemasaran secara
menyeluruh. Bagaimana mereka hendak membuat tajaan sedangkan untuk mengira bonus
bulanan yang bakal diperoleh pun mereka tidak mampu? Inikan pula untuk
menerangkan pelan pemasaran itu kepada prospek mereka. Pelan pemasaran ini
umpama seorang gadis yang ingin anda perkenalkan kepada ibu bapa (pelanggan)
anda. Jika anda tidak mengenali gadis (pelan pemasaran) itu secara menyeluruh -
namanya, alamat kediamannya, ibu bapanya, dan sebagainya, jangan salahkan ibu
bapa (pelanggan) anda jika mereka enggan menerimanya sebagai menantu (menjadi
downline) anda. Ringkasnya, dengan pelan pemasaran, anda akan dapat menetapkan
matlamat perniagaan anda. Anda
Belajar, Anda Sedar Bab
4 : Kualiti Yang Perlu Dalam
perniagaan yang prospek keuntungannya adalah besar seperti perniagaan jualan
langsung, seseorang pengedar mesti memiliki beberapa kualiti sebagai seorang
usahawan. Perniagaan MLM ialah perniagaan yang melibatkan orang ramai yang
mempunyai pelbagai ragam, tingkat sosial, kerenah, dan ego yang tersendiri. Jika
anda ingin berjaya, anda perlu menyukai orang ramai. Semua orang ingin dirinya
dihargai. Dengan memandang orang ramai yang mungkin bakal pelanggan atau tajaan
anda sebagai orang tidak penting (nobody), anda telah pun kehilangan. Ini
bererti anda tidak perlu meneruskan perniagaan MLM ini kerana tidak ada
hasilnya. Anda
wajib sekali menyetujui kata-kata orang ramai meskipun mereka hanyalah pekerja
pemungut sampah. Customers always right! Jika pun anda perlu mempertikaikan
pendapat atau kata-kata mereka, biarlah dengan jalan yang paling lembut, bukan
dengan cara destruktif - mematikan terus pendapat itu. Anda boleh memilih
kata-kata berdiplomasi seperti : "Betul kata Encik Zul, tetapi �",
"Saya bersetuju dengan Encik Zul, tetapi �".Ini bermakna anda perlu
mengeyakan pendapat bakal pelanggan atau tajaan anda sebelum anda membetulkan
fakta yang salah. Dengan
ini, bakal pelanggan/tajaan anda akan berasa bahawa ia benar dalam perkara itu
dan merasakan dirinya dihargai. Ingatlah semua orang ingin menjadi manusia.
Tidak ada orang yang ingin melihat kemanusiaannya ditidakkan oleh orang lain.
Orang ramai akan membeli produk anda atau bersetuju menjadi downline anda dengan
melihat siapa anda. Dalam
MLM, ungkapan "Jangan menilai kandungan buku daripada kulitnya" adalah
tidak benar. Orang ramai akan menilai kandungan buku daripada kulitnya.
Bagaimana pelanggan hendak membeli produk minyak wangi anda sedangkan anda
datang kepadanya dalam keadaan berbau peluh? Bagaimana pelanggan hendak membeli
sabun cuci anda sedangkan semasa berhadapan dengan mereka baju anda comot/kotor?
Anda hendak menjual shampu anti-kelemumur sedangkan pada bahu baju anda
bertaburan sisa kelemumur. Mahukah pelanggan mempercayai produk edaran anda? Dalam
MLM, anda perlu "menjual" diri anda terlebih dahulu. Penampilan anda
adalah "jualan pertama" anda sebelum anda menjual produk anda.Katakan
anda pergi bertemu dengan bakal pelanggan anda dengan berbaju T, berseluar
jeans, dan berselipar. Lihatlah
karakter seorang penjual profesional. Penampilan
kedua yang perlu ada pada diri anda ialah wajah yang segar sentiasa. Jika anda
misalnya, menjual produk vitamin atau makanan tambahan, tetapi wajah anda lesu,
pelanggan tidak akan mempercayai anda. Demikian juga jika anda ingin membuat
penajaan. Bagaimana prospek anda hendak percaya bahawa perniagaan ini adalah
perniagaan sampingan yang dilakukan 1-2 jam sehari sedangkan anda dilihat oleh
mereka sebagai orang yang penat bekerja seperti baru selesai bekerja dari pukul
8 pagi hingga 4.30 petang. Semuanya kerana wajah anda yang lesu tidak bermaya.
Jadi, pastikan anda cukup tidur sebelum anda menemui pelanggan/prospek anda. Berkunjung
ke rumah pelanggan/prospek yang baru anda kenali memerlukan anda memperkenalkan
diri setelah anda membuat temu janji dengan mereka. Sekarang ini, terlalu banyak
"penyamun tarbus". Anda wajib mengembalikan ingatan pelanggan/prospek
anda bahawa anda pernah membuat temu janji atau pernah berjumpa dengannnya
sebelum ini. Jangan terus memperkenalkan produk anda. Praktikkan langkah pertama
: Kenali mereka, tanyakan latar belakang, puji sekitaran rumah mereka, dan
jadikan perkenalan yang mungkin berlangsung beberapa minit itu seperti anda
telah kenal lama terhadap mereka. Tanya pendapat mereka sama ada mereka pernah
mendengar nama syarikat MLM anda atau produk keluaran syarikat MLM anda. Jika
mereka sudah mengenalinya, anda mulalah bertanyakan sama ada mereka pernah
menggunakan salah satu produk syarikat MLM itu. Jika belum, ini peluang anda.
Jika mereka pernah menggunakannya, perkenalkan produk lain. Jika
mereka mengatakan bahawa mereka menunggu pengedar lain daripada syarikat yang
sama untuk memperkenalkan produk yang anda tawarkan itu, katakan bahawa anda
hanya membantu pengedar itu memperkenalkan produk syarikat. Terpulanglah kepada
mereka sama ada untuk membeli produk itu daripada pengedar tersebut atau
daripada anda. Jika mereka bersetuju, inilah peluang anda untuk menunjukkan
bahawa anda lebih baik daripada pengedar yang lain. Jangan sekali-kali berhujah
bahawa pengedar yang lain itu tidak bertanggungjawab. Katakanlah
bahawa daripada sesiapa pun pelanggan itu hendak membeli produk itu tidak
penting. Yang penting produk syarikat itu haruslah produk syarikat MLM anda.
Inilah kaedah diplomasi yang akan memberikan keyakinan pelanggan bahawa anda
berfikiran terbuka dan mulalah mereka tertarik pada anda. Tidak mustahil jika
anda memberikan servis kepada mereka, mereka akan menjadi pelanggan tetap dan
mungkin akan menjadi tajaan anda. Semasa anda, memperkenalkan produk anda atau
menawarkan peluang perniagaan ini kepada prospek anda, ingatilah 5 HURUF -
S.E.B.A.B. Setiap
kali, anda memperkenalkan produk, terangkan kelebihan produk dengan perkataan
SEBAB. Begitu juga jika ingin mereka menjadi downline anda, terangkan dengan
SEBAB mengapa mereka MESTI mendaftarkan diri dan menjalankan perniagaan ini.
Banyak pengedar yang menawarkan produk dengan berkata : "Belilah satu.
Barang ini bagus." Tanpa menerangkan SEBAB barang itu bagus. Tekan suara
anda semasa menyebut perkataan SEBAB itu bagi menunjukkan bahawa anda serius dan
seolah-olah sebagai suatu janji/jaminan yang pelanggan anda tidak akan rugi
membelinya. Begitu
juga jika anda mahu menaja mereka. Berikan SEBAB mengapa mereka perlu berada
dalam organisasi anda. Setelah anda selesai menerangkan perihal produk anda atau
menerangkan kelebihan perniagaan MLM ini, sekali lagi anda perlu bermain dengan
perkataan SEBAB ini sebagai penutup penyampaian anda. Misalnya: "Adakah
apa-apa SEBAB puan tidak bersetuju dengan kelebihan produk ini?",
"Adakah apa-apa SEBAB mengapa Encik tidak perlu memiliki salah satu
daripada produk syarikat saya?", "Adakah apa-apa SEBAB puan rasa
perniagaan ini tidak menguntungkan?", atau "Adakah apa-apa SEBAB
mengapa Encik tidak dapat mendaftar sebagai ahli syarikat saya?" Jika
penerangan anda sebelumnya telah lengkap dan jelas, maka TIDAK ADA APA-APA SEBAB
yang menggagalkan anda daripada menjual walau satu pun produk kepadanya ataupun
gagal menguja semangat mereka untuk menjadi downline anda. Namun
demikian, terdapat pelanggan/prospek yang menolak produk/peluang perniagaan yang
anda tawarkan. Jika ini terjadi, anda jangan kecewa.Kajilah sebab penolakan
mereka. Ada yang akan memberikan alasan belum ada duit, produk itu tidak sesuai
dengan cita rasa mereka, alasan "Tunggu Dulu", berdiam diri dengan
harapan anda cepat-cepat beredar, alasan produk anda tidak bermutu, dan
sebagainya. Hujah-hujah/langkah
yang boleh anda gunakan untuk mengatasi penolakan pelanggan/prospek anda:
Perlu
disedari bahawa terdapat bakal pelanggan/prospek yang telah membina tembok
"Tidak Mahu". Jika anda bertemu dengan mereka ini, and jangan membuang
masa. Bermohonlah dengan cara baik untuk pergi. Ucapkan terima kasih kerana
mereka sudi melapangkan masa mendengar penerangan anda. Beredarlah dengan tekad
bahawa anda akan menemui mereka sekali lagi dengan strategi yang lain pula.
Kajilah sebab-sebab mereka begitu kuat mengatakan tidak mahu. Ingat, dalam
banyak kes, bakal pelanggan yang kerap mengatakan "Tidak Mahu" itu
merupakan aset bernilai kepada anda. Mereka "Tidak Mahu" kerana banyak
sebab - mungkin mereka mahu menguji kesabaran dan ketahanan anda, mereka telah
pun mendapatkan gambaran salah tentang imej jualan langsung, mereka belum
mengenali anda sepenuhnya, dan lain-lain. Anda perlu mencuba sekali lagi pada
masa akan datang dengan strategi yang lain pula. Jika anda berhasil merobohkan
tembok "Tidak Mahu" itu dan menukarkannya menjadi "Mahu",
maka mereka merupakan bakal tajaan yang akan komited dengan perniagaan ini.
Jadi, jangan berputus asa dengan penolakan sebegini. Enggan
Bererti Bab
5 : Mulakan Langkah MeN... Secara
jujur, saya menyukai akronim ciptaan yang pertama itu kerana bunyinya lebih
logik. Saya merumuskannya sebagai: M
pertama = Menetapkan
matlamat diri dalam perniagaan MLM ini M
kedua = Memperkenalkan
produk kepada orang terdekat/dikenali M
ketiga = Menaja
pelanggan yang berpuas hati dengan produk itu M
keempat = Memberikan
servis kepada pelanggan/downline M
kelima = Membantu/Memimpin
downline M
keenam = Membuat
mesyuarat kumpulan M
ketujuh = Meniru
teknik, kaedah, dan strategi upline Menetapkan matlamat diri dalam perniagaan MLM Berniaga
dalam MLM ini merupakan berniaga secara jangka panjang. Oleh itu, anda mesti
mempunyai matlamat yang jelas, fleksibel, bertempoh,dan mudah dicapai. Tanyakan
kepada diri anda, berapa lama anda mesti memperuntukkan masa untuk mencapai
hirarki/pangkat tertentu. Jangka masa itu biar logik. Jangan terlalu singkat
kerana jika tidak dapat dicapai, anda akan berasa kecewa. Jangan pula terlalu
lama kerana anda akan menjadi tidak serius untuk melakukannya. Jangan membuat
matlamat yang terlalu sukar dicapai. Misalnya,
anda mahu mencapai pangkat Triple Diamond dalam tempoh 5 tahun. Ukurlah
kemampuan anda dengan matlamat yang anda set itu.Usahawan yang berjaya telah
menghabiskan masa lebih daripada 5 tahun untuk menikmati hirarki yang tertinggi
dalam syarikat MLMnya. Matlamat itu mestilah jelas dan dapat dicapai. Jika
anda menginginkan pendapatan melebihi RM15,000 sebulan, anda mesti menentukan
dengan jelas berapa banyak jualan bulanan yang perlu anda buat dan berapa
ramai tajaan yang perlu anda miliki. Misalnya,
untuk mendapatkan bonus RM5,000 sebulan, anda perlu menjual paling kurang 5
produk yang harga keseluruhannya berjumlah RM150.00 setiap hari, menaja seorang
prospek setiap hari dan prospek melakukan sebagaimana anda melakukannya.
Hitungan anda itu mungkin dalam bentuk begini: Jualan
Peribadi = RM150.00 X 30 hari = RM4,500 X 25% Untung Runcit Anda = RM1,125.00
sebulan Tajaan
Anda = RM150.00 X 30 org = RM4,500 X 30 hari = RM135,000 sebulan Jualan
Kumpulan Anda = RM135,000 + RM4,500 = RM139,500 Katakan
Bonus Anda 20%, Bonus Downline Anda 10% kerana anda merupakan ketua kumpulan
mereka, kiraan bonus yang anda terima ialah: Override Anda terhadap downline
anda ialah 10%. Ini bermakna daripada RM4,500 yang dibuat oleh downline anda,
anda menerima: 1 downline = RM4,500 X10% = RM450 30 downline = RM450 X 30 orang
= RM13,500 Bonus peribadi anda sendiri = RM4,500 X 20% = RM900 Jumlah
keseluruhan Pendapatan
Anda = RM900 + RM13,500 + RM1,125 = RM15,525.00 sebulan. Ini belum termasuk
bonus-bonus insentif yang saya percaya semua syarikat MLM menawarkan ganjaran
seperti ini. Seperti
yang saya katakan tadi, ukurlah kemampuan anda dengan matlamat yang ingin anda
capai. Menetapkan matlamat termasuk juga kegiatan merancang perniagaan setiap
hari. Dalam hal ini, anda perlu mempunyai jadual kerja yang jelas dan mesti
dilakukan. Misalnya:
Berapa jam masa yang anda ambil untuk menjalankan perniagaan ini setiap hari?
Berapa orang prospek yang MESTI anda taja setiap hari? Berapa banyak produk yang
perlu anda perkenalkan dan jual setiap hari? Aturkan jadual itu mengikut masa
kelapangan anda dan MESTI anda lakukan sedaya upaya. Masa yang anda peruntukkan
itu adalah masa yang produktif yang mesti anda isikan dengan bermanfaat. Usah
sia-siakan/abaikan prospek yang telah berjaya anda taja kerana masa yang anda
peruntukkan itu begitu bernilai untuk anda membiarkan tajaan anda seperti perahu
tidak berkemudi. Pastikan bahawa had/kouta jualan anda untuk setiap hari dapat
anda capai. Memperkenalkan dan Menjual Tiada perniagaan tanpa jualan. Tiada
jualan tanpa terlebih dahulu diperkenalkan. Memperkenalkan produk bukanlah
sukar. Anggapkan sahaja bahawa anda mahu berkongsi kelebihan produk dengan
pelanggan anda. Anda jangan memaksa pelanggan membelinya. Biarkan mereka membeli
dengan hati terbuka kerana mereka yang membeli produk anda secara rela akan
menjadi pelanggan tetap (regular customer) anda. Jual produk kepada diri anda
dahulu sebelum dikongsikan dengan orang terdekat dengan anda. Selalulah
anda menyemaikan dalam fikiran anda bahawa menaja bermakna anda memberikan
peluang perniagaan kepada pelanggan/prospek anda. Jangan berfikiran bahawa anda
mahu menaja mereka kerana anda ingin segera memperoleh pendapatan besar. Anda
menaja mereka kerana anda mahu mereka berjaya dalam perniagaan ini. Jika mereka
berjaya, anda juga akan berjaya. Untuk mereka berjaya, anda kena membantu mereka
berjaya dengan memberikan tunjuk ajar. Ingatlah bahawa anda menaja mereka kerana
anda mahu membebaskan mereka daripada masalah kewangan. Menaja
bukanlah aktiviti yang susah. Menaja sama seperti perbuatan seorang jejaka yang
berminat dengan seorang dara lalu berusaha memikatnya. Jika berjaya, alangkah
seronoknya. Jangan fikirkan bahawa menaja prospek ini sesuatu yang menakutkan.
Menaja prospek ini adalah kegiatan yang sangat menyeronokkan. Seronok kerana
anda akan dan telah menambah koleksi sahabat anda. Seronok kerana prospek/tajaan
anda itu adalah harta/aset anda. Seronok kerana seperti wakil rakyat, anda telah
mendapatkan seorang pengundi baru yang mengundi anda. Memberikan
servis kepada pelanggan bermakna anda prihatin terhadap mereka, anda ingin
memastikan pelanggan anda berpuas hati, dan anda ingin pelanggan anda membuat
belian ulangan ataupun membuat belian produk lain. Memberikan servis kepada
downline anda bererti anda ingin mengetahui apakah masalah yang dihadapi oleh
mereka dalam perniagaan ini, siapakah bakal prospek yang bakal ditaja oleh
mereka, sejauh manakah mereka telah memahami skop jualan langsung syarikat MLM
anda, dan yang lebih penting untuk merapatkan hubungan antara anda sebagai
pemimpin dengan mereka sebagai usahawan baru. Anda
mungkin pernah mendengar kalimat ini : Semua orang adalah pemimpin. Anda adalah
pemimpin diri anda sendiri. Jika anda berkumpulan, anda menjadi kumpulan anda.
Dalam agama Islam, Rasulullah bersabda: Apabila terdapat dua orang dalam
perjalanan, maka wajiblah mereka melantik seorang sebagai ketua. Mahu atau
tidak, anda mesti memimpin. Pimpin downline anda dengan mencontoh stail
kepimpinan tokoh-tokoh jualan langsung yang telah berjaya atau mengikut Jika
ya, bermakna anda sebenarnya boleh memimpin orang lain. Memimpin downline dalam
MLM sama dengan memimpin orang lain dalam tindakan sehari-harian. Bak kata
usahawan MLM yang pernah saya temui : Memimpin adalah semudah ABC. Mesyuarat
khususnya dalam kumpulan anda harus anda lakukan seminggu sekali. Mesyuarat
penting sebagai sesi mengumpul maklum balas antara anda dengan downline anda dan
seterusnya mengatur strategi bagi memperluas pasaran perniagaan anda. Mesyuarat
tidak harus disempitkan maksudnya dengan melihat mesyuarat hanya boleh diadakan
di dalam bilik/pejabat khas. Anda berkumpul dengan seorang dua downline anda
sambil menikmati kopi atau nasi di restoran sambil membincangkan masalah dan
strategi perniagaan anda, itu juga dinamakan sebagai mesyuarat - mesyuarat tidak
formal. Sama
ada mesyuarat itu formal atau informal, bercatat atau tidak bercatat, tidak ada
bezanya asalkan disusuli dengan tindakan penyudah yang tepat. Mesyuarat formal
di kalangan ahli kumpulan sebaik-baiknya membincangkan kaedah dan strategi
menjana pasaran. Perlu anda sedari bahawa maklumat strategi kumpulan anda adalah
senjata ampuh yang eksklusif yang tidak perlu anda hebahkan kepada orang lain
kecuali kepada ahli kumpulan anda. Ingatlah
bahawa perniagaan adalah suatu peperangan. Untuk berjaya dalam peperangan, anda
mesti memiliki senjata ampuh dan strategi berkesan yang tidak harus jatuh ke
tangan pihak lain. Mesyuarat yang bagus bukanlah mesyuarat yang berisikan
ceramah motivasi bam-bam-bum-bum. Motivasi sebegini tidak akan mendatangkan
kesan besar kepada downline anda. Motivasi
yang baik adalah menunjukkan cara berkesan untuk berjaya dalam perniagaan ini.
Jika pun anda ingin memberikan ceramah yang berapi-api, biarlah isi ceramah
relevan dengan tajuk/topik yang menjadi agenda mesyuarat - agenda perniagaan
jualan langsung. Jangan meleret-leret sehingga akan memuakkan downline
anda. Jangan anda sangka, pendengar tergelak kerana mereka suka akan ceramah
anda.Mereka ketawa kerana anda mungkin mencuit hati mereka tetapi kandungan
ceramah tidak sampai kepada sasaran. Jangan menyangka pendengar serius dan
ternganga mendengar ceramah bam-bum-bam-bum anda kerana belum tentu setiap
ceramah anda telah dapat difahami oleh pendengar/downline anda. Sebaik-baiknya
sampaikan ceramah anda secara perlahan, jelas, satu persatu supaya semua
maklumat yang ingin anda sampaikan dapat sampai pada sasarannya. Perniagaan
MLM ini menghalalkan perbuatan tiru-meniru (mencontoh) sikap dan sifat pemimpin.
Permulaan yang baik kepada usahawan adalah meniru upline. Contohilah bagaimana
upline anda telah berjaya menjadi pemimpin dan memperoleh pendapatan yang agak
baik. Anda
berhak meniru sikap dan sifat sesiapa juga yang telah berjaya dalam perniagaan
ini. Anda boleh meniru jadual bekerja orang lain yang telah berjaya. Anda juga
boleh meniru bagaimana usahawan cemerlang berjaya menaja begitu banyak downline
yang berkualiti. Anda boleh meniru apa-apa sahaja yang memberikan manfaat kepada
anda mengikut jalan yang baik. Lakukanlah
MLM (Mulakan Langkah MeN..) dengan 7M ini secara berperingkat-peringkat dan
jangan terburu-buru. Lakukan secara konsistens. Meniru
Dalam Ujian, Anda Kandas Bab
6 : Tips Untuk Berjaya - Teknik Menjual Senaraikan
nama-nama orang yang anda kenali berserta nombor telefon, dan alamat kediaman
mereka. Hubungilah mereka dengan alasan untuk menziarahi mereka. Semasa berada
di dalam rumah pelanggan anda, berbasa-basilah terlebih dahulu. Jangan terus
kepada matlamat anda untuk menjual barangan. Perkenalkanlah produk anda setelah
anda yakin bahawa pelanggan anda telah cukup selesa dengan kedatangan anda dan
bersedia untuk mendengar penerangan anda. Jualan
yang baik dan menguntungkan adalah dengan menjemput mereka ke rumah anda. Anda
mungkin boleh mengadakan jamuan/kenduri doa selamat. Setelah selesai acara
jamuan dan setelah berbasa-basi, maka mulakanlah tujuan sebenar anda mengundang
mereka. Dalam home party seperti ini, orang yang paling kedekut mengeluarkan
wang untuk membeli barang pun akan mengeluarkan wang kerana berasa malu di
hadapan khalayak ramai. Sentiasa bersedia dengan pen dan buku pesanan
jualan setelah selesai memberikan penerangan produk. Tanyakan
soalan ini: "Berapa banyak Encik Saidon hendak?" sambil bersedia untuk
mencatatkan pesanan mereka. Jika
produk yang ingin anda jual itu memerlukan demonstrasi, lakukan demonstrasi
dengan tenang. Kebanyakan demonstrasi yang menunjukkan kelebihan dan
keberkesanan barangan akan lebih mudah memberikan kepercayaan pelanggan terhadap
barangan itu. Jual
diri anda terlebih dahulu sebelum anda menjual produk anda. Misalnya, jika anda
menjual makanan tambahan seperti vitamin, tunjukkan bahawa anda memang sihat
100% dan tidak berpenyakit. Cipta suasana yang pelanggan memang sangat
memerlukan produk anda itu. Misalnya, jika dinding rumah pelanggan anda comot
oleh contengan anak-anaknya, perkenalkan produk anda yang dapat menghilangkan
kesan contengan itu dengan serta-merta. Tukar
persepsi pelanggan anda agar membeli daripada anda bagi produk yang sama yang
ada di pasaraya. Misalnya, jika anda menjual produk syampu, tunjukkan bahawa
syampu anda adalah lebih baik daripada syampu yang berlegar di pasaran terbuka. Buat
persediaan mengenai produk yang akan anda jual bagi mengelakkan anda tergagap
semasa membuat penyampaian penerangan produk.Selalulah membawa sampel produk.
Jangan menjual dengan katalog sahaja. Kewangian bedak jualan anda tidak akan
dapat dihidu melalui katalog. Sentiasa
yakin bahawa produk anda yang berharga hanya beberapa ringgit itu akan terjual
kerana kereta yang berharga ribuan ringgit itu pun masih ada yang mahu
membelinya. Sentiasa
bawa maklumat sokongan seperti testimonial/surat akuan pelanggan yang berpuas
hati terhadap produk anda. Untuk mencari pelanggan, anda boleh membuat iklan
dalam bentuk flyer (bukan Buat
iklan dalam Buat
jualan besar-besaran (big sales) pada musim tertentu. Misalnya, jika anda
menjual produk jus, buat jualan besar-besaran ketika musim perayaan. Buat
penerangan/demo pada 4-5 barangan sahaja yang anda pilih sendiri (pilih kategori
produk yang best-seller) supaya pelanggan anda tidak terkeliru dan bingung jika
anda menerangkan semua jenis produk. Buat
jualan susulan bagi produk yang lain. Semasa menjual, Buatlah
demo mudah, meskipun hanya dengan meminta mereka menyapukan losyen pada tangan. Ketika
menjual, anda boleh juga menaja. Kebanyakan pengedar memperkenalkan produk,
pelan pemasaran, dan kelebihan berniaga secara jualan langsung. Jadi, anda
melakukan 2 kerja pada sesuatu masa.Lazimnya, terdapat 2 kategori pendengar,
iaitu mereka yang tidak berminat berniaga dan mereka yang berminat berniaga.Bagi
kategori pertama, anda hanya boleh menjual produk anda, sementara bagi kategori
kedua, anda menaja mereka. Setiap pesanan produk, jangan masukkan ke dalam
senarai pesanan untuk anda, tetapi anda berikan kepada pendengar yang
serta-merta mahu menjadi downline anda. Ini adalah untuk memberi mereka
semangat, iaitu sebaik-baik sahaja mereka mendaftarkan diri sebagai
ahli/pengedar, mereka telah pun mempunyai pelanggan serta-merta. Anda
mesti mahir dan berpengetahuan luas tentang pelan pemasaran syarikat MLM anda.
Kalau mereka/prospek ingin tahu akan berapa banyak wang yang bakal diperoleh,
anda mesti menerangkannya dengan pengiraan berpandukan pelan pemasaran. Mulakan
dengan pengiraan amaun yang kecil dahulu, perlahan-lahan anda menerangkan jumlah
wang yang bakal diperoleh mereka apabila mereka mencapai pangkat-pangkat
tertentu.Semasa menerangkan pengiraan bonus, mulakan dengan langkah memberikan
contoh jualan yang mudah dicapai. Jangan berkata : "Kalau anda dapat
menjual RM500 sehari �" kerana walaupun ada orang yang dapat menjual
lebih daripada RM500 sehari, tetapi masih banyak (terutamanya yang belum biasa
berniaga) yang tidak dapat menjual produk dalam kuantiti itu. Mulakanlah dengan
amaun jualan kecil : "Katakan anda dapat menjual RM50.00 sehari �"
kerana jualan dengan amaun kecil mungkin hanya melibatkan 2-3 produk
sahaja.Tujuannya adalah supaya bakal pengedar tidak merasakan bahawa jualan
langsung ini kerjanya adalah sukar. Sama
seperti menjual, semasa anda berada di rumah atau bertemu dengan prospek, jangan
terus bercerita tentang perniagaan ini. Anda bertanyalah tentang keluarganya.
Anda ceritakan juga tentang keluarga anda. Misalnya: "Masih ada 4 orang
anak saya yang bersekolah. 2 di sekolah rendah, 2 lagi di sekolah menengah.
Tambang bas sekolah untuk mereka sahaja RM60.00 sebulan. Buku kerja perlu
dibeli. Kemukakan
beberapa soalan yang akan memberi anda kepastian sama ada mereka akan menjadi
rakan kongsi perniagaan anda yang berbakat dan berdaya maju atau sebaliknya. (a) Sanggupkah
awak menunggu sehingga 3 bulan sambil berusaha, barulah anda melihat hasil
perniagaan anda seperti bonus RM1,000 sebulan? (b) Mampukah
awak mendapatkan paling kurang 5 orang rakan/saudara-mara anda yang benar-benar
berminat berniaga? (c) Adakah
awak rela mengorbankan RM200.00 sebagai modal asas perniagaan ini termasuk
membayar yuran keahlian? (d) Sanggupkah
awak mengorbankan masa selesa awak selama 2-3 jam sehari untuk perniagaan ini? (e) Sanggupkah
awak menerima tunjuk ajar biarpun daripada rakan kongsi kami yang paling muda? Jika
mereka memberikan jawapan positif terhadap semua soalan itu, yakinlah bahawa
mereka akan menjadi downline anda yang bakal menyerlah. Anda
boleh menaja di mana-mana sahaja. Di kedai kopi/restoran, di pusat
membeli-belah, di jalan, di kaki Seperti
menjual, anda juga mesti bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum anda
pergi ke rumah prospek anda. Anda harus telah bersedia dan menjangkakan
soalan-soalan yang bakal dikemukakan oleh mereka. Jawapan-jawapan pada soalan
yang anda jangkakan itu haruslah positif yang menjurus pada akhirnya mereka
berminat pada perniagaan ini. Bawalah sampel produk, testimonial tertentu, dan
starter kit kosong. Anda boleh pergi berseorangan tetapi jika berpasangan adalah
lebih baik. Bawalah isteri/suami anda, jika ada. Tujuannya adalah supaya
terdapat 2 pengaruhan, iaitu anda mempengaruhi prospek sementara pasangan anda
mempengaruhi pasangan prospek. Dengan ini, anda akan mendapat downline pasangan
ideal yang bersama-sama berminat dalam perniagaan ini. Ramai pengedar yang
berjaya dalam perniagaan ini merupakan pasangan yang saling membantu. Terdapat
syarikat yang menyediakan rakaman video berhubung dengan kenyataan/testimonial
usahawan yang berjaya. Jika syarikat anda juga menyediakan khidmat yang sama,
bawa bersama alatan ini kerana sangat berguna untuk menarik minat prospek
menyertai anda. Alatan audio visual adalah lebih mudah menyedarkan prospek.
Mereka akan lebih yakin terhadap latar belakang syarikat dan apa yang dapat
disediakan oleh perniagaan ini kepada mereka. Semasa
menyampaikan penerangan, anda mesti MENEKANKAN FAEDAH, FAEDAH, FAEDAH membeli
produk dan menyertai MLM. Padamasa ini, anda MESTI MENDAPATKAN JAWAPAN
"YA" daripada prospek/prospek-prospek (jika menaja secara berkumpulan)
anda dengan mengemukakan soalan-soalan yang akan memberikan jawapan
"Ya". Misalnya: Mahukah anda mendapatkan pendapatan seperti anda
bekerja 8 jam sehari sedangkan anda hanya bekerja selama 2 jam sahaja? Mahukah
anda sendiri yang menentukan jumlah pendapatan yang akan anda peroleh? Mahukah
anda bebas daripada masalah kewangan selama-lamanya? Mahukah anda mendapatkan
keuntungan segera tanpa perlu menunggu cukup bulan? Mahukah anda mempunyai wang
yang lebih supaya anda dapat melancong, membeli barangan idaman anda selama ini?
Mahukah anda menukarkan masa lapang anda dengan wang? Jawapan
"Ya" berkali-kali tetapi logik akan mempengaruhi prospek anda berminat
untuk berniaga.Anda boleh juga mengemukakan kenyataan yang akan membuatkan
prospek berfikir mendalam dan akhirnya akan bersetuju untuk menyertai anda dalam
perniagaan ini. Misalnya: Harga barang semakin meningkat. Perbelanjaan sekolah
anak-anak bertambah setiap hari. Bil-bil air, elektrik perlu dibayar setiap
bulan. Tetapi, gaji tak naik-naik juga. Cukup bulan, habis gaji. Simpanan tiada.
Macam mana kita dapat hidup begini selama-lamanya?Apa akan jadi kepada kita jika
suatu hari nanti kita tidak mampu bekerja? Tidak ada insurans. Tidak ada
pendapatan sampingan. Apa akan jadi pada anak-anak kita? Sekolah mesti
diteruskan tetapi di mana kita nak cari wang? Sekarang ini, kerajaan
melaung-laungkan teknologi maklumat.Kita hanya mampu mendengar saja. Hendak beli
komputer pun kita tak mampu. Nak beli komputer cara ansuran, kita akan tambah
hutang pula. Hai,
kalau begini buta ITlah anak-anak kita. Orang asing yang baru datang ke negara
kita semalam telah kaya-raya. Mereka datang bukan saja bekerja buruh kontrak. Kenyataan-kenyataan
ini akan menyebabkan prospek anda berfikir untuk mengubah masa depan mereka. Jika
anda mempunyai lebih daripada sebuah kumpulan, galakkan ketua kumpulan anda itu
mengadakan mesyuarat mingguan mereka masing-masing. Anda harus hadir sebagai
penceramah dan pembimbing yang akan menunjukkan cara berkesan melakukan
perniagaan ini. Jika anda mempunyai downline baru, anda harus ikut downline anda
dalam aktiviti menjual dan menaja sehingga mereka mampu berdikari. Pada
setiap bulan, anda harus mengumpulkan semua downline anda dalam mesyuarat
bulanan. Agenda mesyuarat harus berkisar pada strategi menawan pasaran. Anda
juga boleh menjemput penceramah jemputan daripada upline anda yang telah berjaya
untuk menaikkan semangat downline anda. Apabila anda telah mempunyai kumpulan
yang besar, kekerapan menjual anda perlu anda turunkan dan gantikannya dengan
kekerapan memimpin dan mengurus. Mengurus kumpulan sama dengan mengurus
anak-anak. Mereka tidak boleh dimarahi, dipaksa melakukan, dihina, dan
sebagainya. Mereka harus dibelai. Pujian perlu dibuat apabila mereka berjaya
melakukan jualan atau penajaan. Anda mesti mendengar pendapat mereka biarpun
mungkin anda tidak bersetuju. Ringkasnya,
hati mereka jangan dilukai sedikit pun. Kalau terluka, mereka akan mengambil
tindakan sama ada enggan melakukannya lagi atau bertukar kepada syarikat MLM
lain/upline lain dengan mematikan keahlian mereka di bawah organisasi mereka. Sebagai
ketua organisasi, anda harus mengenali downline anda paling kurang sampai ke
generasi ke-4. Mintalah bantuan downline anda yang menjadi ketua kumpulan anda
untuk memperkenalkan downline mereka kepada anda. Tujuannya adalah supaya ikatan
anda dengan mereka walaupun hanya bertaraf "cicit" anda tidak
terputus. Ikatan yang kuat akan memperkuat organisasi anda. Sebagai ketua
kumpulan, anda MESTI POSITIF walaupun downline anda telah mulai negatif. Jika
mereka melihat anda masih tetap bersemangat, mereka akan bersemangat kembali. Hari
Ini, Menganyam Impian Esok,
Melakar Rancangan Lusa,
Mulakan Perjalanan Kelak,
Sampai Ke Tujuan Bab
7 : Rahsia Kejayaan Usahawan MLM Anda
perlu sedar bahawa berniaga dalam perniagaan jualan langsung ini hampir sama
dengan gambaran piramid terbalik dan menegak.Piramid menegak mewakili kerja anda
sementara piramid terbalik mewakili hasil usaha anda. Apabila anda bermula
(lihat dasar/tapak piramid menegak), banyak masa yang terpaksa anda korbankan,
tetapi hasilnya amat sedikit. Lama-kelamaan, dengan kesabaran, anda naik sedikit
demi sedikit. Apabila anda berada di atas/puncak, semakin sedikit kerja anda,
tetapi hasul usaha anda adalah besar. Oleh
itu, anda jangan terlalu excited untuk berjaya dengan cepat. Jika anda terlalu
excited, akhirnya anda akan kecewa dan terus enggan melakukan perniagaan
ini. Anda perlu bersabar. Berusahalah perlahan-lahan. Tawakkal. Lambat-laun anda
akan sampai ke puncak juga. Berikut
adalah beberapa rahsia kejayaan usahawan-usahawan MLM yang saya kutip. a. Bergaul
dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itu mungkin ada
permata berharga. b. Bekerjasama
sesama ahli kumpulan. Lakukan perniagaan ini bersama dengan pasangan anda. Kerja
berdua akan lebih mendatangkan hasil mutlak. Berilah tunjuk ajar anda dengan
ikhlas. Jangan tanya diri anda berapakah hasil yang akan saya dapati dengan
menolongnya. Tanyalah, berapakah hasil yang akan downline saya peroleh kalau
saya membantunya. Downline anda berjaya, anda juga akan berjaya. c. Sediakan
strategi anda yang berbentuk sistem yang akan menjadi panduan dan amalan
kumpulan anda. d. Buat
perancangan anda dan mestilah anda komited dengan perancangan anda itu. e. Jangan
abaikan downline anda. Setiap permohonan bantuan daripada mereka walaupun
generasi di bawah perlu anda penuhi. f. Anggap
perniagaan ini sebagai peperangan. Anda tidak boleh tewas/gagal. Jika
tewas/gagal, berakhirlah riwayat hidup anda. Dengan ini anda akan bermati-matian
mempertahankan perniagaan ini. g. Luangkan
sedikit masa anda untuk memikirkan idea kreatif yang dapat menjayakan perniagaan
anda. h. Sentiasalah
anda merendah diri walaupun anda telah berjaya. Sikap ini akan menyebabkan
sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan anda. i. Sentiasalah
anda memberikan keyakinan kepada downline anda bahawa mereka pasti, lambat atau
cepat, mengecapi kejayaan. j. Sentiasa
berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana mengejar kepuasan, bukannya
wang. Jika anda puas, wang akan datang bergolek. k. Mesti
sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, anda buat. Jika orang lain
tidak buat, anda buat, anda akan berjaya. l. Mesti
sanggup belajar dan diajar oleh sesiapa sahaja meskipun daripada downline
sendiri. Walaupun anda sudah berjaya, anggapkan sahaja anda belum berjaya.
Dengan ini, anda akan sentiasa berusaha. m. Sentiasa
turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun anda telah berjaya. n. Beri
motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri anda apabila anda
berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur seketika untuk
merehatkan otak anda. o. Sekali
anda melakukan perniagaan ini, anda mesti melakukannya setiap hari. Jangan
dibiarkan ada hari anda tidak melakukannya kerana dikhuatiri semangat anda akan
luntur. p. Jangan
berprasangka buruk kepada orang lain. Yang zahir tidak semestinya mencerminkan
yang batin. q. Cakap
mesti serupa bikin. Jangan menyuruh downline melakukan sesuatu tetapi anda
buatlah dahulu sebelum downline anda mencontohinya. r. Sentiasa
setia pada syarikat. Sifat kanggaroo tidak ada dalam resipi kejayaan usahawan
MLM. s. Sentiasa
riang kerana keriangan akan meredakan ketegangan. t. Anggapkan
bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah. u. Jangan
anggap perniagaan jualan langsung ini sebagai cuba-cuba atau main-main sahaja.
Anggapkan perniagaan ini sebagai penentu hidup dan mati anda. v. Berikan
kail kepada yang memerlukannya, jangan berikan ikan. Biasanya, apabila anda
sudah berjaya, banyaklah orang yang mendekati anda semata-mata kerana wang.
Jangan berikan wang kepada mereka, berilah starter-kit. w. Jangan
berasa rendah diri walaupun anda berhadapan dengan taikun perniagaan. Jika pun
mereka tidak berhasrat menjadi downline anda, mereka mungkin menjadi
pelanggan tetap anda yang berpotensi. x. Sentiasa
mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan
jualan langsung sama ada daripada pergaulan, bahan bacaan, atau daripada
teknologi maklumat. Apabila
Sudah Di Puncak, Jangan Lupa Rumput Di Bumi Saya
mengakhiri rencana ini dengan beberapa cerita yang sangat besar pengajaran
moralnya. Kononnya,
terdapat sebuah negeri yang rajanya tidak mempunyai seorang putera, tetapi hanya
mempunyai seorang puteri. Raja itu menjadi sugul sentiasa kerana baginda tidak
mempunyai pengganti. Akhirnya, baginda meminta pendapat bendahara baginda. Sang
bendahara mencadangkan agar salah seorang daripada hamba rakyat dipilih sebagai
menantu baginda. Raja bersetuju tetapi siapakah yang harus dipilih.
Ada
yang mencadangkan supaya seorang pemuda gagah dipilih
tetapi dibantah oleh pembesar yang lain dengan alasan, sebelum raja mangkat,
raja akan digulingkan oleh pemuda gagah yang menjadi menantu raja itu.
Berbagai-bagai cadangan dikemukakan tetapi semuanya tidak dapat digunakan. Akhirnya
puteri raja bersuara: "Ayahanda, anakanda mencadangkan agar sesiapa juga
yang berjaya menyeberangi sungai yang menjadi sempadan di antara istana kita
dengan kampung hamba rakyat, maka orang itulah yang sanggup anakanda
kahwini." Raja dan para pembesar bersetuju kerana mereka yakin bahawa hanya
pemuda yang terbaik sahaja yang akan berjaya menyeberangi sungai yang telah
banyak meragut nyawa penduduk negeri itu. Di lubuk sungai itu, tinggal
sekeluarga buaya yang sudah sekian lama mengganas membaham penduduk yang leka di
tepi sungai. Diumumkanlah hasrat puteri raja itu. Tibalah
hari diadakan sayembara itu. Salah seorang pemuda yang kelihatan sasa terjun ke
dalam sungai itu. Belum pun sampai di pertengahan sungai, pemuda itu berenang
patah balik kerana dilihatnya beberapa ekor buaya tiba-tiba muncul di permukaan
air. Sebaik-baik
sahaja naik ke atas, pemuda itu berkata: "Ampunkan patik tuanku. Bukan
patik mahu terjun ke dalam sungai itu, tetapi patik ditolak orang. Sebaik-baik
sahaja berada di air, patik melihat bayangan buaya di dalam air. Sebab itulah
patik bermati-matian berenang ke tebing untuk menyelamatkan nyawa patik."
Raja ketawa dan berkata: "Tidak mengapa orang muda. Apa pun alasan awak,
awaklah yang berhak mengahwini puteri beta dan bakal menjadi pengganti
beta." Moral
ceritanya ialah orang yang tidak berhasrat untuk menjadi berjaya dalam
perniagaan MLM ini pun masih boleh berjaya. Inikan pula anda yang sudah pun
menetapkan matlamat untuk berjaya dalam perniagaan ini. Pada
suatu masa dahulu, ada seorang pemuda yang mahu mendalami ilmu persilatannya. Ia
mendengar bahawa di sebuah gua, terdapat seorang pertapa yang telah terkenal
kerana bukan sahaja mempunyai ilmu persilatan yang tinggi bahkan kaya dengan
ilmu kebatinannya. Pergilah pemuda itu mencari pertapa itu. Akhirnya dia
berjaya. Pertapa itu memberikan syarat kepada pemuda itu. Jika pemuda itu
berhasrat untuk menjadi muridnya, pemuda itu mesti pergi ke suatu tempat dan
membawa balik sebutir batu yang sejuk kepadanya. Pemuda itu sanggup. Setelah
diberitahukan di mana tempat itu, pergilah pemuda itu ke situ. Setibanya
di situ, pemuda itu mendapati memang banyak batu di situ tetapi dia tidak tahu
batu mana yang dimaksudkan oleh pertapa itu. Dia mengambil sebiji batu dan
dilepaskannya. Ternyata batu yang baru diambilnya itu panas membara. Dia
mengalas tapak tangannya dengan kain pengikat kepalanya untuk mengurangkan
bahang kepanasan. Satu persatu batu itu dipegangnya dan dibuangnya kerana
dirasakannya panas. Akhirnya,
tidak ada sebutir batu pun di situ. Dia terfikir, mungkin pertapa itu menipunya
kerana tidak ada pun batu yang sejuk di situ. Pada fikirannya, pertapa itu hanya
memberikan alasan untuk tidak mahu menerimanya. Moral
ceritanya ialah kita jangan takut menghadapi cabaran kerana antara banyak
cabaran itu tentu ada hikmah di sebaliknya. Jika pemuda itu tidak mengalas
telapak tangannya dengan kain, sudah tentu dia akan merasa akan ada sebutir batu
yang bentul-betul sejuk. Bagaimana pemuda itu hendak membezakan batu yang sejuk
daripada batu yang panas kalau tangannya beralas? Bagaimana anda akan mencapai
kejayaan kalau anda takut akan cabaran. Dua
orang pelari hendak berlumba lari di trek. Mereka dibekalkan dengan beberapa
pasang kasut trek pelbagai jenis. Pemuda pertama tanpa berfikir panjang
lagi terus menyarung salah satu daripada kasut trek itu lalu memecut hingga
sampai ke garisan penamat. Dari garisan penamat, dilihatnya pesaingnya masih
lagi memilih-milih kasut trek yang sesuai untuk perlumbaan itu. Moral
ceritanya ialah anda jangan berlengah kerana orang lain telah pun bermula dan
mungkin telah berjaya. Jangan juga terlalu memilih syarikat MLM yang perlu anda
sertai. Pilih-memilih itu bukan prasyarat untuk berjaya. Prasyarat kejayaan
ialah mahu buat dan terus buat. Pernahkah
anda mendengar cerita anjing dengan bayang-bayang. Sang anjing yang sedang
menggonggong tulang itu melepaskan tulang yang ada di dalam mulutnya hanya
semata-mata melihat bayangnya sendiri yang juga sedang menggonggong tulang. Moralnya
: Apabila anda sudah berada di dalam mana-mana syarikat MLM, anda jangan
sekali-kali terpengaruh oleh ajakan atau khabar bahawa ada sebuah syarikat MLM
lain yang lebih bagus lalu anda tidak mahu lagi menjalankan perniagaan dalam
syarikat MLM yang sedia ada dan menyertai syarikat MLM yang baru itu pula. Jika
ini tindakan yang anda ambil, anda akan rugi seperti anjing yang kehilangan
tulang yang digonggongnya itu. Di
Florida, diceritakan bahawa telah tiba musim berombak. Aktiviti papan luncur
menjadi pesta di pesisir pantai. Di gigi pantai, seorang pemuda duduk sambil
berfikir. "Kalau gunakan 2 papan luncur tentu lebih seronok daripada
menggunakan sebuah papan luncur". Setelah habis berfikir, pemuda itu pun
mengambil dua papan luncur lalu pergi ke gigi pantai. Pada mulanya, dia memang
seronok kerana kedua-dua belah kakinya berpijak pada papan luncur tetapi
sebaik-baik sahaja ombak besar melandanya, dia terhumban dan kepalanya cedera
terkena batu yang kebetulan ada di situ kerana gagal mengimbangkan badan dan
kakinya pada kedua-dua papan luncur itu. Moralnya:
Jangan terlalu tamak. Berniagalah dengan sebuah syarikat MLM sahaja. Jangan
menyertai lebih daripada sebuah syarikat MLM kerana akhirnya anda tidak akan
berupaya mengurus perniagaan anda. Dua
orang pegawai pemasaran telah diarahkan oleh majikan mereka untuk membuat
tinjauan sama ada kasut boleh dijual kepada penduduk di sebuah negara di benua
Afrika. Kedua-dua pegawai itu berlepas ke negara itu. Seminggu kemudian, pegawai
pertama balik dan membuat laporan kepada majikannya. "Bos, saya fikir, kita
tidak boleh jual kasut di Beberapa
minit kemudian, pegawai kedua pula balik dan membuat laporan. "Bos, masa
depan syarikat kasut kita di Moral
ceritanya ialah pertama, anda mesti kreatif. Anda harus mencipta keadaan yang
pelanggan akan memerlukan produk yang anda pasarkan.Anda tidak harus bergantung
pada kegunaan tradisi produk itu. Kedua, anda jangan membuat penilaian
berdasarkan pemerhatian kasar. Jangan berpendapat bahawa kerana begitu banyak
orang berjual produk yang sama di suatu tempat, maka tidak ada peluang untuk
anda mencari keuntungan. Anda Percaya, Anda Buat, Anda Berjaya! |