Your Home for FREE MLM Training
Your Home for FREE MLM Training

SYARIKAT MULTILEVEL MARKETING (MLM)

Industri jualan langsung berkembang dengan begitu pesat sehinggakan jualannya mencecah berbilion ringgit setahun di Malaysia sahaja. Barangan yang dipasarkan melalui syarikat –syarikat jualan langsung merangkumi makanan kesihatan, pakaian, produk penjagaan diri, telekomunikasi dan sebagainya.

Sehingga 26 oktober 2004, terdapat 522 syarikat jualan langsung yang dilesenkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan jualan langsung. Pemantauan ke atas syarikat-syarikat ini dibuat dari masa ke semasa bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan.

Dalam pelbagai jenis perniagaan jualan langsung (berbilang tingkat, satu tingkat atau jualan melalui pesanan pos) syarikat jualan langsung berbilang tingkat atau Multi Level Marketing(MLM), paling mendapat sambutan. Jikalau kita meluangkan sedikit masa menyenaraikan syarikat-syarikat jualan langsung yang berjaya menarik ratusan ribu pengguna menjadi ahlinya dengan jualan bulanan berjuta ringgit, hampir kesemuanya terdiri dari syarikat MLM.

APAKAH MLM?

Multi Level Marketing (MLM) atau jualan langsung berbilang tingkat adalah satu sistem pemasaran barangan atau perkhidmatan kepada pengguna secara tersusun melalui kaedah mulut ke mulut. Apabila barangan atau perkhidmatan terjual, pengedar-pengedar yang bertanggungjawab terhadap jualan tersebut akan diberi imbuhan dengan kiraan berbilang tingkat atau ‘multi level’ di dalam organisasi mereka.

MENGAPA PILIH MLM ?

Faktor pertama, ianya merupakan Perniagaan dari rumah yang berisiko rendah.

Faktor kedua, tiada had jumlah pendapatan yang boleh diraih malah kadangkala tak terbayang begitu banyaknya pendapatan yang boleh direbut.

Faktor ketiga, peluang mencapai kebebasan MASA dan WANG pada waktu yang sama .

Faktor keempat, kurangnya tekanan atau stress berbanding sektor korporat

Faktor kelima, pelan 4 Tahun – Mengikut kajian, pada umur 25 tahun, kebanyakan orang sudah mula bekerja.

Walau bagaimanapun, 40 tahun kemudian, dalam 100 orang, 5 masih bekerja, 36 sudah meninggal dunia, 54 orang hidup ‘cukup makan’ , 4 hidup senang dan cuma seorang (1) yang kaya. Bekerja bersungguh –sungguh dalam syarikat MLM selama 4 tahun, cipta pendapatan berasaskan jualan barangan atau perkhidmatan secara berkumpulan, anda akan menerima imbuhan berterusan seumur hidup.

MLM vs PIRAMID

Walaupun industri MLM telah lama bertapak di Malaysia, masih ramai di antara kita yang masih tidak tahu perbezaan di antara piramid dan MLM. Piramid adalah satu sistem di mana mereka yang terlebih dahulu menyertai sesebuah syarikat akan mendapat imbuhan yang lebih berbanding mereka yang terkemudian. Walau sekuat manapun anda bekerja, tidak ada peluang untuk meraih pendapatan melebihi daripada mereka yang di atas. Sebaliknya, di MLM anda hanya perlu lebih produktif : pastikan rangkaian anda berkembang yang akan menyebabkan lebih banyak barangan atau perkhidmatan terjual, pendapatan anda pasti boleh melebihi sesiapa pun. Atas dasar inilah pihak kerajaan telah mengharamkan sistem piramid dan membenarkan MLM. Jika syarikat yang anda sertai mempunyai lesen AJL, syarikat itu adalah sah.

PANDUAN MEMILIH SYARIKAT MLM

Perkara paling penting, sila pastikan syarikat tersebut mempunyai lesen jualan langsung berbilang tingkat (Lesen AJL) yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggguna.
Sila lawati www.kpdnhep.gov.my untuk keterangan lanjut.

Di samping lesen, syarikat haruslah diterajui oleh mereka yang berpengalaman luas dalam industri jualan langsung. Produk pula mestilah berkualiti tinggi ,bernilai komersil serta mempunyai tahap jualan ulangan yang memuaskan. Pelan pemasaran pula mestilah telus, boleh dicapai dan tidak menekan pengedar.

Selain dari itu faktor-faktor seperti budaya kerja syarikat, latihan kepada pengedar-pengedar serta penggunaan teknologi maklumat mestilah diambil kira. Sebagai panduan mudah, buat satu senarai 10 buah syarikat MLM yang kukuh di Malaysia dan jika syarikat yang dipilih mempunyai ciri-ciri seperti syarikat-syarikat tersebut, anda berada di landasan yang tepat. Berusahalah, anda pasti berjaya.

PENDAPATAN DARI MLM

Mungkin ramai di antara kita yang pernah mendengar bahawa pemimpin-pemimpin dalam syarikat-syarikat MLM memperolehi pendapatan berpuluh ribu malahan ratusan ribu sebulan. Jika benar, di mana logiknya? Dalam MLM, imbuhan dibayar berdasarkan jumlah barangan atau perkhidmatan yang dibeli oleh individu-individu dalam organisasi anda.

Oleh kerana setiap individu hanya membeli setakat yang termampu untuk kegunaan masing-masing, satu organisasi yang besar diperlukan untuk menghasilkan jualan kumpulan yang besar dan seterusnya bonus yang besar.

Sebagai contoh, katakan dalam tempoh satu tahun dari sekarang anda berjaya membina rangkaian seramai 1000 orang dan setiap ahli rangkaian membuat pembelian bulanan sebanyak RM 150. Jumlah jualan kumpulan anda adalah RM 150,000. Jika bonus anda adalah 10%, anda akan menjana RM 15,000 sebulan! Tambah jumlah jualan kumpulan anda, tambah bonus anda.,

KEGAGALAN DALAM MLM

Walaupun terdapat banyak kisah-kisah kejayaan dalam MLM, namun terdapat ramai di antara kita yang masih gagal mencipta pendapatan dalam industri ini. Berikut adalah beberapa punca kegagalan:

1. Kegagalan menangani penolakan dari prospek-prospek yang ditemui.
2. Terlalu bergantung kepada ‘upline’ untuk berjaya dari berusaha sendiri.
3. Gagal mengekalkan semangat ingin berjaya disebabkan oleh tekanan atau halangan.
4. Mempercayai kejayaan boleh dicapai tanpa usaha keras.
5. Gagal menyampaikan apa yang ditawarkan oleh industri ini kepada bakal pengedar dan bermacam lagi.

Secara ringkasnya, faktor-faktor tersebut akan menyebabkan pengedar gagal membina rangkaian yang besar dan seterusnya pendapatan yang diinginkan tidak boleh dicapai.

Setelah kajian mendalam dilakukan, Kumpulan Perintis FELDA MALAYSIA dot com telah mengambil inisiatif untuk menyatukan mereka yang mempunyai keyakinan terhadap industri MLM, mereka yang ingin mengubah nasib diri, penganggur, pokai, lepasan universiti atau sesiapa sahaja yang dahagakan kejayaan.

Klik disini untuk megetahui mengenai MLM Terbaru dari Kerajaan Malaysia

 

Bakal-Bakal Usahawan Luar Biasa akan di paparkan didalam halaman ini sebagai satu cara promosi PERCUMA untuk anda. Klik disini.

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1