HISTORYCAMPUSACADEMICSEDUCATION





The purpose for this website has been created was to educate people all over the world about what is the type of food from around the world and more :

  • History of University Teknikal Malaysia Melaka

  • The Campus Of UTEM

  • Academics in UTEM(Faculty Of Manufacturing Engineering)

  • Academic System



Perpustakaan UTEM

            Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) was established as a result of the re-branding of Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) Section 8 of the University and College University Act 1971 (Act 30) under the Universiti Teknikal Malaysia Melaka Enactment (Pemerbadanan 2007), which was gazetted as P.U. (A) 45/2007 on 1 February 2007. The UTeM Library has been in operation since 10 June 2001, serving 348 pioneer students at the Temporary Campus in Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.


            On 5 September 2005, the Library was relocated from the Temporary Campus to the Industrial Campus, which began its operation on 12 September 2005. With an area of 2,229 square meters, the Library could accommodate approximately 400 users. Moreover, the Main Library (432 square meters), provides a seating capacity of 120 users which caters to the needs of students from both the Faculty of Electrical Engineering (FKE) and the Faculty of Electronics and Computer Engineering (FKEKK).



            The Library has also opened a branch in the City Campus, Jalan Hang Tuah, Melaka, on 1 October 2007, to provide reference facilities for the post graduate students at the Institute of Technology Management and Entrepreneurship (IPTK) as well as the University. On 8 July 2009, the UTeM Library moved its location from the Industrial Campus to a new building at the Main Campus, Durian Tunggal. It started its operation on 29 September 2009.



            The Library at the Main Campus (10,063.68 square meters) provides a seating capacity of 500 users at any one time. The Industrial Campus Library was closed on 3 September 2009. On 21 April 2011, the Library opened a branch at the Industrial Campus, Hang Tuah Jaya, Melaka to provide reference facilities for the students from both the Faculty of Mechanical (FKM) and Faculty of Technology Engineering (FTK). With an area of 2,229 square meters, the Library can accommodate approximately 400 user.



            At the end of January 2017, the Library had a total collection of 110,455 printed titles including 22 database titles. The collection includes engineering materials related to the areas of Electrical Engineering, Electronics and Computer Engineering, Mechanical Engineering, Manufacturing Engineering, Information & Communication Technology Engineering, and Technology Management & Entrepreneurship and Engineering Technology. In addition, there are also collections of other scientific fields such as physics, chemistry and mathematics.



            The expansion of this resource of knowledge has enhanced the features of the existing facilities to meet the research, teaching, and learning needs. The Library has adopted the Integrated Library Management Utility (ILMU) program to manage its computer system. This system enables users to gain convenient and quick access to the information of the facilities or collections available at the Library. The search for the Library collection is available by accessing WebOPAC, an online library catalogue.




Bangunan Canselor



            Y.Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Hadenan Bin Abdul Jalil dilahirkan pada tanggal 22 Februari 1946 di Kampungku Sayang, Bukit Baru, Melaka.  Beliau mendirikan rumahtangga dengan Y.Bhg. Puan Sri Faridah binti Abdul Hamid dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

            Tan Sri Datuk Dr. Hadenan Bin Abdul Jalil mendapat pendidikan awal di Tengkera English School dan seterusnya menyambung pendidikan menengah di Gajah Berang School sehingga tingkatan lima  sebelum menyambung pengajian di peringkat menengah atas di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.  Setelah menduduki peperiksaan Higher School Certificate (HSC), beliau mendapat tawaran biasiswa MARA untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dengan pengkhususan dalam bidang perakaunan. Tiga tahun kemudian beliau menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan di Asian Institute of Management, Manila dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Henley Management College / Brunel University, United Kingdom.

            Sebaik sahaja menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kewangan pada tahun 1970. Usai pengajian diperingkat Ijazah Sarjana pada tahun 1975, beliau ditempatkan di Bahagian Cukai sebagai Ketua Penolong Setiausaha.

            Pada tahun 1984, beliau dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa dan seterusnya sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan dua tahun kemudian.  Pada tahun 1991, beliau dilantik sebagai Setiausaha Bahagian Kewangan. Setelah genap berkhidmat di Kementerian Kewangan selama hampir 28 tahun, beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada tahun 1998. Sembilan bulan kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Kerja Raya.

                Pada tahun 2000, Tan Sri Datuk Dr. Hadenan Bin Abdul Jalil telah di lantik sebagai Ketua Audit Negara di Jabatan Audit Negara sehingga tahun 2006. Setelah bersara Tan Sri Datuk Dr. Hadenan Bin Abdul Jalil masih aktif dalam bidang perniagaan dan sektor swasta. Pengalaman luas Tan Sri Datuk Dr. Hadenan Bin Abdul Jalil dalam bidang pengurusan dan kewangan mendapat pengiktirafan banyak pihak dan beliau kini merupakan Ahli Lembaga Pengarah Maybank Berhad, Ahli Lembaga Pengarah Maybank Islamic Berhad,  Pengerusi Protasco Berhad, Pengerusi THP Sinar Sdn. Bhd., Pengarah Unilever (M) Sdn. Bhd., Penasihat Kumpulan Pembangunan Sinar Jernih Sdn. Bhd., Pengerusi PNB Commercial Sdn. Bhd. dan Ahli Supervisory Board ABBank Vietnam.



            Y.Bhg. Datuk Wira Ismail bin Saleh dilahirkan pada tanggal 25 Februari 1953 di Tangga Batu, Melaka. Beliau mendirikan rumahtangga dengan YBhg. Datin Wira Saudah binti Rahmat dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

            Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Dengan Kepujian) pada tahun 1975. Komitmen kerjaya beliau yang tinggi tidak menghalang beliau daripada menimba ilmu pengetahuan. Justeru itu pada tahun 1979, beliau telah menyertai Program Kaunselor Perdagangan yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Antarabangsa Jerman dan diikuti Program Pengurusan Lanjutan Harvard pada 2007. Beliau turut menghadiri pelbagai kursus, seminar dan bengkel anjuran pelbagai pertubuhan atau organisasi dalaman mahupun antarabangsa iaitu INTAN, ASEAN, EEC, APEC, JICA, KOTRA dan Pertubuhan Perdagangan Taiwan.

            Datuk Wira Ismail Saleh mempunyai pengalaman yang luas di Sektor Perkhidmatan Awam dengan pengalaman selama 36 tahun.

            Beliau memulakan karier sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pengalaman dan peranan beliau dalam bidang perdagangan antarabangsa semakin menyerlah apabila diberi kepercayaan selaku Penolong Pesuruhjaya Perdagangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di San Francisco (1980), Pesuruhjaya Perdagangan, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia di Singapura pada tahun 1982 dan jawatan yang sama di Paris pada tahun 1988.

            Beliau seterusnya menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Pembangunan Industri sebelum dilantik sebagai Pengarah Kanan di SME Corporation. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Sokongan Perdagangan, Pengarah Kanan Bahagian Hubungan Perdagangan serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

            Datuk Wira Ismail bin Saleh telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2005 sehingga 2008. Mulai tahun 2008, beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi (KPPK). Beliau bersara dari perkhidmatan awam pada tahun 2011.

            Hasil sumbangan besar beliau kepada Negara, Kerajaan Negeri Melaka telah mengiktiraf dan menganugerahkan beliau Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Wira disamping penganugerahan Darjah Seri Melaka (D.S.M.) dan Darjah Kebesaran Persekutuan, Kesatria Mangku Negara (K.M.N.).

            Datuk Wira Ismail bin Saleh juga pernah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di pelbagai organisasi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Pada ketika ini, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Tradewinds (M) Berhad, Pengerusi Eksekutif MARDEC Berhad dan Pengerusi Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. Beliau turut dilantik menganggotai ahli lembaga pengarah Tradewinds (M) Bhd., Tradewinds Plantation Bhd, Padiberas Nasional dan Gula Padang Terap Sdn Bhd.

            Datuk Wira Ismail bin Saleh telah dilantik sebagai Pro-Canselor Kedua UTeM selama tiga tahun berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2013 hingga 30 September 2016.