Selamat Datang Ke Weblog Firdee Firdaus...
  Hari Ini : 
 
.:About Firdee:.
Nama saya Firdee Firdaus. Nama dalam IC ialah Muhamad Firdaus bin Alias. Masih stadi lagi kat UPUM-Professinal, Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Sistem Komputer.Umur saya baru mencecah 21 tahun.
.:Firdee ID:.
[Friendster] [email protected]
[Kawanster] FirdeeFirdaus
[Myspace] [email protected]
[Y!M] firdee82
[MSNM] [email protected]
.:Tarikh Penting:.
[13/5] B'day Emak
[22/5] B'day Cda
[28/5] B'day Ayah
.:Events:.
UPUM
[19/04/04] Daftar tahap 3
[13/05/04] Test PPL thp 2
[03/01/05] Start LI
[19/03/05] Habis LI

LAIN-LAIN
 
.:Mood of  Da' Day:.

 

.:Firdee Reminder:.
 - Ambil MyKad 3/5/04
.:Firdee Fav. Link:.
 = Friendster =
 
= Myspace =
 
= Utusan Malaysia =
 
= TV3 =
.:Weblog Pilihan:.
[nurul][fazz][ct cute][athariqk][sharina]
.:Firdee Fav. Link Banner:.
.::SESumpahStore! Store Muzik Anda::.
JIWANG.ORG [ Malay MP3 - VideoClip - WAP - Ringtone - Lirik Lagu ]
www.kawanster.com [jon join saya di sana]
Website tidak rasmi Siti Nurhaliza [created by Firdaus]
Website rasmi Siti Nurhaliza
.:Let's Talk:.
 
.:Waktu Sembahyang:.
 
Buku Tamu
[Read / Sign my guestbook]
>> Get a free Guestbook <<
.:Firdee Site Meter:.

 

 
 Selasa 27-4-04
 Ha...ha...ha...Cuti lagi...
Pagi˛ lagi dah bangun...takut terlepas monorail. Kol 6.50 pagi saya dah keluar nak ke monorail Chow Kit. Kol 7.00 pagi monorail pertama sampai kat stesen Chow Kit. Sampai kat KL Sentral kol 7.30 pagi. Terus gi beli tiket Putra nak ke stesen Universiti. First train tak dapat naik coz org terlalu padat kat dalamnya cam sardin. Train kedua tak ramai org. Sampai kat stesen U kol 8 pagi. Kat sana satu lagi hal...nak tunggu teksi. Perghh...terlupa plak time camni org tgh nak gi keje. Jam gile. Tunggu punya tunggu satu teksi pun tak nak brenti dan semuanya penuh ngan manusia. Akhirnya setelah sejam menunggu baru le dapat teksi. Sampai MC kol 9.20 pagi. Sampai kat bilik Arem tipon dia ckp takde klas lagi. Dia kata start lepas PPL. Tipon En. Zairul dan dia ckp yg sama gak. So holidah la lagi 2 minggu. Hoorayyy!!!...

Firdee Firdaus[12.00 TGH]


 Selasa 20-4-04
 Hampeh!!!...
Harini pagi-pagi lagi dah bangun sbb tak nak terlajak tido. Bertolak dr MC ngan bebudak ni kol 9 pg ke DK2, sampai je kat sane bebudak semua tengah lepak kat luar DK2. Sorang pensyarah pun takde menunjukkan batang idung mereka. Tungu punya tunggu sampai kol 10.30 pg takde lagi pensyarah yg datang. Hampeh tol lah. Suruh kita datang awal tapi sampai la ni tak sampai-sampai. Hampeh..hampeh... Ni la UPUM-Professional. Pro la sangat. Kol 11pg baru le diorang sampai ngan portfolio. Dok dalam dk 30 minit lepas kasi portfolio terus balik MC...

Firdee Firdaus[12.00 TGH]

 sambungan...[9.30 MLM]
Cerita hari ini: Senario Gelak Kaya (Ha...Haha..haha..Gelak Kaya!!!)
Klaka gile cite senario gelak kaya tadi. Hmm...minggu ni tema diorang org zaman batu. Memang sape yang masuk game show ni kena tebalkan muka sebab permainan dalam show ni kekadang memalukan pun ade. Tapi duit punye pasal tu yg diorang tak kesah. Episod minggu ni tak mencabar sangat. Hmm...pepehal pun senario tetap no. 1 kat Malaysia nih. Semua bangsa pun minat giler kat diorang. Tengok je la tadi, majoriti cine yang jadi juri awam...

Firdee Firdaus[9.45 MLM]


 Isnin 19-4-04
 Hari ni daftar tahap 3...
Wah...naik satu lagi tahap dalam stadi saya. Kol 2 ptg saya dan membe˛ start mendaftar utk tahap baru. Tapi kali ni tak best sebab ramai membe˛ sekelas yang tak mendaftar utk kemasukan april ni. Diorang nasuk bukan 5 akan datang. Hmm...sekarang dah tak sekelas macam tahap lepas lagi. Tak ramai yang daftar intake april ni sebab ramai yg kena retest. Kol 4 ptg habis segala proses pendaftaran dan sesi taklimat. Hmm...esok start isi portfolio utk tahap 3 plak. Letih...

Firdee Firdaus[11.14 MLM]


 Selasa 6-4-04
Lagu hari ini: Angels Brought Me here - Guy Sebastian & Shut Up - B.E.P.
Hmm...akhirnya assignment dah pun dihantar kat En. Amir dan dah pun dimasukkan dalam portfolio. Fuh...lega rasa hati ni. Esok boleh la balik rumah. Hmm...boring gak dok bilik sensorang ni. Orang lain semua dah balik. Lambatnye masa berlalu nak sampai ke pagi esok. Hmm...Tv lak petang-petang cenggini takde pulak cite yang best yang boleh ditonton. Hari ni download dua lagu baru, lagu sebastian ngan BEP. Best giler lagu depa ni. Sebastian ni rupenye org Seremban. Heh...orang Malaysia rupenye...
Firdee Firdaus[5.48 PTG]
 Sambungan... [9.31 MLM]
Heh...klaka gile la cite Senario Gelak Kaya tadi...hehe...entah ape˛ cabaran ntah yang depa kasi kat peserta tadi. Tapi, hari ni semua peserta dapat bawak balik duit. Memang betul lah. Penonton bergelak sambil tengok peserta jadi kaya. Heh...tengok cite Sembilu la plak...
Firdee Firdaus[9.35 MLM]

 Isnin 5-4-04
Berapa senang beta punya hati.Huh...akhirnya siap jugak assignment PC Fair ni. Baru lega rasa hati ni. So, esok boleh hantar kat En. Amir dan pastu boleh balik rumah. Yippeee!!!...Dah dua bulan tak jenguk mak ngan adik kat rumah tu. Selalu gak mak tanya bila nak balik. Haa...ni assignment dah abis boleh la balik...relax sepuas puasnya kat rumah. Sekejap je dah setahun saya blaja kat KL ni. Duduk kat KL setahun tapi keluar gi Midvalley baru 2 kali. Heh...kalau masa blaja kat kuantan dulu boleh la tiap˛ minggu keluar gi tengok wayang sebab nak ke panggung takyah pakai duit. Menapak je dah sampai megamall. Tapi kat KL ni, nak pi tgk wayang nak kena bayar bas/teksi. Tu la sebab musababnye baru 2 kali keluar bandar. Heh...
Firdee Firdaus[3.38 PTG]

 Ahad 4-4-04
Hah...hari ni adalah hari yg boring lagi sebab bagun tido je terfikir balik tentang assignment. Malasnye rasa nak siapkan assignment ni. So, saya ambil keputusan harini taknak buat assignment tu lagi. Esok aje la buat. Sebelum hari rabu depan mesti kena siap dan hantar kat En. Amir. Tak larat dok kat hostel ni lagi sebab membe˛ semua dah senang lenang kat rumah. Apasal lah mood nak buat assignment tu tak de. hmm...kena paksa ni.
Firdee Firdaus[7.16 MLM]
 sambungan...[10.37 MLM]
Tengah tengok penutup karnival Sure Heboh!! Sarawak. Uih...sambutan depa yang paling ramai saya pernah tengok la. U rawk Sarawakian!!. Ada satu kumpulan hip hop baru dari Sarawak, boleh tahan gak diorang tu. Hmm...assignment tak buat˛ lagi. Ape nak jadi la ko ni Firdee. Esok je la buat. No mood to do it. Wah sekarang waheeda buat persembahan. Stop kat sini la mlm ni.
Firdee Firdaus[10.44 MLM]

 Sabtu 3-4-04
Hari ini adalah satu hari yang boring sebab ramai bebudak dah balik. Sebenarnya hati ni memang nak balik rumah sesangat tapi apakan daya assignment PC Fair 2004 tak siap lagi. So, hari ni kena paksa mood nak buat assignment tu datang. Kalau tak nanti tak leh siap so lagi lambat dapat balik rumah. Menjelang petang siaplah bahagian 2 untuk assignment tu. Esok sambung balik untuk siapkan bahagian pertama pulak.
Firdee Firdaus[10.08 MLM]

 Jumaat 2-4-04
Cerita hari ini: 50 First Dates
Hari ni kena siapkan portfolio sebab cik Fiza hari ni dia last kat UPUM. So, segala urusan berkenaan portfolio kena siapkan sebelum dia berhenti dari UPUM ni. Heh, tahap depan entah dapat pensyarah baru atau kena bubar kelas. Harap˛ kelas kitorang tak dibubarkan. Petang pergi Midvalley jalan˛ dan tengok wayang. Kitorang tengok cerita 50 First Dates lakonan Drew Barry ngan Adam Sandler. Kelakar gile cerita tu. Kalau pergi Midvalley ni yang tak bestnye time nak balik la. Punye la susah nak dapat teksi. Ditambah pulak tu hari hujan. Perghh...lagi le susah nak dapat teksi. Orang pulak asyik potong line. Kita tunggu kat depan beratur, diorang tahan teksi kat belakang. Panas beb...
Firdee Firdaus [11.00 MLM]
 
© 2004 Hakcipta Terplihara FirdeeWeblog.cjb.net                                   Email Saya: [email protected], [email protected]
Hosted by www.Geocities.ws

1