~ Kenali Daku ~

Nama: Muhamad Firdaus bin Alias
D.O.B: 271282
P.O.B: Hospital Assunta PJ
Hobi: Melayari Internet, Melukis
Novel Pilihan: Karya R.A.Mursyid
Penyanyi Pujaan: Siti Nurhaliza
Study Update: Lavel 3 SKM
My other webbie:
FirdauSiti
 

 ~ Internet ID ~

Friendster: [email protected]
Kawanster: FirdeeFirdaus
Myspace: [email protected]
Y! MSGR: firdee82
MSN MSGR: [email protected]
 

~ Tarikh Penting ~

- Daftar Kolej Risda (9/8)
 

~ Wish List ~

- Kamera Digital
- Jumpa Siti Nurhaliza face 2 face
 

~ Apa Kena Buat/Ingat ~

- Cek IKIP tak dapat lagi
 

~ Mood Hari Ini ~

 

 

Lame Dah Tak Mencoret                   23.8.04

Hmm...dah lebih 2 minggu tak mencoret kat sini. Akademi Fantasia 2 pun dah habis minggu lepas. Rasa boring lak bile AF takde. Tak dapat nak tengok gelagat cute Farah bermanja ngan si Jonny tu. Saya suka part kalo si Farah panggil Jonny "Joooonnnyyyyy.....". Mmg cute sangat suare dia. Semalam membe-membe FFC(Farah Fan Club) dah pun dapat jumpe Farah face 2 face ketika Gath FFC kali pertama di Putrajaya. Best je tengok diorang dapat jumpe ngan Farah. Saya ni jauh so tak leh la nak pi sebab esoknya (harinilah) kelas kol 8.30 pg. Hmm...takpelah. Mungkin Gath kali kedua boleh pegi kot. Tapi takut time tu si Farah ni dah populer la plak. Ye lah...bile dah populer ni susah la nak gi ke Gath yg peminat buat. Contoh paling senang CT la. Sapa lagi. Hmm...anyway saya enjoy tgk gambar yg diorang amik masa Gath semalam. Kalo sesiapa nak tgk klik sini. Farah oh Farah....

 

Daftar Kolej Baru                                 9.8.04

Pagi tadi (kol 9.30) saya gi daftar kat kolej risda untuk menyambung pengajian tahap 3. Hmm...kolejnya taklah se sibuk kolej lain yg pernah saya masuk sebelum ni. Masa sampai tadi baru 4 org yg mendaftar diri dan doirang cakap untuk tahap 3 cuma ade satu kelas je (24 orang). Hmm...kira orait la jugak. Takdelah serabut kelas nanti. Masa daftar kena bayar RM 800 dan selebihnya secara ansuran lepas ni. Hmm...orang-orang kat kolej risda ni kira baik dan peramah la jugak. Suasananya mmg tenang sekali sebab kolej ni terpencil sket dan mmg tempat yg sesuai utk blaja. Esok ade pre-test untuk kitorang yg baru masuk ni dan lepastu barulah ade taklimat. Hmm...harap-harap ni adalah kolej yg terakhir untuk saya sebab dah tak larat nak tetukar tempat blaja. Poning kepalo den.

 

Farah Ke Final                                        8.8.04

Setelah menanti dengan penuh debaran selama 2 jam setengah akhirnya terjawab juga bila Aznil mengumumkan Farah akan ke Final. Huhuhu...memang seronok gile time tu. Konsert ke 9 semalam mmg penuh dengan debaran dan kezutan. Memula masa Aznil memperkenalkan pengkritik-pengkritik utk malam tu saya terkezut gile bile pengkritik pertama adalah pakcik MMA(Macam-Macam Adaaaaa...). Selepas semua pengkritik diperkenalkan Zahid adalah pelajar pertama yg membuat persembahan. Kejutan utk zahid ketika dia sedang menyanyi keluarlah M.Daud Kilau dari belakang pentas sambil menari. Selepas selesai si Zahid ni membuat persembahan si pakcik MMA ni pun kritik la tapi yg peliknya si pakcik nik pergi kritik yg tarian M.Daud Kilau mmg bagus. Satu dewan tergelak sebab pakcik tu pi komen si M.Daud Kilau plak. Rupa-rupanya kezutan utk Zahid bukan M.Daud Kilau aje. Tetiba dengar suare Misha Omar menyanyikan lagu BBC dan dia pun keluar dari belakang stage. Akhirnya tercapai gak impian si Zahid utk bertentang mata dengan Misha. Misha siap suapkan cekodok kegemaran Zahid  ke mulut Zahid lagi. Itulah kezutan yg saya rasa paling best malam semalam. Pelajar yg terkeluar semalam ialah Mas. Tapi Mas tak nangis seperti konsert yg lalu dimana kengkawan dia terkeluar. Mas senyum je. Mungkin hajatnya selama ni utk terkeluar dah termakbul kot. Mungkin selama ni dia nangis bila kengkawan dia terkeluar sebab dia rasa dia yg patut terkeluar. Hmm...ntah la. Tu andaian saya je. Satu lagi kezuta yg saya tak gemar ialah bila pengetua Ramli MS buat pengumuman yang bukan 5 pelajar yg akan bertanding masa final tapi 6 pelajar. So, peminat boleh mengundi sesiapa diantara 7 org pelajar yg telah terkeluar untuk diundi masuk bagi bertanding dengan top 5 semasa final minggu depan. Hmm...ramai gak yg tak puas hati Astro buat cam tu sebab pelajar yg akan dimasukkan semula nanti dah didedahkan dengan suasana di luar tetapi top 5 tak tau papepun pasal dunia luar. Maknanya dah takde kezutan lagi la bagi pelajar AF yg lain sebab sesiapa yg masuk nanti leh cite perkembangan diorang. Hmm...tak tau la nape astro wat camtu. Pepehal pun Farah dah grenti akan ke final. So, Afundi Farah!!!. Jangan lupa juga untuk mengetahui keputusan siapa yg akan dimasukkan semula pada malam ni jam 8 di dalam Diari Khas AF di astro ria.

 

Farah Nasihat Adam                            3.8.04

Di dalam Diari Akademi Fantasia malam semalam (8.30 mlm) saya dapat lihat kematangan Farah dari segi bagaimana dia menasihatkan si Adam yg dah putus asa dengan dirinya sebab mendapat lagu yg dia tak minat. Apa yg dapat saya lihat walaupun Farah sentiasa menduduki tangga terbawah carta setiap minggu tetapi dia tetap tak cepat mengalah seperti apa yg dapat kita lihat berlaku pada Adam semalam. So, moral of da cerita is "jangan mengaku kalah sebelum berjuang". Farah memang BEST!!!

 

Farah Bawah Lagi                                 2.8.04

Nampaknya hari ni undian untuk Farah tidak dapat mengatasi undian untuk pelajar lain. So, Farah sekarang di tangga terbawah sekali lagi. Hmm...takpe. Malam konsert sabtu ni insyaallah Farah akan membuat kejutan lagi. Harap-harap la. So, kepada membe-membe yg minat kat Farah AFUNDI lah si Farah ni. Sesiapa yg nak menjadi ahli kelab peminat Farah (FFC) silalah taip Farah's Fan <Nama Penuh> Dan Hantarkan Kepada 016-2345995. Semoga ahli FFC akan bertambah lagi.

 

Farah Masih Kekal                                1.8.04

Memang berbaloi undian saya pada malam tadi sebab Farah tak terkeluar untuk konsert yang ke 8 ini. Apa yg dapat kita lihat Linda yg pada mulanya menjuarai carta telah tersingkir. Terperanjat jugak memula tu. Tapi ade logiknye jugak. Maybe pengundi Linda undi Linda dengan sambil lewa sebab Linda di kedudukan pertama di awal konsert. Selepas menonton imbasan AF kol 1 ptg tadi saya terperanjat sebab selepas undian ditutup semalam, Farah berada di tangga pertama. Ini adalah rekod terbaik Farah sepanjang berada di AF. Hope minggu depan bukan Farah yg keluar sebab saya mmg nak tgk Farah ketika final konsert nanti dan terus menjadi juara AF2. AFUNDI FARAH...

 

~ Membe Blog ~

[nurul][azmie][puppet][ucu][acid]
[fieda][charm][zuril][mykelisa]
[tok rimau][fazz][ct cute][athariqk]
[sharina][abrar][adik][ayie][amyz]
[shahirah][fird][futra][ella][aiskrim]
[kiku-kuki]
 

~ Website Best ~

[Utusan Malaysia][SitiZone][TV3]
[Kawanster][Friendster][Myspace]
[Jiwang][WWE][FirdauSiti][Sesumpah]
[Akademi Fantasia][Farah AF]
 

~ Catatan Lalu ~

[April][Mei][Jun][Julai]
 

~ Cakap Je ~

 

 ~ Dibayar Untuk Baca Email ~

 

~ Penghargaan ~

[Myshoutbox][s15][Geocities]
[CJB.Net][FreeGB][WebApps]
 

 ~ Buku Tamu ~

[Read / Sign my guestbook]

 

1 user online

Hosted by www.Geocities.ws

1 1 1