| 1998-
ORITAKE MARKETING SDN BHD -
Bermulanya kisah aku sebagai pekerja. Sebaik sahaja peperiksaan berakhir,
aku mendapat pelepasan dari keluarga untuk berhijrah.Jadilah aku sebagai
anak perantau bermula April 1998. Aku bekerja disebuah syarikat jualan
langsung dan awalnya aku tidak mengetahui itu adalah sebuah syarikat yang
menjalankan kerja menjual peralatan dari rumah ke rumah.
Sales Asistant! itulah
jawatanku Bagiku kerja ini amat mencabar.perlukan
kesabaran,ketabahan,tekanan dan bermacam lagi. Tetapi mendapat pulangan yang
lumayan.Aku mula jadi seronok bekerja disamping dapat menikmati
temapt-tempat menarik yang selama ini belum pernah aku kunjungi. Aku mula
mengenali pelbagai sikap dan ragam masyarakat.Pelbagai cemuhan dan kata-kata
kesat yang aku terima, namun tidak mematahkan semangatku. Selama setahun aku
menceburi bidang ini dan terasa ingin ku mencari pengalaman lain. Pada Jun
1999 aku berhenti dan bekerja disebuah restaurant makanan segera iaitu A&W
di Kuantan, dan hanya bertahan selama 6 bulan sahaja memandangkan aku
mendapat tawaran belajar di Melaka. Aku menyahut cabaran tersebut. 1999 - A&W MALAYSIA - Tahun ini aku masih di Kolej dan aku terpaksa bekerja sambilan untuk meringankan beban keluarga. Aku bekerja di A&W Malaysia di Melaka pula. Sebelah pagi aku belajar dan malamnya pula aku bekerja.Aku mula rasa seronok walaupun aku tidak dapat bersosial seperti pelajar yang lain.Masaku amat terhad.Namun kuteruskan sehingga habis pengajianku dan aku terpaksa berhenti bekerja kerana aku menjalani latihan industri. Aku menjalani latihan industri di sebuah Syraikat Production House di Serdang. 2002 - ALPHAFLEX SDN BHD - Selesai menjalani latihan industri aku ditawarkan bekerja dengan syarikat tersebut sebagai Penolong Pengarah2.Aku membuat kajian, skrip untuk beberapa vedio dan dokumentari. Aku amat beruntung kerana banyak tempat yang aku kunjungi untuk membuat pengambaran.Contohnya seperti Istana Sultan Kedah, kawasan-kawasan pendalaman orang asli, dan banyak lagi tempat yang aku kunjungi. Namun aku terpaksa berundur dari syarikat ini pada Jun 2003 memandangkan kontrak telah tamat dan syarikat kurang mendapat projek pada masa itu. aku menjadi pengannggur seketika dan kerana tidak lagi mampu menampung hidup aku terpaksa bekerja disebuah kedai runcit 24 jam iaitu 7-Eleven di Shah Alam. Banyak perkara negatif yang berlaku di tempat kerjaku dan hanya bertahan selama 6 bulan sahaja. Aku kembali ke Melaka untuk mencuba nasib dan sebuah syarikat konsultant..... 2004 - ARKITEK OTHMAN KASSIM - Akhirnya aku mendapat pekerjaan sebagai kerani di syarikat ini pada Januari 2004. Walaupun gaji yang ditawarkan agak rendah namun ia mampu menampung hidupku.Pelbagai kerja yang aku lakukan di situ termasuklah menyediakan gaji bulanan untuk setiap pekerja.Semua tentang pengurusan dan kewangan aku yang uruskan.Walaupun kerja dan tekanan begitu banyak, namun aku terfikir apa yang aku lakukan adalah satu pengalaman yang spontan aku dapat.Pelbagai pembelajaran yang aku terima membuatkan aku mampu bertahan. Kadangkala aku berfikir, sampai bila aku ingin jadi begini? Diploma aku tidak diiktiraf kerajaan itulah yang menyebabkan aku susah untuk mendapat pekerjaaan dan aku kekurangan kabel untuk menempatkan diriku sebagai warga kerajaan.Dalam pada masa ini aku berusaha mendapat pekerjaan lebih baik dan terjamin masa depanku.Dalam sibuk-sibuk aku mencari pekerjaan, aku terbaca tentang iklan kemasukan ke UPM untuk program eksekutif. Tanpa berfikir panjang terus sahaja aku mendaftarkan diriku di sana dan rezeki menyebelahiku aku diterima masuk belajar pada November 2004 sebagai Pelajar Eksekutif, Bacelor Komunikasi. Aku terpaksa berhenti di syarikat tersebut kerana aku berulang setiap minggu untuk meneruskan pelajaranku.Pada Julai 2005 aku berhijrah lagi ke Shah Alam. 2005 -MCDONALDS MALAYSIA - Aku berehat selama sebulan dan kini aku bekerja di Mcdonals Malaysia di Shah Alam sebagai Floor Manager. Sebagai Pengurus bawahan banyak tekanan yang aku lalui, namun aku terpaksa jua menempuhi kerana inilah jalan yang aku pilih. Walaupun pekerjaan ini adalah luar daripada minatku demi pelajraan aku terpaksa jua. Aku akan bertahan selagi mampu kerana ini lah satu-satunya punca pendapatan dan juga untuk menampung pembelajaranku. Sehingga kini aku masih belum dapat mencapat matlamatku untuk menjadi seorang yang berjaya serta membalas jasa keluarga. Aku harap selesai sahaja aku menerima segulung ijazah, aku akan dapat capai segala impianku......... |