Jika
kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun
dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua
kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk
mendengar dan dua mata untuk
melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan
sekeping hati pada
kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi
hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika
kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali
menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu
masih tidak dapat
melupakannya. Cinta datang kepada orang yang
masih mempunyai harapan walaupun mereka
telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka
telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin
mencintai, walaupun
mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka
yang mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali
kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
tersayang sehingga dia meninggal dunia,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan
kata-kata cinta itu pada pusaranya.
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang
tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada
hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta
dengan orang yang
salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita
harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih
emas, keruh
menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi
telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi
rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai
seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi
lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan
kamu tidak pernah
memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu
kepadanya. Seandainya kamu
ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti
menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu
mencium harum mawar
tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri
mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu
bertemu seseorang
yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan
bahawa pada akhirnya
menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya
pergi. Kadangkala kamu
tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh
hati, sehinggalah kamu
kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan
kerana perginya tanp berpatah lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia
sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi
kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih
pahit dari hempedu.
"Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun
demikian, dara dan teruna
tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana
dianggap seperti lautan
madu." [Raja
Pedang Deir]
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat
membuat orang sihat
menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang
normal menjadi gila,
orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika
cintanya itu disambut
oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang
kamu
sayangi atau cintai
tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan
apa yang kamu benci
tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada
perempuan ertinya alam.
Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada
mati ertinya hidup dan
cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang
yang bahagia dalam
bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor
ikan. Lemparkan pula
seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang
roti, pasti ia akan
mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua Bahasa
manusia dan alam,
tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,
dirimu tak ubah seperti
gong yang bergaung atau sekadar canang yang
gemerincing. Cinta adalah
keabadian, dan kenangan adalah hal terindah yang
pernah dialami.
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yang
pandai menilai
cinta kerana cinta bukan objek yang boleh di lihat
oleh mata kasar.
Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan
perasaan. Cinta
mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan meniupkan
kehidupan padanya serta membuat budak menjadi
pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu
cintai menjadi dirinya
sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang
kamu inginkan. Jika
tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri
yang kamu temukan di
dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
Namun apabila sampai
saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan
jangan biarkan dia pergi
dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta
bukanlah kata murah dan
lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta
adalah anugerah Tuhan
yang indah dan suci jika manusia dapat menilai
kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang
mudah. Tapi untuk
dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar
diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu
tak pernah hadir.
Cinta sesuatu yang mengasyikkan, ia boleh membuat kita
hilang kewarasan
fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai
menghayatinya.
Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah
tempat. Apa pun cinta itu
buta. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan
cinta yang suci tanpa
menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak
buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan
diperlukan.
Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah DIA menghampiri kita. berbeza dengan cinta manusia.. semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita.. kalau bertaut pun pasti terlerai, kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya... Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, karena cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. (Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub )
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..