Buah bongkar rahsia mu
Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Barnett, beliau
mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semula
jadi. Menurutnya lagi, kita mampu menilai personaliti seseorang
menerusi buah kegemaran masing-masing. Kaedah ini dikenali
sebagai `Science of
Fructology'.
Menurut Dr. Barnett, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan
alam semula jadi khususnya tumbuh-tumbuhan seperti buah- buahan.
Seperti manusia, buah-buahan juga mempunyai pelbagai bentuk, saiz
dan warna. Setelah hampir dua dekad mengkaji mengenai kaedah ini,
akhirnya Dr. Barnett dan ahli kumpulan saintisnya yang lain berjaya
menemui kaedah kajian personaliti manusia menerusi buah-buahan ini.
7 Kategori buah-buahan yang mempengaruhi kehidupan manusia:-
Jenis limau
Contohnya seperti oren, lemon, limau nipis dan limau barli.
Kamu cenderung kepada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang
mencabar. Rakan-rakan kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara
mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai
kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan-rakan kamu yakin
dengan nasihat dan pandangan kamu itu.
Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang
sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat,
namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya
peruntukan masa yang singkat untuk bersendiri. Kamu gemar berehat
dan bersendiri hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa
senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong
antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang
terluang itu dengan sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang
menyeronokkan kamu.
Buah-buahan tropika
Contohnya seperti, pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas.
Kamu sukakan pengalaman-pengalaman yang baru. Kamu gemar mencuba
pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan
sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi
masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu
tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu.
Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yang tenang
berbanding kamu dan semestinya si dia menerima diri kamu seadanya.
Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang sememangnya akrab
dengan kamu. Teman-teman beranggapan diri kamu seorang yang mudah
didekati dan gemar berseronok.
Hakikatnya kamu ada pendirian yang tersendiri. kamu tidak suka
menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling. Simbol kamu itu
melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar
berseronok.
Jenis Buah Ladang
Contohnya seperti epal dan pear.
Kata kunci di sini ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada
diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh
individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak
membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak
mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam
keperibadian diri mu.
Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri, kamu tidak
bergantung harapan kepada individu lain untuk hidup. Ramai yang
beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah
hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu
yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang kamu
miliki itu. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap perkara
yang kamu lakukan.
Jenis tembikai
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.
Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yang
memerlukan. Bagi diri kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya
membantu orang lain. Kamu berhati-hati dalam memilih tumbuhan-
tumbuhan yang ingin ditanam di sekitar tempat tinggal kamu. Kamu
memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian
yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau
kekecewaan dalam hidup. Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu
yang berhati-hati.
Buah-buahan jenis beri.
Contohnya seperti, blackberi, blueberi, strawberi, raspberi,
cranberi, anggur dan tomato.
Kamu gemarkan `party' dan keseronokan. Kamu suka
menggembirakan
orang lain. Kamu juga mudah mendapat teman baru kerana kamu adalah
seorang yang peramah. kamu akan berusaha melakukan apa sahaja untuk
menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang
agak pelik. Kamu bercita rasa unik. Hinggakan makanan yang menjadi
pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan-makanan yang
berperasa lain dari yang lain.
Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian
personaliti dalam diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun, keseluruhan
personaliti itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri
kamu yang unik dan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Simbol
kamu melambangkan kamu seorang yang berpersonaliti.
Jenis Kekacang
Contohnya seperti walnut, hazel, gajus dan lain-lain.
Kamu ni `moody' lah! Kadangkala mood kamu berubah-ubah
tanpa
sebarang sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu.
Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yang benar, kamu pasti
berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling
kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana kedegilan
kamu itu. Dalam percintaan kamu adalah individu yang setia. Kamu
sanggup mengenepikan teman-teman kamu hanya kerana ingin meluangkan
masa bersama kekasih hati kamu.
Untuk mengenali kamu, individu itu perlu memperuntukkan waktu yang
agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau
bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan
berhasil juga akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah
seorang yang berpendirian.
Buah-buahan jenis labu
Contohnya kundur.
Kamu berpandangan jauh. Bagi diri kamu, wujudnya pelbagai perkara
yang berlaku di dunia ini dan segalagalanya melebihi dari apa yang
mampu manusia lihat. Kamu adalah individu yang sering berperasaan
curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan
pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang
kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman
sekeliling mu. Teman-teman kamu akan bergantung pada kamu dan sikap
ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami
akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan
kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran-
cabaran mendatang. Kamu cenderung pada warna-warna yang pelbagai.
Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan
memiliki hati yang lembut.