WHO AM I?
AVANT GARDE WRITINGS
SARAWAKIAN LANGUAGE CLASS
A TRIBUTE TO SNEAKERS
25TH CLASS OF KML
THE SECRETS IN MY NAME
MY DEAREST SIBLINGS
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
MY BEST FRIENDS' WEBDINGS
ALL TIME FAVOURITES
DCE 3001
e-mail me!
[ sign my guestbook!] - [read my guestbook! ]
ASRAMA CEMERLANG
(sempena Karnival Asrama Cemerlang Kuala Lumpur 2000)
Semilir bayu menitip kerinduan
Pada lokarku, pada katilku
Pada dewan makan, pada surau
Yang hangat dalam unggun usia
Memercikkan sinar keinsafan
Rintik-rintik kasih di kejauhan
Dibiaskan pada warden seindah pelangi
Meniupkan seruling kebangkitan
Walau peluh hanyir merenik
Walau keluh getir tersedik
Di hati rentanya
Jangan dicoreng ukhwah kudus di bumi ini
Kita bertemasya
Menghimpun bicara mengasah akal
Malah
Nasi kawah sama dijamah
Memakmurkan surau berjemaah
Bahtera pencarian ilmu dikemudi
Hingga tiba detiknya
Kita melayah dengan sayap emas
Akan ku julang panji sebuah asrama
Dalam hiruk-pikuk kota, onak duri belantara
Kala bumi, laut, langit berentap
Menyemarakkan obor kegemilangan
Dengan bahang keazaman
Menyelusuri takah waktu
Asramaku tercinta, asramaku cemerlang