AHMAD FAISAL BIN ALIAS
Universiti Teknologi MARA
Kampus Seri Iskandar
32600 Bandar Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan
Malaysia
e-mail me: [email protected]


McDonnell Douglas A-4 Skyhawk

Pengenalan

A-4 Skyhawk (digelar sebagai 'Scooter' oleh para juruterbangnya) direkabentuk untuk memenuhi keperluan untuk sebuah pesawat serangan ringan yang dilancarkan daripada kapal pengangkut pesawat (carrier-borne light attack aircraft) bagi Tentera Laut Amerika Syarikat (U.S. Navy). Pesawat ini telah membuat penerbangan pertamanya pada 22 Jun, 1954. Beberapa model dan variasi telah dibina di antara pertengahan hingga akhir tahun 1960an terutama untuk U.S. Navy dan masih lagi digunakan dengan meluas oleh beberapa angkatan udara lain seperti Argentina, New Zealand, Australia, Singapura dan lain-lain. Pesawat ini masih aktif digunakan di Asia Tenggara untuk kegunaan kombat dan latihan manakala di Amerika Syarikat ia hanya digunakan dalam latihan (terutama sekali dalam Squadron-Squadron Aggressor 'Top Gun').

Perkembangan

Pada awal tahun 1950an beberapa pereka bentuk pesawat di Douglas Aircraft Company menjadi gusar dengan kecederungan kepada bertambahnya kompleksiti dan berat pesawat-pesawat kombat. Kumpulan ini yang diketuai oleh Ed Heinemann (falsafahnya 'Simplicate and Add Lightness'), mengemukakan cadangan sebuah pesawat penyerang dengan berat kasarnya yang kurang dari separuh dari berat spesifikasi rasmi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (U.S. Defense Department) 30,000 lb. Rekabentuk tersebut telah diterima oleh U.S. Navy (designasi A4D) dan kontrak awal telah diberikan pada Jun 1952. Pesawat ini telah diberi designasi baru sebagai A-4 oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada 1962 apabila sistem designasi baru kelengkapan ketenteraan Amerika digunakan.

First_A_4

Tidak seperti lain-lain pesawat 'carrier-borne' A-4 mempunyai lebar sayap yang agak kecil dan tidak perlu dilipat. Dengan itu pesawat ini muncul dengan sayap yang lebih ringkas dan ringan dan menghasilkan pesawat yang lebih ringan. Apabila ia terbang buat pertama kalinya pada 22 Jun 1954, A-4 (juga digelar Heinemann's Hotrod) dikuasai oleh enjin Curtiss-Wright J65-W-2 dengan kuasa tujahan statik 7,200 lb. Namun model-model pengeluaran A4D-1 (A-4A) menggunakan enjin-enjin J65-W-4 yang lebih berkuasa dengan tujahan statik 7,700 lb. Pesawat-pesawat Skyhawk yang pertama telah diserahkan kepada Navy Attack Squadron VA-72 (V melambangkan penerbangan {aviation}, A melambangkan serangan {attack}) pada Oktober 1956.

A_4Argie

Ketika dalam siri program ujian, Lt. (Navy) Gordon Grey dan A-4A telah mencatatkan rekod kelajuan dunia yang baru litar tertutup sejauh 500 kilometer dengan kelajuan 695.163 bsj (1,112.260 kmj). Skyhawk adalah pesawat penyerang pertama di dunia yang memegang rekod ini. Model seterusnya, A-4D-2 (A-4B) telah dilengkapkan dengan peralatan mengisi minyak di udara (samada sebagai penerima dan sebagai pesawat penangki), rudder berkuasa dan beberapa pengingkatan terhadap kekuatan strukturnya manakala model A-4D-2N (A-4C) yang terbang buat pertama kalinya pada 1959 telah mengintegrasikan peralatan radar di bahagian muncung dan sebuah 'ejection seat' yang lebih baik. Model A-4D-5 (A-4E) telah dilengkapkan dengan enjin Pratt and Whitney J-52-P-2 (tujahan statik 8,500 lb). (Tiada model diberi designasi sebagai A-4D kerana tidak mahu dikelirukan dengan designasi A4D di bawah sistem designasi lama yang lama)Enjin generasi baru ini yang mempunyai kadar penggunaan bahanapi yang lebih rendah telah menambah jarak penerbangan sehingga 25 peratus dari model-model sebelumnya. Satu versi dua tempat duduk A-4E (kemudian diklasifikasikan sebagai TA-4; T melambangkan latihan {training}) telah dihasilkan sebagai pesawat 'advanced trainer' oleh U.S. Navy.

A_4Argie

Model A-4F telah menggunakan enjin J52-P-8A (kuasa tujahan 9,300 lb) dan telah dilengkapkan dengan 'zero-zero ejection seat' (kerusi lenting yang dapat digunakan dengan selamat pada ketinggian 0 dan kelajuan udara 0; penujah roket yang digunakan oleh kerusi ini boleh melentingkan seseorang juruterbang sehingga setinggi melebihi 400 kaki di mana sistem payung terjun juruterbang tersebut boleh dan sempat berfungsi dengan sempurna) dan dengan suite peralatan elektronik yang baru dan ditempatkan di dalam bahagian bonggol di belakang kokpit. Satu ciri menyerlah Skyhawk adalah kemampuannya membawa dan melancarkan pelbagai jenis dan gabungan persenjataan/peralatan luaran (external stores). Model-model awal A-4 boleh membawa sehingga 5,000 lb bom, roket, peluru berpandu, tangki minyak dan pod-pod meriam/mesingan pada tiga stesen pylon, manakala model A-4E dan seterusnya boleh membawa sehingga 8,200 lb. pada lima stesen pylon. Persenjataan standard pada semua model adalah 2 laras meriam 20mm pada pangkal bahagian sayap dengan 200 butir peluru bagi setiap laras.

A_4Argie

A-4 Skyhawk telah digunakan dengan meluas oleh kedua-dua perkhidmatan U.S. Navy dan U.S. Marines dan telah memainkan peranan kombat yang utama dalam konflik di Asia Tenggara. Ianya juga telah dan sedang digunakan oleh banyak negara dengan pelbagai designasi dan peningkatan keupayaan dari segi suite-suite elektronik, enjin, airframe serta persenjataan. Sebagai contoh, Singapura pada tahun 1980an telah meningkatkan keupayaan A-4S Skyhawk mereka dengan memasang enjin General Electric F404-GE-100D (tujahan statik 11,000 lb.) dan lain-lain modifikasi dan diberikan designasi A-4SU dan TA-4SU 'Super Skyhawk'. Lain-lain negara adalah Kuwait (A-4KU dan TA-4KU), New Zealand (A-4K dan TA-4K), Israel (A-4N dan TA-4N), Australia (A-4G dan TA-4G)dan Argentina (A-4M dan TA-4M). Pada Februari 1979 pesawat A-4 yang terakhir telah dihasilkan dan pengeluaran telah dihentikan setelah 2,960 unit dibina. A-4 Skyhawk adalah sebuah pesawat penyerang-pengebom ringan yang amat 'versatile' dan merupakan pesawat utama U.S. Navy buat beberapa lama. Walaupun saiznya agak kecil ia berkemampuan membawa dan melancarkan banyak dan pelbagai jenis senjata udara seperti bom biasa, roket, dan peluru-peluru berpandu seperti Sidewinder, Bullpup dan lain-lain.

A_4Argie

Semasa konflik Vietnam ia amat terkenal dan dihargai oleh para anggota infantri Amerika kerana mempunyai tahap ketepatan yang luar biasa apabila menyerang sasaran-sasaran bumi yang ditentukan. Pesawat Skyhawk juga telah digunakan secara efektif oleh angkatan udara Israel dalam beberapa operasi mereka ketika menentang angkatan udara negara-negara Arab pada tahun 1970an dan oleh angkatan udara Argentina semasa peperangan Falklands di Atlantik Selatan tahun 1982 apabila pesawat-pesawat Skyhawk Argentina telah berjaya memusnahkan dan merosakkan beberapa buah kapal perang angkatan laut Britain (Royal Navy). Kemusnahan yang lebih teruk di pihak Britain hanya dapat dielakkan oleh kelemahan mekanisma peledak bom-bom Argentina (kerana digugurkan pada ketinggian yang terlalu rendah menyebabkan bom-bom tersebut tidak sempat diaktifkan). Jika tidak sudah tentu lebih banyak kapal-kapal perang Royal Navy akan tenggelam dan lebih ramai anggota-anggota tentera Britain akan terkorban.

Skyhawk TUDM

Pada tahun 1982 kerajaan Malaysia membeli 80 buah 'airframe' surplus A-4C dan A-4L dari gudang simpanan di padang pasir Davis Monthan AFB di bawah program pembangunan Angkatan Tentera 'Perista'. Walau bagaimanapun hanya 60 buah sahaja dari bilangan tersebut telah diubahsuai oleh syarikat Grumman Corporations di Florida dan dilengkapkan dengan enjin serta lain-lain peralatan sebelum diterbangkan ke Malaysia pada Disember 1984 untuk kegunaan Tentera Udara DiRaja Malaysia sementara bakinya masih berada di dalam simpanan. Dari jumlah tersebut, 40 buah telah diserahkan kepada TUDM manakala selebihnya digunakan sebagai asas alat ganti dan bahan latihan untuk juruteknik-juruteknik selenggaraan.

A_4PTM_tudm

Skyhawk TUDM telah dipasangkan dengan peralatan menurut keperluan semasa dan spesifikasi TUDM dan diberikan designasi baru A-4PTM dan TA-4PTM (Peculiar To Malaysia). Skyhawk TUDM menggunakan enjin Wright J65-W-420 yang telah diubahsuai dengan daya tujahan 3,465 kg dan mampu terbang pada kelajuan 1,083 kmj. A-4PTM juga dilengkapi dengan alat 'refuelling probe' untuk membolehkan mereka mengisi minyak ketika di udara samada daripada pesawat MC-130H Hercules yang telah diubahsuai (KC-130) atau dari pesawat Skyhawk lain yang dipasangkan dengan tangki tambahan khas yang mempunyai 'drouge chute' bagi melaksanakan 'buddy-buddy mid-air refuelling' iaitu mengisi minyak sesama sendiri di udara. Dalam tempoh masa penggunaannya yang singkat, Skyhawk TUDM telah 'dihantui' oleh masalah penyelanggaraan dan alat ganti dan telah mengakibatkan beberapa kemalangan udara dan kematian atau kehilangan juruterbang.

Skyhawk TUDM (termasuk yang masih lagi dalam simpanan di padang pasir Nevada) kini telah ditamatkan perkhidmatannya dan digantikan dengan pesawat Boeing F/A-18D Hornet. Kerangka-kerangka udara dan enjin sekarang berada dalam simpanan sementara menunggu pembeli yang berminat. Beberapa pihak telah menyatakan hasrat untuk membeli baki A-4PTM namun usaha mencari pihak ketiga agak sukar akibat larangan penjualan mereka oleh pihak Amerika sebelum mendapat kelulusan Kongres AS.


Spesifikasi A-4A Skyhawk

Pembuat/Kontraktor : McDonnell Douglas

Fungsi : Pesawat serangan

Krew : A4 -1; TA4 -2

Tahun : 1954


Enjin : 1 x Pratt & Whitney J52-P-8A tanpa-afterburning (A-4F)

  • Tujahan statik 9,300 lbs

    A_4PTM_tudm

    Lebar sayap : 8.38 m/27 ka 6 in
    Panjang : 12.72 m/41 ka 9 in
    Tinggi : 4.57 m/15 ka 0 in
    Berat : 10,250 lbs (kosong)

  • 22,500 lbs maksima berlepas
    Ketinggian maksima : 40,000 ka (12,195 meter)
    Kelajuan : 1,128 km/j (703.75 bsj) pada paras laut
    Persenjataan : 2 x meriam 20mm Mk.12 dengan 200 butir setiap laras
  • : sehingga 8,200 lb ordnan termasuk ASMs, AIM-9 Sidewinder AAMs, bom

    Created: 12 September 1999
    Updated: 3 Mei 2002 Kembali Ke Laman Utama
    Hosted by www.Geocities.ws


    This page hosted by
    Get your own Free Home Page
    Hosted by www.Geocities.ws

    1 1