Kata-Kata Sebagai Renungan ..
(1)
MungkinTuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salahsebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebuT
(2)
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi kita akan terus memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak dan hiraukan pintu yang telahpun
dibukakan untuk kita.
(3)
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di
dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang
paling hebat yang pernah dialami.
(4)
Memang benar yang kita tidak akan
tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan
juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah
'ia' datang.
(5)
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia
tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
(6)
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan
seseorang.
(7)
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum
senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan
hati anda tersenyum.
(8)
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan
seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya
dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke
mana-mana
yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya
memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara
yang ingin anda lakukan.
(9)
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan
dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
(10)
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya
menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
(11)
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki
segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam
hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang
terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya
mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh
Hidup mereka.
(12)
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu
yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
(13)
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis.
(14)
Jika ingin lakukan sesuatu pada orang lain... berfikirlah dan letakkan diri anda
di situasi mereka .. pasti anda akan rasa apa yang akan mereka rasa walau hanya
kesannya 35%.. dan anda akan pasti memahami perasaan mereka...