LAMBANG CINTA ABADI

 

Petang itu, tidak seperti petang-petang yang lain bagi iza. Entah kenapa hatinya sungguh sayu dan hiba. Puas dia fikirkan, mengapa perasaannya begitu berdebar-debar dan tidak tenang. Macam seperti ada sesuatu yang tak kena. Pagi tadi abg nan telefon di pejabat. Minta kepastian mengenai perhubungan mereka.

Dulu iza benar-benar tidak sabar untuk mendirikan rumahtangga secepat mungkin. Tapi sekarang, perasaan itu seperti dah mati. Seperti telah di tiup angin ke benua yang tidak di ketahui.

Puas dia mencari, kemana perasaan yang dulu. Entah kenapa perasaannya berubah. Tapi hatinya berkata dia masih tetap menyanyangi Nan. Dan yakin dia masih menyanyangi pemuda itu walaupun pemuda itu pernah mengecewakan perasaan nya.

 

Mungkin semuanya di sebabkan ketidak jujuran Nan sendiri. Kesilapan Nan sendiri. Tidak dia sangka kepergian dia berjalan-jalan sendirian di Genting Highland akhirnya menemukan Nan bersama perempuan lain berpegang-pegang tangan.

Kecewa sungguh hatinya. Pedih dan luka, sangat pahit untuk di telan. Sanggup Abg Nan menipunya, mengatakan dia ingin pulang ke kampung tetapi sebaliknya dia jalan berdua di tanah tinggi tersebut. Dan akhirnya dia terserempak dengan mereka.

Walaupun pemuda pujaannya itu telah memohon maaf. Tapi ……. Entahlah ….. dia sendiri sukar mencari jawapan ….

 

Akhirnya petang itu, iza keluar memandu. Cuba mencari ketenangan. Dan akhirnya dia memberhentikan keretanya di tepi tasik. Lalu berjalan perlahan-lahan melayani perasaannya sendiri.

Sedang dia berjalan-jalan, tanpa di sedarinya dia terlanggar seorang pemuda di depannya.

                 “oopppsss saya minta maaf, saya tidak sengaja” cepat-cepat iza meminta maaf.

“ek ehhh minah ni, mata letak kat lutut ker ??” kata pemuda tersebut.

“ello sedara, kan saya dah minta maaf, marah pulak”iza menjegilkan mata.

“kalau tak letak lutut, takkan saya kat depan ni awak tak nampak, main lunggah je”kata pemuda itu lagi.      

“dah la encik, kalau encik tak nak terima maaf saya ni, tak per.. kita jumpa lagi”iza mencebik sambil berlalu.

Salahkan orang pulak, kalau nak jogging berlari bukannya berjalan, lepas tu kena langgar marah orang. Tapi aku pun salah, dok leka termenung, ada ke sambil jalan pun boleh termenung, pelik betul. Iskkkk lepas satu, satu masalah datang, “sabo je la”keluh iza.

Pemuda itu hanya melihat iza berlalu .. di hatinya rasa kesal tiba-tiba...

 

Iza ternampak kerusi kosong di satu sudut di tepi tasik tersebut, lalu terus duduk. Kedudukan kerusi itu menghadap ke tasik dan laluan pejalan kaki. Iza termenung dan memandang ke tengah tasik. Cantik juga pemandangan di sini. Kanak- kanak kecil berlari gembira.

Ahhhh…… alangkah indahnya menjadi kanak-kanak. Bebas berlari ke sana sini, tampak tiada masalah. Bila raya pasti bergembira dengan pakaian baru.. dan lebih-lebih lagi dapat duit raya. Ahhhh kenangan yang indah kembali bertandang di benak fikiran iza. Kenangan masa kanak-kanak di kampung.

 

Tumpuan iza pada kenangan terus terusik dengan kehadiran sepasang kekasih di laluan tersebut, di depannya. Sepasang kekasih berjalan berpimpin tangan di hadapannya. Alangkah bahagianya mereka, sehati sejiwa.

Tapi kenapa aku dengan abg nan jarang sekali dapat bertemu muka, hanya telefon yang mendekatkan kami. Ahh masing-masing sibuk dengan kerjaya masing. Iza teringat kembali dialog perbualan telefon pagi tadi.

 

Fikiran iza terus berputar mengingatkan kembali detik yang berlaku di genting highland. Abg Nan mengatakan itu adalah adik angkatnya. Boleh kah aku percaya ?? mana mungkin berpegang tangan itu adik angkat.

Tapi abg nan menafikan sekeras-kerasnya dia memegang tangan perempuan itu, tetapi katanya adik angkatnya itu memegang tangannya.

Abg nan ada juga mengatakan yang adik angkatnya itu tahu hubungannya dengan aku. Tentang balik kampung tu, abg nan mengatakan memang dia balik kampung, dan telah balik ke kl semula. Masa perjalanan balik ke kl lah adik angkatnya menelefon mengajak abg nan temankannya ke genting highland.

Ahhh entah lahh… tapi yang pasti kepercayaanku pada abg nan telah berkurangan di sebabkan insiden itu.

 

“woiiii cik adik!!! Haiiii termenung panjang nampak. Terfikir tentang perlanggaran tadi ke?? Betul kan kata saya mata cik adik ni letak lutut” terkejut iza dengan sergahan pemuda itu. Geram hatinya tak terkata, perasan betul la mamat ni, sikit pun aku tak fikir tentang tadi. Eiiiiiii!! Tak boleh nengok orang senang.

“alooo mamat, jgn perasan ye, saya tak fikir pun tentang tadi, hishh !! tak leh nengok org senang ke, kasi la privacy sikit kat saya ni”baru puas hati aku. Mesti lepas ni dia belah dari sini punya.

“sorry cik adik sorry. Bukan maksud abg nak menganggu cik adik, Cuma jogging di sini tadi nampak cik adik termenung panjang sorang-sorang, abg pun berhenti lah. Salah satunya pun sebab terkasar bahasa tadi. Rasa bersalah pulak, org cakap baik-baik kita kasar-kasar. Ni abg nak minta maaf la ni”

ek elehhh mamat ni, ber abg-abg pulak dia dah… eiii tak kuasa aku melayannya.

“anyway nama saya amran.. cik adik pulak ??” lah ni kenalkan diri pulak mamat ni.. tak sempat aku nak suara.

”ermm okeh lah panggil saja saya iza, tentang tadi saya tak ambil hati pun.. tak kisah … benda tu biasa berlaku.. saya yang salah… badan ke lain .. fikiran ke lain.”

tadi punya garang, ni baik pulak dah, kata hati iza ..

“bunyi macam orang ada masalah je”amran cuba cungkil rahsia.

“eloo Encik Amran, saya ada masalah ke, tak de masalah ke, Encik Amran apa susah??”

eiii banyak Tanya la mamat ni.

“saya minta maaf kalau menganggu iza, tapi saya rasa bersalah sangat marah pada seorang gadis yang cantik macam iza ni”pujuk amran.

“tak payah la nak puji Encik Amran.”uhhh ayat lama.. dah basi la oii.

”jgn la ber encik-encik dengan saya, panggil je amran, anyway boleh saya duduk??? Takkan la sanggup lihat saya berdiri je.”

Dah mula mamat ni, karang halau terasa pulak.. iskk apa aku nak buat ni… ahh biar lah dia duduk... 

“ermm kalau tak malu duduk la. Karang kalau halau karang malu pulak”

haa padan muka mamat ni, tak sangka leh keluar ayat tu. Tadi berlagak sangat, kan dah kena. Puas hati aku.

”terima kasih ye kasi duduk”

eii mamat ni tak malu nyerr kata hati iza lagi... tak terluah dek bibirnya ..

“anyway iza ni tinggal di mana?” Tanya pemuda tersebut.

“saya tinggal di taman desa tasik” Tanya iza kembali.

“ohh di sini juga la ye. Saya pun di sini juga. Iza kerja mana?. Umur berapa?. Tinggal dengan siapa?. Asal mana? Dah kawin ke belum?”

erkkk banyak nye soalan. Mati aku kali ni.

”sikit nyer soalan. Tak de ke lagi soalan?”

geram betul le mamat ni.. iza meningkah dalam hati..

“ade tapi tunggu la dulu. Iza jawab la soalan yang tadi dulu”

ek ehh mengajar kita lak mamat ni.

“okey lah .. saya kerja di ampang.. emmm syarikat swasta. Umur 24. tinggal dengan kawan-kawan. Asal negeri yang kaya dengan adat pepatih. Belum kahwin”

erkk alamak, macammana aku leh kasi tau semua ni. Leh percaya ke mamat ni. Baru jumpa aku dah kasi tau semua.

“ehhh okey la cik amran, saya kena balik dulu, dah dekat senja ni, jumpa lagi” cepat-cepat iza berlalu dari situ. takut kalau lama-lama lagi banyak pulak soalan dari mamat ni...

“ehhh iza, ada no fon tak?” Tanya pemuda tu.

“tak de” pendek jawapan iza sambil terus berlalu pergi ..

 

 

“Wahh lawa nye awek tu, jatuh hati pulak aku rasanya dengan dia. Dah la satu taman, asal pun satu negeri. Malang betul dia cepat sangat pergi, tak sempat aku nak Tanya lebih-lebih” adu amran pada kawannya. Terkejut nizam dengan perangai si amran. Setahunya kawan serumahnya ni tak penah cerita tentang perempuan ni padanya. Apa lagi berbual-berbual dengan perempuan. Dengan awek aku pun dia malu.

“ehh setau aku, ko ni tak layan sangat perempuan, pemalu sesangat. Ni jadi berani pulak?” Tanya nizam.

“entah lah zam, hari ni aku jadi berani pulak, agaknya lepas jumpa dia tadi aku jogging pusing se round lagi. Aku nampak dia. Kesayuan yang tampak di wajahnya, mendung di matanya. Mendatangkan satu perasaan yang tak penah aku rasa zam. Aku rasa aku dah jatuh cinta pandang kedua dengan dia la zam. Hehehehehhe” cheh buat lawak lak member aku sorang ni.

“tapi zam aku berazam, kalau aku jumpa dia lain kali, memang aku tak lepaskan peluang dekatkan diri aku lagi dengan dia” lantak ko la amran, asalkan kau bahagia. Elok gak tu, umur dah meningkat, kawin la cepat-cepat.

 

Pagi itu amran masuk ke ofis. Setiausahanya memberikan fail. Ada mesyuarat pada pukul 10.30 pagi dan selepas itu pukul 11 ada temu janji dengan wakil sebuah syarikat di biliknya. Hanya itu yang di beritahu. Maknanya petang nanti boleh lah aku buat kerja aku sendiri. Selepas mesyuarat dia bergegas masuk ke biliknya, kerana setiausahanya mengatakan wakil dari syarikat tersebut telah datang. Setelah duduk, dia tekan “intercom” di tepi sudut mejanya.

“lina boleh panggil client kita tu masuk ye”

“baik cik amran.”

 

Ktukk!! Ktukkk!!….

 

“sila masuk” pinta amran sambil membelek fail.

 

 

 

 

“assalamualaikum encik amran”

“waalaikumussalam, sila duduk” masih lagi membelek fail tersebut.

“saya Nurniza wakil dari syarikat Permai Cempaka” sepantas kilat amran memandang pada perempuan tersebut.

 

“ehh iza, awak rupanya tak sangka saya” agak tergamam amran.

“erkk patut la macam kenal tadi”baru teringat iza akan insiden semalam di tepi tasik.

“ini lah di katakana jodoh, pasti berjumpa kembali. Apa lagi awak client saya, hai bertuah lah badan” ayat yang hujung tu di perlahankan suaranya.

“apa Encik Amran kata tadi??”

“ehh tak de apa-apa lah iza, well go on kita punya matlamat tujuan tadi”

wah serius betul cik amran ni.

“ohh okey” perbincangan itu berterusan sehingga ke persetujuan untuk perjumpaan di lain hari untuk meneruskan projek tersebut.

“so dah tengahhari ni iza, mari kita lunch. Itu pun kalau iza tak keberatan.” Amran mempelawa iza.

“ermm okey juga encik amran”

“haaa jgn ber encik-encik dengan abg ye” iza hanya tersenyum dan mengangguk-angguk kecil.

Mereka berdua berlalu dari ofis tersebut. Menaiki kereta amran. Cukup satu kereta kata amran.

 

Sejak dari lunch tersebut hubungan mereka berdua agak akrab dan rapat. Saling berhubung dalam telefon dan berbual-bual. Amran pun banyak menasihati iza dalam perhubungan antara manusia serta kehidupan.

 

Di hati iza sekarang, telah mendapat jawapan bahawa dia harus menolak cinta Abg Nan yang tiada kejujuran. Tapi dalam masa yang sama, amran tidak menluahkan perasaannya sebenar pada iza. Iza serba salah. Dari segi pertuturan dan tingkah laku, dia yakin yang amran menyimpan perasaan padanya. Suatu petang iza berjoging bersama amran di tepi tasik yang menemukan mereka berdua. Entah di mana kekuatan itu datang, entah di mana keberanian itu datang…..

 

“amran, iza nak Tanya satu soalan ni” iza memulakan perbualan sambil berjoging.

“apa dia soalan yang iza nak Tanya?”

“emmm… hubungan kita ni macammana ye?”

“macammana apa maksud iza?” amran buat buat tak memahami.

“yer lah, kita macam ni saja je ker?”

“maksud iza?”

“isk amran ni buat buat tak faham, amran ada rasa tak apa yang iza rasa?”

“haaa ade … ade rasa letih ni .. jom kita duduk dulu jom”

“iskk amran ni .. org serius dia memain pulak” sambil iza ambil tempat duduk di tepi tasik tersebut.

“ermmm .. cam ner dengan …”

“iza nak ..” amran terus memotong percakapan iza.

“ok sayang, hujung tahun ni abg hantar rombongan meminang iza ye”

“haaaaaaaaaaaa!!” terkedu iza.

“aikss terkejut pulak” balas amran sambil tergelak besar.

“are u serious amran?”

“yeahh.. iam so serious”

“okeh okeh” iza menenangkan perasaan dia sendiri.

“amran dah fikir masak-masak ?”

“yee, amran dah fikir semuanya lagi, sejak dulu, sejak kita bertembung di sini satu masa dulu, amran dah jatuh hati dan memang cuba nak mendekati lebih dekat dengan iza. Sekarang amran rasa sudah sampai masanya kita ikat perhubungan ini” amran tersenyum.

“terima kasih amran, tadi iza sebenarnya nak Tanya ttg perasaan amran pada iza, tak sangka iza yang amran terus nak hantar rombongan pertunangan. Terkejut iza” amran tergelak besar.

“okeh la sayang, hujung minggu ni abg bawak iza jumpa keluarga abg okeh. And then, next week iza bawak abg pegi Negeri Sembilan, perkenalkan kedua ibu bapa iza dengan abg”

“okeh sayang, nanti iza telefon keluarga iza”

 

Setelah 5 bulan berlalu. Kata sepakat pun telah termeterai. Akhirnya mereka berdua pun di tunangkan. Iza sungguh gembira di saat itu. Akhirnya pemuda yang di cari, yang di idamkan telah menjadi tunangnya. Bulan 6 tahun depan, mereka akan melansungkan perkahwinan mereka. Iza bersyukur ke hadrat allah kerana telah memperkenankan doanya selama ini.

 

Suatu pagi, di pejabat ofis iza. Telefon berdering di atas meja iza. Terhenti iza dari lamunan mengingati perhubungan amran dengannya.

 

“assalamualaikum, iza ade”

“waalaikumussalam, iza di sini” macam pernah dengar suara ni. Lama dah aku tak dengar.

“iza ni Abg Nan, Abg Nan minta maaf kerana telah lama tidak menelefon Iza, Abg Nan tau Iza masih lagi tidak dapat memaafkan abg. Abg Mohon kemaafan iza bersungguh-sungguh. Abg sebenarnya tidak dapat melupakan iza” perlahan-lahan suara Nan.

“Abg Nan, iza telah lama memaafkan abg, Cuma .. emm Cuma sekarang ni Iza telah menjadi tunangan orang”

“aaaaa!! Siapa orang tu iza? Di mana iza kenalnya? Kenapa iza tak inform abg tentang pertunangan iza?” berbagai-bagai soalan di lemparkan Nan pada iza. Terkejut benar Nan. Terpana dia dengan patah perkataan iza.

“iza kenal dia, masa iza tewas dan gagal dalam mempertahankan perasaan iza dengan sikap abg. Kami kenal di tepi tasik semasa iza berseorangan. Dia seorang lelaki yang baik. Tidak pernah dia menyakiti hati iza. Kami bertunang pun baru minggu lepas. Maafkan Iza kerana tidak memberitahu abg mengenai pertunangan iza.”

“erm tak per lah iza, hari berlansung perkahwinan iza bila?” Tanya Nan.

“insyallah abg, tahun depan bulan 6. keluarga kami pun dah bersetuju”

“Iza .. abg harap iza gembira bersamanya”

“insyallah abg, terima kasih. Abg Nan, okeh lah ye, iza kena hadiri mesyuarat sekarang ni. Terima kasih kerana telefon iza ye”

“maafkan abg kerana menganggu iza. Nanti bila abg free abg call lagi.” balas amran

 

 

setelah beberapa bulan, akhirnya tiba lah masa hari yang sungguh istimewa antara iza dan amran. Seminggu sebelum hari berlansung iza telah mengambil cuti. Untuk hari istimewanya itu, iza awal-awal telah minta cuti untuk 3 minggu. Semata-mata untuk menyambut hari bahagia yg di nanti-nantikan olehnya itu. Akhirnya tiba lah masanya…malam itu menjadi saksi bahawa sah lah amran menjadi suami iza.. malam itu selepas akad nikah, amran balik dan esoknya pula baru datang untuk majlis persandingan dan makan tengahari .. esok nya ..

 

“kak, iza gementar la kak” adu iza pada mak andam.

“alaaa apa nak di takutkan iza, biasa je .. aku kahwin dulu gementar gak. Bila dah berjalan beriringan tu tak de rasa dah, Cuma segan-segan sikit je.,. heheh” kawan iza terus menyampuk di iringi gelak ketawa rakan-rakan yang lain di  bilik pengantin tu. Mak andam pun hanya tersenyum menampakkan baris giginya yg putih cantik.

“iza, ingat la petua yg akak bagi sebelum ni sebelum melangkah karang ye” mak andam mengingatkan iza sambil terus melihat mana-mana yg kurang pada wajah iza yg telah di soleknya.

Sambil berbual bersama teman-temannya.. tiba-tiba mak iza masuk ke dalam bilik..

“Mana bakal laki kau ni iza.. dah dekat pukul 2 ni tak sampai-sampai.. “ adu mak iza pada iza..

“kejap, iza try call dia” iza terus mengambil handset dan terus mendail no handset amran.. iza pelik .. handset amran tak berangkat ..

“mak.. handset abg amran tak berangkat la mak”

“cuba kau call rumah dia” mak iza dah gelisah.. macam ada sesuatu yg merisaukannya .. iza terus mendail rumah amran.

“assalamualaikum, iza ni .. iza nak Tanya rombongan dah bertolak ke ??” iza terus bertanya pada penjawab telefon itu walaupun tidak dia kenali suara itu.

“ohh kak rombongan tu dah bertolak 2 jam yang lepas .. tak sampai2 lagi ke kak? Mungkin jammed kut” kata penjawab telefon tu.

“dah dekat pukul 2.00 ni .. ermm tak pe la .. akak cuba lagi skali mendail handset abg amran .. ermm dik kalau ada apa2 berita telefon rumah akak ye”

“baik lah kak” klik .. telefon di letak ..

iza terus berubah wajah .. gelisah ..

“iza, jgn gelisah mungkin lewat tu sebab lalu lintas agak sesak tu” mak andam cuba mengawal perasaan iza yg agak tidak tenang.

Iza duduk dan cuba menenangkan perasaannya sendiri.. rakan-rakan iza berbual-bual dengan iza … macam-macam di bualkan ..

Dekat pukul 2.10 ptg telefon berbunyi ..

“kak tolong ambil handset tu ..” mak andam terus mengambil handset dan terus memberikan pada iza.

“assalamualaikum .. boleh saya bercakap dengan pengantin perempuan, kami ni di pihak rombongan lelaki” kata pemanggil telefon tersebut .

“waalaikumussalam, ye saya ni iza bercakap” iza tenang sedikit hatinya.

“ni saya pak sedara amran, rombongan kami ada masalah sedikit.. ermmm boleh pakcik bercakap dengan mak iza.. tolong panggilkan kejap boleh” agak gementar dan pantas sedikit suara pemanggil tu ..

“apa yang terjadi tu pakcik ?? boleh cakap pada iza ??” iza rasa tidak sabar, hatinya di landa gemuruh dan berdebar-debar. Macam ada sesuatu yg menggelisahkan hatinya sejak tadi dan kini.

“boleh pakcik bercakap dengan mak atau bapa iza ??” permintaan iza tidak di hiraukan pakcik amran.

“ermm kejap ye pakcik” iza terus menyuruh rakannya memanggil. Mak iza datang dan terus bercakap agak jauh dari iza. Iza terus memandang wajah ibunya dengan seribu pertanyaan dengan penuh kegelisahan.

mak iza agak tenang pada mulanya, terus berubah wajah dan terduduk, iza dan rakan-rakannya terus mendapatkan mak iza. Iza dah hampir sebak terus bertanya..

“makk kenapa ni mak .. kenapa dengan abg amran ?? kenapa dengan rombongan mereka ?? makk cakap la mak .. kenapa mak ??” iza terus merayu .. mak iza terus menangis..

“makkk cakap la makk .. kenapa ni.. cakap makk ??” iza pula menangis dan mengalirkan air mata sambil mengoncang2 bahu mak nya ..

“amran iza .. amran .. kenderaan yang dia naiki telah accident, berlanggar dengan lori kecil semasa dalam perjalanan tadi” terus iza meraung ..rakan-rakannya yg lain terus menyabarkan iza dan mak nya. Mereka juga menangis bersama.

“makkkkkkkkkkkk, bagaimana keadaan abg amran mak .. cakap la makk .. ya allahhh” iza menangis sambil memeluk mak nya ..

“dia dalam keadaan tenat di wad”

 

agaknya di sebabkan raungan iza, ramai tetamu yang di luar mendengar, bapa iza terus bekejar masuk ke dalam bilik, bila mendengar je khabar berita itu bapa iza terus mengajak mereka ke hospital segera. Iza dalam keadaan lemah, terus di papah oleh rakan-rakannya dan di bawa menaiki kereta, ada juga beberapa kenderaan lain yg mengekori ke hospital.

 

Sesampainya iza dan yang lain ke hospital, telah menanti rombongan keluarga amran yg lain, 3 orang adik beradik amran yang menaiki kereta yg sama berada di wad pesakit luar kerana kecederaan mereka yg tidak berapa parah. Hanya amran di masukkan di wad kecemasan. Iza terus terlentok di bahu ibu nya sambil menangis hiba. Mak amran pula cuba menyabarkan iza. Iza terus memeluk mak amran.

Semua yang ada di situ Cuma tertunduk membisu. Tidak berkata apa-apa, ada juga yg mengalirkan air mata .. mereka menanti doktor memberikan jawapan di luar pintu bilik kecemasan itu.

 

Setengah jam selepas itu doktor keluar dari bilik.

bapa iza dan bapa amran terus bertanya pada doktor tentang keadaan amran.

 

“doktor bagaimana dengan keadaan amran??” bapa amran terus bertanya.

“dia anak encik ??” doktor bertanya..

“ye saya, saya bapanya”

“encik, di harap encik sekeluarga bersabar, dia dalam keadaan koma, kecederaan dia sangat parah. Dia mengalami pendarahan yang teruk di dalam tubuhnya, tawakal la pada allah encik, kami tidak boleh berbuat-buat apa-apa. Peluangnya sangat tipis” doktor menerangkan. Lagi …”buat masa ni kami meletakkan dia di wad ICU.. encik sekeluarga boleh melawatnya di sana nanti, saya minta diri dulu” doktor tersebut terus berlalu.

 

 

Seminggu terus berlalu, keadaan amran tetap seperti itu. Sepanjang masa itu iza sentiasa berada di samping suaminya itu. Kebahagiaan baru di kecapi telah di ragut oleh kejadian itu. Tetapi iza pasrah, dan cuba menenangkan dirinya bahawa amran akan sembuh.

iza memandang wajah suaminya dengan penuh kasih sayang dan pengharapan. yea pengharapan untuk amran sembuh. iza terus memegang erat jari amran dan mengucup pipi amran.

"abg, iza sayang abg. abg sembuh la ye .. lepas sembuh kita dirikan keluarga bahagia kita.. abg, ketahuilah sayang iza pada abg tak der duanya .. hanya abang di hati iza .." iza mengalirkan air matanya, iza dapat melihat di tepi mata suaminya yang terbujur dan penuh wayar di badannya itu seperti mengalir air mata. di kesatnya air mata suaminya itu dengan penuh kasih sayang. Dia ada mendengar, org yg koma boleh mendengar suara kita yg bercakap di sekelilingnya, perasaannya masih tetap hidup.. cuma badannya tidak berfungsi seperti biasa.

 

seminggu selepas itu, pada pagi ahad itu. keluarga iza datang melawat.

"iza, iza balik la dulu. berehat di rumah, biar mak temankan amran." pujuk mak iza.

"tak per la mak. abg amran kan suami iza, biar lah iza temankan abg. nanti kalau jadi apa-apa kat abg amran, iza akan menyesal" iza seperti tau harapan amran untuk sedar dan pulih amat sedikit, tapi dia cuba menguatkan keyakinan dan semangat bahawa amran tetap pulih.

"erm kalau begitu mak balik dulu la dengan abah dan yg lain-lain. iza jaga diri dan kesihatan, tu mata tu dah bengkak dah mak nengok, jgn la menangis lagi, mak tau perasaan iza" dia cuba memujuk.

"makk iza risau keadaan abg amran..." dengan nada yg sedih dan sayu iza tuturkan.

mak iza terus memeluk anaknya itu. " dah la iza jgn nangis, lagi mak faham perasaan iza" mak iza cuba mengawal perasaannya tapi akhirnya berlinang juga air mata orang tua nya itu melihat takdir yang terjadi pada anaknya. lalu mak dan keluarganya pun pulang.

 

petang itu, sekembalinya iza dari kedai, tiba-tiba mesin hayat tu menunjukkan keadaan yang kritikal. amran agak kritikal saat itu. iza terus memegang jari jemari amran serta menangis dan memangil jururawat. air mata iza gugur ke wajah amran. dia begitu takut menghadapi keadaan itu. jururawat terus menghubungi doktor yang bertugas. mereka bertungkus lumus di dalam bilik ICU tu cuba menyelamatkan amran. iza di nasihatkan keluar dari bilik ICU. iza menangis ter esak-esak mengenangkan kepayahan yang di hadapi olejh amran. dalam hatinya tuhan saja yang tau. ikutkan hati mau di kongsi sakit yang di alami oleh suaminya itu. dia baru nak bergerak menelefon keluarga, bila keluarga amran sampai. lalu berkejar pakcik amran menelefon rumah iza. tidak sampai setengah jam lepas tu keluarga iza sampai. iza terus bekejar memeluk mak nya.

"makkkk!! abg amran makk" sambil menangis ..

"sabarlah nakk, sabar" mak iza terus memeluk anaknya itu sambil tersedu-sedu.

suku jam selepas itu, doktor keluar dari bilik ICU dengan wajah yang tidak dapat di pastikan sama ada selamat atau tidak amran. mereka semua tertanya-tanya.

pakcik amran terus rapat ke arah doktor, begitu juga iza dan yg lain-lain.

"anda semua keluarga pesakit di dalam?" tanya doktor yang agak pertengahan usianya itu.

"ye saya pakciknya, dan ini isterinya" jawap pakcik amran dan mengenalkan iza pada doktor itu.

"saya minta maaf...." tak sempat di habiskan ayat itu bila iza terus meraung terus emak iza merangkul anaknya .. menyabarkan iza .. dia membawa iza ke tepi sudut. doktor terus berbual-bual dengan pakcik amran. mungkin menerangkan keadaan amran yang tidak dapat di selamatkan lagi ..

 

Petang itu tepat pukul 6.15 petang, pergilah amran ke alam lain yang kekal abadi. pergi meninggal kan alam yang fana. meninggalkan seribu kesedihan pada iza. meninggalkan iza keseorangan. meninggalkan semua yang ada. tidak ada yang dapat di lakukan oleh iza hanya melihat insan kesayangannya terbujur kaku. dia terus memeluk amran dan menyatakan kasih sayangnya yg tidak berbelah bagi.

 

esoknya, selepas asar. jenazah amran selamat di kebumikan. petang pengebumian itu berlalu dengan penuh suram. pemergian amran di iringi dengan hujan rintik-rintik. hati iza tatkala itu sungguh sayu sesayu keadaan pada ptg itu. mak iza hanya mampu memeluk dan menyabarkan iza. begitu juga dengan mak amran yang juga sangat sedih dengan pemergian anak lelakinya itu. walau sebelum ni cuba menyelindungi kesedihan di depan iza kerana tidak mau gadis yang telah menjadi menantunya itu jatuh semangatnya. selama ini dia hanya mengalirkan air mata di rumah. dia tau perasaan menantu barunya itu. tapi apa boleh buat kenyataan dan takdir mendahului segalanya. Selepas pemergian amran, barulah dia berani mengalirkan air mata di depan iza. semasa kepulangan balik, mak amran meminta iza datang ke rumah bila dia dah tenang sedikit nanti. kerana ada sesuatu nak di berikan atas permintaan amran sebelum bertolak ke rumah iza pada hari persandingan itu. dia juga menasihati agar menerima qada damn qadar ilahi dengan tenang. bersabarlah hanya itu yang mampu di ucapkannya ketika itu dengan penuh sedu sedan dan sayu. iza hanya mengangguk kecil dan memeluk mertuanya itu.

 

hilanglah kasih.., putus lah sayang yang selama ini di pertahankan iza dan amran.. air mata tidak dapat lagi menghidupkan abg amran... iza tau semua itu.. tapi itu lah yg mampu di lakukan tatkala dia mengingati dan merindui amran.. kesedihannya tidak dapat di tanggung ... kerinduannya hanya mampu di ubati dengan tangisan .. di sejukkan dengan kucupan gambar akad nikah dan gambar amran .. "abangg ....." begitu lah selalunya bila dia di rundung kesedihan .. kadangkala berejam-jam dia memandang gambar kekasihnya itu ...

"abang ketahuilah walaupun kasih dan sayang kita telah putus kerana takdir ini .. tetapi cinta iza pada abang tetap kukuh dan kekal sehingga akhir hayat iza .. takkan iza lupakan kenangan-kenangan kita kegembiraan dan kasih sayang yang abg amran curahkan pada iza .. iza takkan melupakan abang ... abanggg .. iza sangat merindui abang .. dengar lah ni.. dengar lah luahan hati iza .. iza terlalu menyanyangi dan merindui abang" bercakap iza pabila melihat gambar amran... mak iza tak mampu lagi membuat apa-apa.. hanya air mata yang mengalir menandakan kesedihannya pada takdir yang terjadi ...

 

6 bulan selepas itu. iza teringat akan pesanan mak amran. lalu pergi ke rumah keluarga amran  ..

mak amran menyerahkan sebuah diari milik amran pada iza ..

"ini lah pesanan arwah, agar memberikan diari nya pada iza.. pada masa tu rombongan nak berangkat.. arwah datang mendekati mak yg pada masa tu agak sibuk .. tapi mak layan juga dia .. dia meminta mak memberikan diari ini jika ada sesuatu yang terjadi padanya nanti.. mak tertanya-tanya juga apakah maksud arwah itu, tapi mak tak ... ermmm ntah la mak rasa lidah mak kelu untuk bertanya-tanya .. mak mengangguk dan terus membuat kerja lain yang tertangguh sebelumnya ... arwah terus berlalu ke biliknya setelah menunjukkan diari itu .. mungkin pergi menyimpan diari tersebut agaknya ..." bergenang air mata mak mertuanya itu bila menceritakan perkara itu.. rasa terkilannya tidak bertanya maksud yg tersirat dari kata arwah amran amat menebal di dadanya .. iza mengalirkan air mata dan di kesat oleh jari jemari mak amran .. setelah beberapa waktu di rumah keluarga amran .. iza lalu meminta keizinan untuk pulang sambil membawa diari kekasihnya itu dengan penuh tanda tanya dan bnenar-benar tidak sabar di hati nya untuk membaca isi kandungan novel itu ..

 

malam itu iza membelek novel itu selepas dia membersihkan badannya ... lega rasa badannya bila seharian berjalan dan bekerja .. dia berhati-hati membuka lembaran demi lembaran ..

lalu membacanya tarikh 27 mac :- pagi dan tgh hari tiada apa-apa .. tapi .....petang tadi, aku pergi ke tasik dan terlanggar seseorang .. wajahnya sangat halus cantik .. manis .. hatiku terus terpikat walau pada perkenalan pertama itu agak tidak menyenangkan kerana kekasaran .. tapi selepas itu aku dapat berbual-bual dengannya .. wajahnya mencerminkan seribu persoalan padaku .. aku rasa dia mempunyai masalah .. mungkin cinta !!! ya hati dan perasaanya terusik..

selepas itu, baru ku tahu dari mana asalnya .. umurnya .. tempat kerjanya .. dan segala2nya .. aku dapat membaca mesti dia seorang yang jujur .. tiba-tiba aku rasa sayang padanya .. mungkin ini namanya "cinta pandang pertama"  ... ahh bila lagi peluang untuk aku berjumpa dengannya .....

 

tarikh 14 apr:- tidak ku sangka gadis yang ku rindui itu tercegat di depan meja ku pagi tadi .. surprise .. lalu kita pergi lunch sama-sama .. bercerita dan bertanya ... macam-macam yang aku tanya padanya .. dia pulak tidak lagi nampak kaku seperti kali pertama .. aku dapat juga no telefon nya dan aku berjanji akan menjadikan dia isteriku .. dia nampak tenang walau di dalamnya nampak kegusaran dengan pelbagai masalah .. akan ku titipi hatinya kelak dengan nasihat ... aku rasa hari ini aku dah berjumpa calon yang sesuai untuk menjadi isteriku .. ya dia Nurniza .. cantik nama itu seindah paras rupa dan budi pekertinya .. dia nampak sangat sopan penuh dengan ciri wanita melayu .. tiada cacat celanya .. akan ku hiasi hatimu dengan cinta dan sayangku iza ...

 

iza terus menyelak halaman diari itu sehelai demi sehelai .. dengan tanpa di sedari, air matanya mengalir mengenangkan betapa iklas dan tulusnya kasih sayang kekasih dan suaminya itu pada dirinya .. malam itu terus dia termenung mengingatkan kekasihnya sambil tersedu-sedu menangis ..

esoknya dia bangun seperti hari-hari yang lalu yang penuh kerinduan dan kesuraman tanpa amran ..

Eisya

Nurani

Dikala malam sepi bila kusendirian
Kisah silam datang menjelma
Walaupun semuanya telah berlaku
Tapi tetap segar didalam ingatanku

Bila kukenang masa yang lalu
Airmataku membasahi pipi
Angin nan malam teman sejati
Untuk mengubati hatiku rindu padamu

( korus )
Nurani...Kau lambang cintaku
Oh...Nurani...
Namamu sentiasa di hatiku sayang

Masih segar dalam ingatanku
Dihari pernikahan kita
Kucium tanganmu
Dan kau mengucup dahiku

Ku terasa sungguh bahagia
Kerana dapat hidup bersamamu
Moga kasih sayang kita
Kekal untuk selamanya

( ulang dari korus )

Tapi sedikit tak kuduga
Ia hanya sebentar saja
Kasih yang diikat telah terlerai juga
Semasa kepulanganmu
Kau ditimpa bencana
Kau tinggalkan diriku
Untuk selama-lamanya

Nurani
Nurani
Nurani ...
Oh... sayangku

lagu yang di dengarnya di corong radio itu .. menusuk-nusuk jantung hati iza .. terasa lagu tu di tujukan pada dirinya yang kesepian dan kesunyian .. penuh kerinduan pada arwah amran .. balik kerja pada hari itu .. terus dia mandi dan selepas itu terus seperti biasa berkurung di dalam bilik.. badan makin kurus ,.., kesihatannya tak menentu .. entah lah .. nasihat rakan-rakan dan keluarganya tidak mampu menghuraikan dan menenangkan hatinya .. melupakan segala peristiwa silam bersama amran .. malam itu dia bermimpikan amran .. mengapai tangannya dan menarik dirinya pergi bersamanya .. hatinya sungguh gembira tatkala itu .. sungguh gembira bertemu amran .. sungguh bahagia rasanya .. bangun je dari tidur .. dia terus mengalirkan air mata ..

pagi itu di pejabat dia terus mengingatkan mimpi itu .. kesal sungguh ianya hanya mimpi .. lalu dia mendail no fon rumahnya lalu bercakap dengan mak nya ..di adukan mimpinya malam tadi dan di ceritakan pada mak nya .. mak nya hanya menenangkan walau terdengar suara sebak .. mak iza mengatakan itu hanya mimpi .. tapi iza mengatakan ianya bagai kenyataan .. dan tidak dapat di lupakan seperti mimpi-mimpinya yang lain .. begitu indah mimpi itu .. setelah beberapa ketika berbual dalam telefon lalu iza mohon diri untuk letak telefon .. sempat juga dia meminta maaf dan menghalalkan segala makan minumnya pada maknya itu .. sampaikan salam pada seluruh keluarga dan meminta maaf jika ada salah silapnya dia juga sempat meminta emaknya supaya menghubungi rakan-rakannya untuk memohon maaf dan menghalalkan makan minumnya selama ini.. selepas meletakkan telefon lalu dia bekerja seperti biasa ..

petang itu iza agak tergesa-gesa balik ke rumah .. seperti ada sesuatu yang di kejarkannya ..tanpa menoleh kiri dan kanan iza terus melangkah melintas jalan itu .. tanpa di sangka sebuah kereta melanggarnya ... iza di sahkan meninggal di tempat kejadian .. ya allah .. mak iza bagai tidak dapat menerima kenyataan .. puas di pujuk ayah iza dan keluarga yang lain .. dah la baru beberapa bulan menantu barunya meninggal .,. kini menyusul anaknya pula .... tapi mak iza cuba menerima kenyataan .. itu lah yang di takdirkan buat anak dan menantunya ..barulah sedar mak iza apa yang di maksudkan mimpi yang di alami oleh iza .. dan iza bagai terasa yang dia akan mengikuti jejak langkah amran pabila menyuarakan mohon maaf pada semua ...

pergilah iza mengikuti kekasih dan suaminya ke alam barzakh .. kuburnya di tempatnya di sebelah kubur arwah suaminya itu .. kasih sayang dan cintanya kekal abadi .. tiada duanya .. sayangnya pada amran hingga ke akhir hayatnya ...

Terkuburlah Dua jiwa satu hati ... Cinta yang di semai berkubur bersama selamanya .. inilah yang di namakan cinta sejati dan kekal abadi ke akhir hayat ... kasih sayang iza hanya pada amran ... petang itu menyaksikan pengebumian iza .. menyaksikan 2 jiwa bersatu di alam yang lain ..

Begitu lah kuatnya cinta iza ... Dan begitu lah Lambang Cinta Abadi .....

Kembali

Hosted by www.Geocities.ws

1