Hakcipta EX Team Group
Cakoi
EKSPEDISI KE TELOK CEMPEDAK
Ekspedisi exteam ke Telok Cempedak telah dirancang oleh beberapa orang ahli. Kami bertolak dari Puduraya pada pukul 9.00 pg dan selamat tiba di setesen bas kuantan pada pukul12.00 tgh, lebih kurang 4 jam perjalanan.(Gambar ini dirakam semasa disetesen bas Kuantan)
Setelah berehat dan membeli barang dibandar Kuantan, kami bertolak ke pantai Telok Cempedak dgn menaiki bas. Perjalanan ke Telok Cempedak lebih kurang setengah jam perjalanan. (Gambar ini dirakam semasa di tiba Telok Cempedak, Kuantan)
Di Telok Cempedak kami mencari tempat sesuai untuk mendirikan kemah.Selepas memdirikan kemah kami melakukan acara bebas ia itu  mandi laut(Gambar ini dirakam semasa kami melalui tangga untuk ke telok)
Pada waktu malam aktiviti kami ialah makan.Masakan kegemaran kami ialah maggi jer (Dimasak oleh Chef Amir dan Chef Wahab,Chef yang popular kat Taman Melati) itu ajer yang sempat kami beli kat bandar kuantan(Gambar ini dirakam semasa makan malam)
Aktiviti yang paling best, acara menagkap ketam.Dalam group kami nie ada seorang yang pandai menagkap ketam,kalau nak tahu nama dia ijal navy. Dia nie memang pandai menagkap ketam. Acara nie berlangsung sampai ketengah malam.(Gambar ini dirakam semasa Ijal Navy dapat menagkap ibu ketam)
Pada keesokan paginya kami mandi sepuas hati kami.Kami dapat melihat ramai orang yang bercouple dan group silat Brazil melakukan aktiviti. Pada pukul 3.00 ptg kami bertolak ke bandar Kuantan.(Gambar ini dirakam papan tanda Pantai Telok Cempedak sebelum naik bas Ke Kuantan)
Setelah tiba di setsen bas bandar Kuantan kami berehat dan makan sambil lepak-lepak menunggui bas Tranasional untuk pulang ker Kuala Lumpur.Kami ke Telok Cempedak Kuantan, Pahang hanya 2 hari satu malam jer untuk program cuti-cuti malaysia .(Gambar ini dirakam semasa menunggu bas untuk pulang ke KL)
Hosted by www.Geocities.ws

1