| Hakcipta EX Team Group Cakoi Copyright 2002 |
| Cacatan perjalanan Bob ke Gunung Irau pada 28-30 Sept 2001 |
| Hari pertama 28/9/2001 2.00ptg - Berkumpul di rumah sewa di Taman Melati. 2.30ptg - Bertolak ke puduraya. 3.30ptg - Menaiki bas ke Tanah Rata - Pak Long baru nak beli makanan. - Jalan kuching banjir. 5.15ptg - Bas berhenti di Tanjung Malim. - Setengah jam kemudian bertolak kembali ke Tanah Rata. 8.45mlm - Tiba di Tanah Rata. - Di sambut oleh Doray yang di utus khas oleh kumpulan pertama 9.30mlm - Naik van ke Puncak Brinchang. - Bayaran yang dikenakan RM 20 + tips RM 10. 10.45mlm - Tiba di puncak Brinchang. Bertemu dgn kumpulan Arie. - Kumpulan kami bertambah sebanyak 15 org. 11.00mlm - Pasang khemah,minum malam yg telah disediakan oleh group Arie. 12.00mlm - Tidur. |
| Hari kedua 29/9/2001 6.50 pg - Bangun tidur. Naik ke menara pandang, cuaca sangat sejuk(15'c) 7.45 pg - Sarapan kami ialah maggie,capati segera,roti dan air teh. 9.00 pg - Mula menuju ke trek Irau dari tapak perkhemahan. 9.30 pg - Kami berehat di checkpoin pertama dan berpecah kpd 2 group. 11.00 pg - Kami sampai di puncak anak Irau, kami berehat dan makan.. 12.05 tgh - Tiba di puncak Irau. - Ambil gambar dan masak makanan tengahari dan kami tidur. 2.00 ptg - Kami bertolak turun dari puncak irau menuju ke tapak perkemahan. - Kumpulan kami berpecah meninggalkan aku, appy, amir pak long & pendi 2.40 ptg - Tunggu amir dan pak long di puncak anak irau. - Kumpulan kami bertambah sebanyak 15 org. 3.50 ptg - Group pertama tiba di puncak Brinchang 5.00 ptg - Group aku last sampai di puncak Brinchang. 5.30 ptg - Group arie turun ke pekan Brinchang untuk berkhemah disana. - Group aku tidak turun sebab pancit, Group aku buat keputusan tidak turun. 6.00 ptg - Makan malam bersama amir, uda, wahad, pak long dan appy(maggie&biskut) 7.00 mlm - Aku masuk tidur awal kerana cuaca sejuk dan keletihan. |
| Hari ketiga 30/9/2001 7.00 pg - Aku bangun tidur awal setelah tidur 12 jam 7.35 pg - Sarapan pagi makan maggie,roti dan air teh. - Berkemas untuk balik dan mengumpul sampah untuk di buang. 9.00 pg - Turun ke Pekan Bernchang ikut jalan tar. 9.50 pg - Mula nampak ladang teh BOH (Best Of Highland). 10.40 pg - Tumpang Bas sekolah untuk ke kilang BOH. 11.45 pg - Bertolak dari kilang BOH untuk turun ke pekan Brinchang. - Di pertengahan jalan aku berjumpa dgn mat salleh Australia. 12.05 tgh - Tiba di pekan Brinchang. 12.45 tgh - Naik bas ke Tanah Rata. Pak long kena tinggal sebab beli kaktus. 1.00 ptg - Sampai di Tanah Rata/Jumpa group Arie dlm bas. 1.30 ptg - Group Arie turun ke Tapah/Balik KL dari Tapah. - Jumpa balik Pak Long di Pekan Tanah Rata, dia tumpang lori minyak Shell. 1.45 ptg - Makan tengahari di Tanah Rata. - Booking tiket bas ke KL pukul 6 ptg/hantar poskad kat Hajar. - Cuci gambar kat pekan Tanah Rata.i 6.00 ptg - Bertolak ke KL, perjalanan sungguh membosankan. 10.30 mlm - Tiba di Puduraya, tunggu bas intrakota 14D. 11.45 mlm - Sampai di rumah kat Taman Melati |