Sekolah Agama Menegah Rawang mula dibina pada tahun 1984 dengan menggunakan nama Sekolah Agama Rendah Ibnu Khaldun. Pada mula ia ditubuhkan, segala peralatan pembelajaran adalah amat terhad. Penubuhan sekolah agama ini adalah komitmen dan hasrat penduduk tempatan supaya didirikan satu institusi yang dapat mengimbangi ilum duniawi dan akhirat. Pada ketika itu, Sekolah Agama Rendah Ibnu Khaldun di pimpin oleh Ustaz Safuan yang dibantu oleh Ustaz Baharuddin, Ustaz Jaafar dan juga Cik Anizah Ayob. Mereka berempat berhempas pulas berusaha melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas. Setahun kemudian, asrama telah didirikan bagi memudahkan pelajar putera dan puteri dari menumpang dan menyewa di rumah-rumah. Ini juga atas dasar komitmen yang ditunjukkan oleh penduduk kampung pada ketika itu. Pada tahun 1988, Sekolah Agama Rendah Ibnu Khaldun telah mara setapak dengan mewujudkan kelas untuk tingkatan empat. Sebelum ini, pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat terpaksa berpindah ke sekolah lain samada Sekolah Agama Menengah Kuala Kubu Baru atau Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin. Kemudian, pada tahun 1990, Sekolah Agama Rendah Ibnu Khaldun terpaksa berpindah ke suatu kawasan yang lebih lapang dan luas. Membina struktur sekolah dengan lebih teratur. Lengkap dengan peralatan pengajaran dan pembelajaran bagi menampung jumlah pelajar yang semakin ramai. Pada tahun tersebut juga, Sekolah Agama Rendah Ibnu Khaldun telah ditukar menjadi Sekolah Agama Menengah Rawang atau lebih dikenali dengan SAMER. Sehingga kini, Sekolah Agama Menengah Rawang terus maju setapak demi setapak dengan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi sistem pembelajaran. MISI Melahirkan insan yang unggul melalui pendidikan berkualiti dari komitmen pendokong dan sumber berteruskan unsur-unsur kebenaran, kesyumulan, penghayatan ilmu dan ketaatan kepada Allah S.W.T. VISI · Menjana sistem pengurusan berkualiti. · Menwujudkan kaedah pendidikan berkesan dan berkualiti · Membentuk suasana kondusif serta iklim yang serasi · Menghasilkan insan yang berkemahiran sesuai dengan kehendak masyarakat · Memupuk dan mengamal nilai islam yang benar dalam kehidupan LAMAN WEB Sila ke laman web sekolah untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan sekolah: www.samer.1cis.com |