BAB 1 : NAMA DAN ALAMATPersatuan ini adalah dinamakan Persatuan Alumni SAMER 99 di alamat NO.31, Jalan Mawar 3, Taman mawar, 48000 Rawang, Selangor. BAB 2 : TUJUANTujuan Am : 1. Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara Malaysia bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 2. Di samping melahirkan warga Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. 3. Mewujudkan sikap bermoral dan beretika serta budaya menyayangi yang mempunyai matlamat untuk dikongsi bersama. 4. Mewujudkan pemantapan sahsiah diri antara satu sama lain berkonsepkan Islam. Tujuan Khas: 1. Mengeratkan hubungan silaturrahim bersama bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Rawang. 2. Menjaga kebajikan ahli serta bersedia memberi bantuan seadanya dalam sebarang kesulitan. 3. Berusaha mengaplikasikan dan mengusai teknologi maklumat yang diwar-warkan bagi memelihara kepentingan ahli alumni pada masa kini dan akan datang. 4. Bersedia menghadapi sebarang perubahan dan fenomena akan datang dengan bekerjasama untuk melakukan perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran. BAB 3: KEAHLIAN
BAB 4 : GUGUR MENJADI AHLIa. Seorang ahli itu hilang keahliannya apabila ia dipecat oleh Jawatankuasa kerana melanggar Perlembagaan Persatuan Alumni dan tidak menghiraukan nasihat Jawatankuasa b. Menghadiri kurang daripada 50% kehadiran yang ditetapkan oleh Persatuan Alumni pada setiap perjumpaan tahunan yang diwajibkan. c.Ahli yang tidak menjelaskan yuran keahlian dalam tempoh masa setahun.
BAB 5 : MESYUARAT AGUNG a. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali setahun dan tempat persidangan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa. b. Mesyuarat Agung Tahunan boleh dijalankan apabila kehadiran ahli sekurang-kurangnya separuh daripada keseluruhan ahli alumni. c. Mesyuarat Perlantikan Jawatankuasa diadakan dua tahun sekali. d. Berkuasa memilih ………… orang ahli jawatankuasa.
BAB 6 : MESYUARAT JAWATANKUASA a. Sekurang-kurangnya diadakan dua kali setahun dengan dihadiri tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah Jawatankuasa . b. Apabila sesuatu Jawatankuasa persatuan menjadi kosong disebabkan oleh pemberhentian atau pemecatan, Mesyuarat Jawatankuasa berhak melantik seseorang lain bagi memenuhi kekosongan jawatankuasa tersebut. c. Mesyuarat Jawatankuasa terakhir hendaklah memastikan laporan tahunan dan segala perbelanjaan atau kewangan telah disediakan. d. Setiausaha hendaklah memberitahu mengenai Mesyuarat Agung dan Agenda seminggu sebelum mesyuarat diadakan.
BAB 7 : JAWATANKUASA a. Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi : 1. Pengerusi 2. …….. Naib Pengerusi 3. Setiausaha 4. Penolong Setiausaha 5. Bendahari 6. ……orang ahli Jawatankuasa b. Kesemua keahlian hendaklah diputuskan dalam Mesyuarat Agung.
BAB 8 : YURAN AHLI a. Yuran keahlian hendaklah diputuskan dalam Mesyuarat Agung b. Ahli-ahli Alumni hendaklah membayar Yuran Tahunan sebanyak RM 5.00 setahun. BAB 9 : KEWAJIPAN DAN HAK AHLI a. Ahli yang telah gugur keahliannya mengikut bab 4 ceraian a hingga c, lucut segala haknya ke atas persatuan ini. b. Setiap ahli yang menghadiri setiap mesyuarat / perjumpaan yang dianjurkan oleh persatuan hendaklah mengikut tatatertib mesyuarat / perjumpaan dan memakai pakaian yang sesuai. c. Ahli-ahli yang telah dipecat atau telah digugur hak keahliannya bolehlah membuat rayuan bertulis pada Jawatankuasa Persatuan untuk mendapatkan pertimbangan kemasukannya semula. d. Ahli-ahli dilarang sama sekali menyiarkan surat-surat pekeliling atau sebarang surat mengenai persatuan ini. e. Dilarang menerbitkan atau mencetak sebarang dokumen yang berkaitan dengan Persatuan Alumni sebelum mendapat keizinan dari Penasihat Persatuan Alumni
BAB 10 : PINDAAN PERLEMBAGAAN / PERATURAN ALUMNI a. Undang-undang perlembagaan ini tidak boleh ditambah atau dipinda kecuali sewaktu di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. b. Pindaan atau tambahan pada undang-undang dan perlembagaan tidak boleh dijalankan kuatkuasaannya sebelum dibenarkan oleh Majlis Alumni Sekolah.
BAB 11 : KEWANGAN PERSATUAN a. Sumber kewangan - Yuran ahli, Baki wang tahun lepas, sumbangan dan tajaan. b. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih dari RM 50 pada suatu ketika c. Jumlah wang yang besar hendaklah disimpan oleh Pemegang Amanah yang ditentukan oleh Pengerusi dalam Mesyuarat Agung d. Penggunaan wang persatuan yang dikeluarkan oleh Bendahari hendaklah diberi makluman kepada Pengerusi atau sewaktu di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. e. Kewangan persatuan bermula pada awal Januari dan berakhir pada bulan Disember. f. Baki wang berdasarkan Penyata Kira-kira Tahunan hendaklah diserahkan atau dimaklumkan kepada Pengerusi Majlis Persatuan oleh Pemegang Amanah
BABA 12 : TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA A. PENGERUSI a. Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat kecuali di dalam Mesyuarat Agung b. Ia berhak memberi keputusan kepada bilangan yang sama c. Ia menyaksikan dan menandatangani tanda pengesahan wang daripada Bendahari kepada Pemegang Amanah d. Ia akan menandatangani minit mesyuarat apabila telah disahkan. e. Menjaga dan mentadbir hal ehwal perjalanan persatuan ini.
B. NAIB PENGERUSI a. Menggantikan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya
C. SETIAUSAHA a. Ia akan mengelolakan urusan-urusan dan kerja-kerja persatuan b. Ia akan bertanggungjawab mengutus surat-surat persatuan yang ditentukan oleh Jawatankuasa c. Ia akan hadir di dalam semua mesyuarat dan menulis semua minit mesyuarat. d. Menyediakan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan membentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa pertama. Minit ini hendaklah diterima oleh Jawatankuasa untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan e. Seperti Bab 2 adalah menjadi rujukan utama f. Menyimpan buku-buku daftar ahli-ahli persatuan serta butir-butir mengenai semua No. Pendaftaran, Nama Alumni, Ahli Jawatankuasa dan sebagainya yang diperlukan.
D. PENOLONG SETIAUSAHA Ia akan menolong Setiausaha di dalam menjalankan semua urusan dan kerja-kerja Persatuan Alumni serta menggantikan tempat Setiausaha apabila ketiadaannya.
E. BENDAHARI a. Bertanggungjawab mengenai hal kewangan Persatuan Alumni dan segala buku-buku berkaitan kewangan b. Membentangkan Penyata Kewangan Persatuan pada setiap kali Mesyuarat Jawatankuasa . Penyata ini hendaklah diterima oleh Jawatankuasa bagi dibentangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung. c. Menyimpan segala kira-kira perbelanjaan persatuan, resit-resit dan menyediakan segala penyata berkenaan pada bila-bila masa yang dikehendaki.
F. PENOLONG BENDAHARI Ia akan menolong bendahari serta menggantikan bendahari apabila ketiadaannya.
G. JAWATANKUASA a. Bertanggungjawab di atas kemajuan semua mesyuarat. b. Hendaklah hadir dalam setiap mesyuarat c. Jika seseorang AJK tidak dapat hadir di dalam mesyuarat hendaklah memaklumkan secara bersurat kepada Setiausaha dengan alasan munasabah. d. Jika seseorang AJK tidak dapat hadir dalam 3 kali mesyuarat tanpa mengemukakan alasan munasabah, ianya dengan persetujuan Jawatankuasa boleh dipecat atau dilucutkan jawatannya e. Adalah menjadi tanggungjawab jawatankuasa untuk menepati masa menunaikan sebarang panggilan mesyuarat . f. Mereka hendaklah dilantik menjadi Pengerusi/AJK untuk sesi / biro Jawatankuasa yang dibentuk BAB 13 : PENAUNG Perlantikan Penaung dilakukan pada Mesyuarat Agung Tahunan mengikut kata putus ahli Alumni. BAB 14 : PENASIHAT a. Penasihat hendaklah mempengerusikan Mesyuarat Agung b. Penasihat hendaklah menghadiri semua mesyuarat dan aktiviti persatuan c. Penasihat hendaklah membimbing Jawankuasa dan ahli-ahli d. Ia hendaklah memaklumkan semua surat permohonan/jemputan / pemberitahuan dan menandatangani sebelum mengedarkannya. e. Penasihat hendaklah menentukan semua laporan / minit mesyuarat dan laporan tahunan disediakan dengan lengkap . BAB 15 : PENGGANTUNGAN PERSATUAN ALUMNI a. Persatuan ini tidak boleh digantung atau dibubarkan oleh ahli-ahli atau Penasihat b. Apabila ianya berlaku, segala harta hendaklah diserahkan kepada Majlis Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Rawang BAB 16 : TAFSIRAN Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam Undang-Undang Tubuh (Perlembagaan) , perkara itu hendaklah dirujuk kepada Pengerusi/ Setiusaha Persatuan. Keputusan Pengerusi adalah muktamad
|