Chat Room Guestbook Contact

Menu

 
::Artikel::>::2003::>::LebarSayapdiIndonesia:

Exists berjaya lebarkan sayap di Indonesia

Utusan Malaysia(2/3/2003)

GEMBIRA kami mendengar cerita yang disampaikan oleh Eksekutif Perhubungan Awam NAR Records, Mahathir mengenai kejayaan kumpulan Exists di Indonesia.

Kata Mahathir, Exists mendapat liputan yang baik daripada media di sana serta peminat-peminat di negara itu. Mereka menerima karya muzik Exists dengan hati yang terbuka.

Selama seminggu di sana, Musa, Ezad, Along dan Ujang khabarnya mendapat pengalaman baru. Exists juga difahamkan menjalani rakaman hampir 10 buah program televisyen dan mengadakan temu bual di hampir 10 buah stesen radio.

Itu belum masuk lagi temu bual dengan hampir 10 buah majalah dan akhbar utama di negara itu.

Pendek kata, sesi Exists menjelajah Jakarta benar-benar berbaloi kerana bukan senang untuk artis Malaysia diberi layanan sedemikian rupa.

Pancaindera percaya, sebilangan penyanyi Malaysia mengharapkan Exists telah membuka ruang baru untuk mereka mendapat peluang yang sama apabila berkunjung ke sana.

Sebagai sebuah negara yang serumpun, penggiat-penggiat seni tanah air tidak percaya perlunya ada double-standard seperti mana yang lazimnya diamalkan oleh penggiat-penggiat muzik Indonesia selama ini.

Sementara itu, Exists dilihat akan terus mendominasi pasaran muzik tempatan apabila album terbaru mereka, Seperti Dulu mendapat sambutan luar biasa.

Bayangkan, pada hari pertama edaran album berkenaan, NAR Records sudah mendapat tempahan 10,000 unit. Ini satu perkembangan yang cukup sihat bagi Musa, Ezad, Along dan Ujang.

Semoga mereka akan lebih berjaya pada masa hadapan.

 

 

 
Hosted by www.Geocities.ws

1