Chat Room Guestbook Contact

Menu

 
::Artikel::>::2002::>::DimensiMuzikExists::

Dimensi Muzik Exists

Oleh
Remin Noir ( ROTTW ) edisi November 2002

 

Bertempat di NAR Studio,Taman Tun Dr Ismail, Musa dan Along selaku pengasas kumpulan Exists nampaknya begitu tekun menganalisa komplikasi lirik-lirik lagu baru yang bakal dirakamkan oleh Ezad. Masih di peringkat awal rakamannya, ianya adalah terlalu awal untuk mengklasifikasikan bentuk dan halatuju album terbaru ini. Bagaimanapun tujuh track lagu ini telah berjaya dirakamkan mereka dengan semua permainan asas seperti dram,gitar,bass dan keyboard. Along nampaknya bersemangat untuk menceritakan serba sedikit perihal repertoire lagu-lagu terbaru Exists."Rasanya lagu-lagu baru Exists tidak lari jauh sangat dengan konsep yang pendengar kenal,cuma kali ini kita banyak masukkan elemen-elemen moden. macam bunyi sampel dan efek-efek yang saya buat di dalam software Acid Pro. Bunyi-bunyi sample ini saya cipta sendiri dengan keyboard Triton saya di rumah dan direkodkan langsung ke PC saya,"

   Dari apa yang didengar,bunyi-bunyi sampel dan efek yang diciptakan Along masih lagi raw dan adakalanya agak eksperimental."Saya belum 'finalize' lagi dan memang kali ini saya ambil masa yang agak lama untuk membentuk efek-efek yang sesuai diadunkan dengan lagu-lagu baru." CD Mobe 'Play' edisi khas menjadi rujukannya dan saya pasti dimensi bunyi Exists yang baru boeh dibanggakan oleh mereka semua. Vokal Ezad masih lagi belum dirakamkan kerana beliau agak sibuk dengan lakonan,tetapi menurut Along ini memang tidak mengganggu jadual sesi rakaman album baru Exists.

  Dijadualkan album ini akan siap pada akhir tahun ini dan dipasarkan pada awal tahun depan. "Kami masih belum pasti,sebab sekarang ini pun memang semua masih di dalam proses awal rakaman." Along memberikan penjelasan denagn visi yang positif.

  Kali ini gitar-gitar yang digunakan  olehnya masih sama seperti dahulu (Fender Strat SRV & Ibanez 7 String) cuma ditambahkan dua lagi gitar iaitu Gibson Epiphone yang baru dibelinya dan sebuah gitar 'rare' yang dibelinya ketika awal pembabitannya di dalam industri."Gitar Ernie Ball Music man ini memang special.Ianya dibeli di Singapura dan rasanya model ini memang dah tak dikeluarkan lagi sekarang!" jelas Along bangga dengan salah sebuah gitar rare kesayangannya itu.

  Boleh dikatakan tahun 2002 ini adalah era kebangkitan semula Exists. Album 'ADA' dapat diterima baik oleh peminat disamping turut menerima himpunan kelompok peminat baru. Penjualannya memang membanggakan dan ini turut  membuka ruang yang lebih untuk mereka melabur membeli alat-alat yang baru. Malah mereka turut merasa bertuah kerana terpilih untuk ditaja oleh Swee Li Muzik Malaysia untuk menggunakan amplifier Rivera. "Kalau nak beli sendiri memang susahlah...tapi kita meresa bertuah dan sekaligus berterima kasih kerana kesudian Swee Li sekali lagi untuk menaja Amplifier Rivrera yang mantap ini." jela Along. Pastinya mereka akan mengeksploitasikan kelebihan amp ini untuk lebih memantapkan sesi produksi rakaman album terbaru ini.

  Tambah menggembirakan mereka adalah kesemua proses mastering akan dilakukan oleh Don Bartley di Studio,Sydney Australia. Nama Don Bartley memang susah tidak boleh dipandang enteng kerana portfolio kerjanya bersama penerbitan mantap album-album kumpulan Dewa 19, Jamrud dan Wings (Bazooka Penaka)."Bajet kita di dalam penerbitan ini sudahpun diluluskan dan comfirm Don Bartley akan melakukan proses mastering.Mixing pulang kita gunakan khidmat Peter Choong dan dilakukan di Synchrosound Studio."tutur Along penuh semangat dan nampaknya album Exists ini akan lebih meletup lagi.

 

 

 
Hosted by www.Geocities.ws

1