Chat Room Guestbook Contact

Menu

 
::Artikel::>::2002::>::BawaTuah::

JULIA' DAN 'JESNITA' BAWA TUAH PADA EXISTS

Oleh
Hasleen Bachik

Dalam album mereka, Ezad atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Lazim, 23 tahun, mengakui selain lagu Untukmu Ibu, lagu terkini mereka, Jesnita dan Julia paling membawa tuah.

'Kami sendiri tak sangka Jesnita dan Julia mendapat sambutan hangat sebab sebelum ini, lagu kami yang mengaitkan nama perempuan pun agak kurang popular,' dedahnya.

Tapi 'wanita' Exists kali ini lain daripada yang lain. Album terkini mereka, Ada, yang memuatkan lagu itu, berjaya mencecah penjualan sebanyak 55,000 unit sejak dilancarkan November lalu.

'Saya rasa daya tarikan Jesnita terletak pada melodi dan susunan muziknya yang catchy (mudah diingat),' kata pemuda yang telah membuktikan kemampuannya menggantikan penyanyi asal Exists, Mamat.

Tambah istimewa ujar Ezad ialah lagu Jesnita merupakan karya pencipta buta, Harun Ahmad, yang sebelum ini pernah menghasilkan lagu Langkah Seiringan dan Janji Padamu untuk Exists.

Lagu Julia yang juga kisah cinta adalah ciptaan Along dengan lirik tulisan Loloq. Permulaan lagu itu juga agak berbeza daripada tiupan alat muzik bowpipe.

Musa yang merupakan pemain bas Exists dan penerbit album Ada, menambah, pihaknya amat mengambil berat soal melodi khusus untuk disesuaikan dengan semua peringkat usia.

'Kami mahu setiap melodi yang dihasilkan mampu menyentuh dan menarik perhatian pendengar selain lirik lagu,' kata pemuda yang suka berkopiah itu.

Ternyata pendekatan Exists dalam album pertamanya di bawah naungan syarikat rakaman NAR Records Sdn Bhd agak berbeza berbanding semasa bersama syarikat BMG Music (M) Sdn Bhd.

Menurut Musa, mereka memilih konsep album berbentuk gabungan brit pop dan free pop di mana ciptaan lagu lebih tertumpu pada melodi berbanding dengan susunan muzik.

Ia merupakan cetusan ilham dan daya kreativiti Exists sendiri, kumpulan yang turut dianggotai Along yang bermain gitar dan Ujang dengan dram.

 

 

 
Hosted by www.Geocities.ws

1