Chat Room Guestbook Contact

Menu

 
::Artikel::>::2002::>::MasteringdiAustralia::

Mastering di Australia

Oleh
Harian Metro

Selepas berjaya mencuri kembali perhatian penggemar muzik tempatan bersama lagu 'Jesnita' dan 'Julia' dalam album berjudul ADA yang mencatatkan jualan yang memberangsangkan,kumpulan Exists kini bakal hadir dengan album kedua mereka di bawah label NAR Record.

 Menjanjikan lebih terbaik dari album yang terdahulu,Exists yang dianggotai Ezad,Along, Musa dan Ujang akan memastikan album mereka kali ini mampu memberi impak lebih mendalam serta memenuhi citarasa peminat mereka di luar sana.

 "Maksudnya, kami tidak akan membuat album yang kebanyakkan lagunya kadang-kadang memualkan pendengar dan masih lagi dikritik.Kalau boleh kami akan kurangkan hal-hal sebegini dari terjadi."

 "Bagaimanapun kali ini,kami tidak akan mempedulikan kata-kata sumbang dari mereka yang suka mengkritik sebaliknya menyerah sepenuhnya kehendak selera peminat kami, menerusi surat dan email yang mereka kirimkan. Kerana kami percaya dengan sokongan mereka saja sesebuah album itu akan berjaya,"kata Musa.

 Selain bersifat berani,album yang sudah masuk 80 peratus proses rakamannya ini, menampilkan kebanyakkan lagu-lagu ciptaan anggota Exists sendiri. Malah bagi meningkatkan kualitinya,Exists akan diterbangkan ke Sydney Australia pada awal disember ini bagi menjalani proses 'mastering' album mereka di sana.

 Di mana studio dan khidmat profesional yang bakal mereka gunakan nanti sudah banyak melahirkan album-album bermutu artis dari barat dan Indonesia. malahan penyanyi tempatan,Ajai dan Nurul dan kumpulan WIngs pernah mendapatkan sentuhan mereka yang ternyata hasilnya cukup memuaskan.

 "Ini adalah kali pertama Exists diberi peluang yang benar-benar membri kelebihan kepada hasil usaha kami selama ini dan kami yakin album ini tidak akan mengecewakan sesiapa, kerana apa yang kami laksanakan adalah sebuah produk,bukan untuk menipu peminat," kata Musa.

 Katanya lagi,berkemungkinan juga album ini akan diberi judul "Seperti Dulu" yang mencerminkan semangat,keinginan dan sikap setia kawan Exists sama seperti di awal pembabitan mereka.

 Dalam perkembangan lain,kumpulan ini juga akan ke Indonesia selepas hari raya nanti bagi mempromosi album ADA yang sudah menjengah pasaran republik itu sejak penghujung Oktober lalu.Malah kunjungan selama dua minggu itu akan diisi dengan rakaman klip video salah satu lagu Exists,termasuk temubual bersama stesen radio di sana.

 "Ini dalah kerjasama domestik di antara NAR Record dengan sebuah syarikat rakaman tempatan di sana dan kami rasa cara sebegini adalah lebih baik dan menguntungkan bagi kedua-dua belah pihak berbanding kerjasama bukan domestik.Malah lagu Julia semakin mendapat tempat di sana.

 "Kerjasama sebegini juga nampaknya menyelesakan kami,kerana diberi peluang berbincang dengan pihak di sana berkenaan tiada perubahan lirik atau senikata lagu kami seperti yang terjadi dengan promosi album Mutan kami di sini pada tahun 1997.

 "Selain itu juga,memandangkan orang di sana tidak menganggap artis luar lebih besar dari artis mereka dan kebanyakkan pihak media di sana gemar bertanyakan soalan yang mungkin boleh menjatuhkan kita. jadi sebagai persediaan kami akan cuba menjawab dengan tepat tanpa menyakiti hati mana-mana pihak,"jelas Musa.

 

 

 
Hosted by www.Geocities.ws

1