Chat Room Guestbook Contact

Menu

 
::Artikel::>::2002::>::AnugerahEra02::

Anugerah Era 2002

Hujan lebat pada sebelah petang dipendakian ke Genting Highlands tidak menghalang kira-kira 6,000 penonton membanjiri Arena of Stars bagi menyaksikan anugerah gilang gemilang anjuran Radio Era. Lebih menggembirakan yang hadir, mereka turut mendapat cenderamata sumbangan Felisa Cosmetic dan beberapa penaja lain seperti susu, air kordial, minuman ringan dan sebagainya.

Konsep anugerah yang bermula dengan watak Ali Baba dan 11 Penyamun (sebenar 40 penyamun) yang mengetengahkan penyampai Era sebagai watak impose bersama pelakon sebenar seperti Normadiah, Tan Sri P. Ramlee, S. Shamsuddin dan lain-lain agak unik dan memikat. Ramai penonton kelihatan kagum dan ada juga yang memuji kelainan tersebut berbanding konsep anugerah lain di negara ini.

Malah penyediaan pentas yang kemas serta kesan khas menarik setiap kali artis membuat persembahan dilihat sebagai kematangan anugerah tersebut yang masuk tahun kedua. Sokongan feratik yang cukup bersemangat juga menjadi sebab utama kemeriahan terus dirasai hingga kepenghujung rancangan.

Bagaimanapun, dalam kegembiraan penyampaian anugerah, tidak dilupai oleh Era ialah insan seni yang sudah tiada. Mereka ialah artis yang pernah menyertai anugerah tersebut pada tahun 2001 yang lalu seperti Allahyarham Azahari (Raihan), Ahmad Daud, Datin Rafeah Buang dan beberapa pemuzik terkenal. Kesemua yang hadir kemudiannya telah membaca Al-fathehah bagi disedekahkan pada kesemua artis yang telah meninggal dunia itu.

Exists memenangi anugerah era bagi carta era sepanjang tahun

Terdahulu pada jam 5.00 Petang di Times Square, First World Hotel, Genting Highlands telah berlangsung Showcase Pra-Anugerah Era yang disaksikan oleh 1,000 pengunjung dan peminat radio swasta itu. Selain berhibur, deejay Era turut bermesra dengan penonton sambil memberi pelbagai hadiah menarik seperti beg, baju T dan tiket menyaksikan Anugerah Era.

 

Antara artis yang membuat persembahan ialah Anis Suraya, Aqasha, Kumpulan Ways, Datuk M. Daud Kilau dan ramai lagi. Selain Showcase, Radio Era turut menjual barangan cenderamata dengan harga paling murah bertujuan memberi peluang kepada orang ramai memiliki barangan tersebut.


BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH ERA 2002:

 

VOKAL WANITA PILIHAN
Siti Nurhaliza


VOKAL LELAKI PILIHAN
Zamani


VOKAL DUO/BERKUMPULAN PILIHAN
Sheila on 7


LAGU ROCK PILIHAN
Spider - Aladdin


LAGU POP PILIHAN
 
Eva & Ezad - Dua Insan


LAGU ETNIK PILIHAN
Siti Nurhaliza - Nirmala


LAGU NASYID PILIHAN
UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu


ARTIS INGGERIS TEMPATAN PILIHAN
Too Phat


MUZIK VIDEO PILIHAN
Siti Nurhaliza


ARTIS HARAPAN PILIHAN
Sarimah


ANUGERAH PANGGUNG ERA
Dato' Rahim Razali


ANUGERAH CARTA ERA
 
Kumpulan Exists - Jesnita


ANUGERAH EMAS ERA
Sharifah Aini

 

 

 
Hosted by www.Geocities.ws

1